Kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Bungah yang menyaksikan 11 orang terkorban, dan beberapa orang cedera adalah tragedi terkini daripada kecuaian manusia.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata siasatan penuh berkaitan insiden tanah runtuh di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah akan dijalankan selepas kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa selesai dijalankan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, beliau terkejut melihat banyak nyawa hilang dan berjanji untuk mencari punca kejadian.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Maimunah Mohd Sharif juga akan melakukan pemeriksaan segera ke atas semua tapak pembinaan untuk mengelakkan insiden tersebut daripada berulang. Diberitakan ada 12 lagi tapak pembinaan seperti itu di Pulau Pinang yang diluluskan tanpa melihat aspek keselamatan oleh kerajaan DAP.
Pembinaan di Paya Terubong juga menunggu masa sahaja untuk menjadi musibah jika tiada pengawasan yang jitu. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan telah membuat pendedahan perkara ini. Datuk Huan ni bukan Islam, dia ni Cina tapi dia tak setuju dengan bukan Islam dan Cina DAP yang nampak baik pada umum tapi 'tersembunyi' kejahatannya dan memang antara golongan anti-Islam.
Tapi malangnya di Pulau Pinang tak ada parti Islam baru AMANAH (PAN) nak buat pendedahan penyelewengan ini. Mereka hanya mampu bekerja di Kelantan. Ini tidak lain kerana ramai pimpinan parti Islam baru ini di sumbat dedak dalam mulut mereka (pinjam ayat Tun Mahathir). Mohamad Sabu, Dr Mujahid dan beberapa orang lain diberi jawatan dalam GLC dengan pendapatan RM15,000 ++ sebulan. Takkan mereka nak tinggal duit. Memang duit tak penting tapi duit ini mengisi perut mereka kini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu daripada DAP sendiri telah keluar parti dengan memberi alasan antaranya tak setuju dengan Mahathir dan kepimpinan Lim Guan Eng.
Tapi yang peliknya parti Islam PAN memuji dan memuja DAP dan menutup mata, serta akal fikirannya atas korupsi dan nepotisme yang dilakukan oleh DAP dalam pentadbiran di Pulau Pinang. Puak PAN dan IKRAM ini hanya menentang kleptokrasi sahaja kerana mereka sudah menjadikan Tun Mahathir sebagai "pentunjuk" dalam perjalanan perjuangan parti Islam baru ini.
Hari ini (5 November 2017) tersebar video Lim Guan Eng hampir menitis air mata telah menghubungi DS Zahid Hamidi jam 3.00 pagi minta bantuan banjir kilat yang baru terjadi di Pulau Pinang semalam. Katanya keadaan sangat genting, air naik 10 - 12 kaki. Bekalan elektrik di pusat bantuan juga tiada. Minta bantuan tentera.
Lim Guan Eng sudah lupa (ini penyakit Mahathir) bagaimana celuparnya mulut dia menghina PAS dan kerajaan PAS Kelantan kerana banjir besar belaku di Kelantan. Kononnya PAS tak pandai tadbir. Sekarang macam mana? Puak PAN dulu sama celupar dengan DAP?? Macam mana??
Bukan sekali Lim Guan Eng merayu kepada kerajaan Pusat BN (UMNOlah). November 2016 pun dia merayu tapi masa itu belum lagi menitis air mata.
Pulau Pinang mungkin menjadi pusat perlancungan air seperti Venice... (jangan marah)
Post a Comment