Rafizi, Jangan Buat Cadangan “BODOH” Lagi...


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menetapkan harga siling RON95 dan diesel kepada RM2.30 seliter.

Rafizi berkata, beliau kesal dengan pengumuman kementerian kewangan untuk hanya memperkenalkan subsidi sekiranya harga runcit bahan api itu melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.

"Maka, setiap kali harga RON95 jatuh di bawah paras RM2.50 seliter walaupun minggu-minggu lain kekal di atas RM2.50, itu akan 'reset' perkiraan tiga bulan berturut-turut dan membolehkan Najib menyimpan lebihan pendapatan tanpa memulangkan satu sen pun subsidi minyak," kata Rafizi dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Rafizi ni kalau kita lihat dan dengar celotehnya, kita akan kata dia ni 'genius', tapi kalau kita teliti dan buat kajian dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan olehnya kita akan dapati dia tidak lebih daripada sekadar "ting kosong", bunyi aje lebih tapi tak ada isi.

Paling mudah untuk mengasahkan kenyataan lebai ini, lihat sahaja projek "LANGKAH KAJANG". Dia jual air mata akhirnya PAKATAN RAKYAT jahanam, PKR pecah dua, kini macam kapal "titanic" tunggu masa untuk tenggelam.

Lebai ada  mengkritik tentang kajian-kajiannya. Anda boleh baca di sini, di sini, di sini dan di sini.(cukuplah).Dalam HARAPAN ada beberapa orang lagi macam Rafizi. Contoh terbaik untuk masa ini adalah Husam Musa. Kalau dengar cakap dia anda akan lupa... lupa segalanya. Hebatnya Husam dia ada kuasa 10.






Baru-baru ini dia promosi alat jimat minyak boleh tahan sehingga 15 tahun dan membuat pembakaran 100%. Lebai tak na komen pasal Husam Musa buat kali ini sebab dia masih berduka cita...

Tapi kali ini lebai hanya nak ulas pendek pasal harga petrol aje. Geng minyak Husam, si Rafizi.

 

2 Januari 2015 lalu Rafizi mengessa kerajaan persekutuan menukar jadual menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali kepada setiap seminggu sekali.

Rafizi berkata rakyat akan dapat menikmati harga petrol yang jauh lebih rendah (misalnya harga RON95 bagi minggu ini menurutnya sepatutnya hanya RM1.87 seliter mengikut pelarasan mingguan seperti dicadangkan).Katanya, rakyat tidak perlu membayar “cukai tersembunyi” yang terlalu tinggi seperti yang berlaku sekarang.

“Apabila harga yang dibayar oleh rakyat jauh lebih tinggi dari harga pasaran sebenar yang ditetapkan oleh formula, setiap sen lebihan itu dikutip oleh Kerajaan Persekutuan sebagai cukai,” kata Rafizi.
 Engkau orang tahulah NAJIB bila ada projek boleh masuk poket dan cekik darah rakyat dia terus laksana cadangan Rafizi Ramli.

Apa terjadi...


Dulu harga minyak naik setiap bulan, sekarang harga minyak naik setiap minggu. Itulah jasa idea bernas si RAFIZI RAMLI, pakar strategik HARAPAN.



Share this article :
 

+ comments + 13 comments

Anonymous
November 22, 2017 at 10:30 PM

Kalau ada manusia yang tidak faham apa itu harga siling, memang sangat susah hendak diajar.

Anonymous
November 22, 2017 at 11:22 PM

Kenapa bila disebut lebai akan terbayang seorg yang naif bodoh n bendul tapibtunjuk pandai. Lebai malang contohnya. Arini baru aku tau sebabnya.

November 23, 2017 at 7:06 AM


Anonymous
November 22, 2017 at 11:22 PM
itu sahaya akal engkau untuk komen tulisan Lebai Hassan. BIJAKSANAnya engkau

Mat Bon
November 23, 2017 at 7:15 AM

Saya sebagai rakyat rasa terbela bila yb Rafizi memberi tekanan supaya harga minyak dikurangkan. Sedih sekali bila golongan agamawan pula mencela usaha ini dan menyokong puak yang suka menaikkan harga

November 23, 2017 at 7:27 AM

Mat Bon semua orang terasa dengan harga minyak. Bukjan itu sahaja malah barangan lain. Sebelum kita nak cadang apa-apa kepada kerajaan kita kena study bagaimana harga minyak turun dan naik serta peranan kerajaan. Jangan nanti apa yang kita cadang akan makan diri kita sendiri. Yang engkau tu marah sangat kepada PAS sampai label agamawan, kenapa?

Anonymous
November 23, 2017 at 8:06 AM

Admin lebih Umno dari Umno sendiri. Sama-sama berkokok nyaring, tetapi ekor menyapu taik . . "

Anonymous
November 23, 2017 at 8:08 AM

hahahhaha..lobai 90juta..masuk parlimen berkecuali!!

Anonymous
November 23, 2017 at 10:25 AM

Ni contoh lebai bodoh nak mampus... skrip filem P. Ramlee....

Anonymous
November 23, 2017 at 11:50 AM

Org bodoh makanan kepada org cerdik menipu mcm pemimpin umno,tak ke gitu lebai? Jadi lebai malanglah jawabnya......menang sorak kampung tergadai kat China komunis.

November 23, 2017 at 2:02 PM

Yg ada kuasa penentu bkn rafizi abam2 oiii.. Mgkn cadangan dia utk bantu kita sb kalau tgk sejak kadar minyak di tentu kan pd setiap mggu berapa kali jer yg gamen "betul"2 ikut pasaran dunia tp kebanyakannya ikut suka hati gamen jer...

Anonymous
November 23, 2017 at 8:16 PM

Nak jadi lebai tapi tak cerdik.. ini le kekurangan pak lebai tak cerdik tapi nak komen pemikiran org cerdik

Yg Rafizi cadang tu harga siling.. maknanya harga boleh turun sampai lima puluh kalau harga minyak turun usd 10 setong.. tapi kalau minyak naik sampai usd 200 dolar setong.. harga minyak tak boleh lebih dari rm 2.30..

Sifirnya mudah.. kalau harga minyak naik usd 1.. pendapatan kerajaan bertambah rm 300 juta.. duit tu boleh guna utk subsidi rakyat.. daripada hilang dlm hutan rasuah..

Ada faham ka lebai???

Anonymous
November 25, 2017 at 8:27 PM

Rafizi tukang fitnah no1 tak perlu layan lgi..

Anonymous
November 29, 2017 at 9:28 AM

Nampak sgt pemikiran pak lebai dan walaun ni senget dan tidak berfakta

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger