Isu TPM: Setelah lihat muka Lim Kit Siang Mahathir Tidak Lupa Lagi!


Setelah isu DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi heboh oleh akhbar pro Kerajaan, Tun Mahathir menjawab isu tersebut dengan mengatakan bahawa akhbar berkenaan memutar belit kenyataannya.

"Mengenai persoalan mengenai jawatan timbalan perdana menteri, Mahathir menjelaskan bahawa media tertentu telah memutar belitkan kata-katanya. Beliau hanya berkata pernah mendengar cadangan sedemikian," kata Tun Mahathir.

Semalam, Lim Kit Siang ada berjumpa Tun Mahathir di pejabatnya. Lim Kit Siang dalam pertemuan dengan Tun Mahathir berkata, MCA adalah parti yang mahu jawatan timbalan perdana menteri kedua pada April 2009 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawat kerusi berkenaan. (sila baca di sini)

Tak sampai esoknya, malam hari yang sama juga Tun Mahathir menulis dalam blognya dan Malaysiakini DENGAN SEGERA menyiarkan berita ulasan blog Tun Mahathir itu di Malaysiakini pada edisi 8.52 malam. (sila baca di sini)
"Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri kedua.

"Saya ingin perbetulkan kesilapan. Bukan DAP tetapi adalah MCA," jelas beliau dalam blognya hari ini.

Kata Mahathir, permintaan itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri pada tahun 2009.

Mahathir turut melampirkan laporan di laman web Jabatan Penerangan Malaysia yang telah mengenengahkan permintaan Loke kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Laporan itu berbunyi: "Datuk Loke Yuen Yow, Timbalan Setiausaha Agung MCA dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan “perkongsian kuasa sebenar”.

"Menurut Loke lagi, jawatan kedua Timbalan Perdana Menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara."
Sebelum ini telah wujud video berkenaan kenyataan Tun Mahathir berkenaan jawatan itu, bukan salah petik daripada akhbar. Saya sudah menulis mengenai perkara ini di sini.



Saya hairan bagaimana Tun Mahathir yang hebat dan licik  dalam politik akhirnya akur dan mengikut apa yang disyorkan oleh Lim Kit Siang.

Saya tak rasa janggal sekiranya puak-puak PAN boleh 'cium buntut dan kaki' DAP termasuk dalam isu-isu agama kerana ada dikalangan mereka dibayar RM15 - 30K sebulan untuk mengerakkan PAN. Tapi saya sangat hairan bagaimana Tun Mahathir yang dikatakan mempunyai wang RM500 juta bagi mengerakkan pembangkang untuk menjatuhkan Najib pada PRU-14 nanti juga 'tersungkur' dengan DAP.

Paling menyedihkan bila kenyataan yang berpusing arah ini tidak dilihat apa-apa oleh penyokong reformasi, malah komen-komen diakhbar Malaysiakini menyokong dan mengiyakan.

Situasi inilah menyebabkan blog-blog pro-kerajaan bangkit mengalahkan blog-blog pro-pembangkang kerana sifat mengampu, memuji dan mengiyakan tanpa sebarang kritikan membina. Tidak hairan blog MSO, Greenboc dll makin hari makin hilang dalam arus media politik.

Masyarakat mahu mencari kebenaran. Masyarakat mahu berita yang benar dan jelas bukan berita berbentuk persepsi dan memburukkan dengan mencipta unsur-unsur yang meragukan.


Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
January 26, 2017 at 8:47 PM

Betul tn Hj Hassanomar..block greeboc dh lama saya tinggal...saya telah banyak kali cuba add comment dengan hujah logic. Semuannya tak approve. Tapi sekali tu saya test mengutuk dan membantai Pas, terus approved. Funny blog...ada 2 atau 3 lagi blog pro ph ni yg jenis penakut. Blog ibnu hashim best. Komentar panjang2 tn rumah ok je.

Anonymous
January 26, 2017 at 9:55 PM

Demi kuasa manusia sanggup bertindak apa saja wlpun prinsip agama tergadai. Kalutnya politik tanah air skrg kerana itulah...demi secebis kuasa yg tidak mnjanjikan kebenaran yg bakal ditegakkan.

October 21, 2020 at 10:35 AM

Laporan itu berbunyi: "Datuk Loke Yuen Yow, Timbalan Setiausaha Agung MCA dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan “perkongsian kuasa sebenar”.

"Menurut Loke lagi, jawatan kedua Timbalan Perdana Menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara."

Yang nak jawatan TPM tu mca korang sokong. Dap tak pernah nak jawatan TPM korang kutuk hina keji.. Mca yang minta jawatan TPM nak kuasa jawatan eklusive melayu islam korang sokong... Bodoh punya melayu sokong mca yang merosakkan melayu sendiri.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger