UMNO Bina Masjid, DAP Bantu Larangan Bertudung.. Apa Beza?



Lebai kadang kala rasa pelik juga cara berfikir pendokong PAKATAN HARAPAN dikalangan parti Islam baru AMANAH (PAN) khusus mereka yang menyertai gerakan IKRAM yang bersungguh-sungguh membantu mengerakkan parti Islam baru ini.

Yang peliknya mereka; terutama yang berkecimpung dalam cybertropper menyanjung kehebatan DAP  dalam isu pembelaan pemakaian pekerja hotel.

Lebai dapat masej daripada mereka. Kata mereka PAS pandai bising lihat DAP mampu buat. Hebatkan DAP??

Mereka berkata, DAP menawarkan bantuan guaman kepada pekerja-pekerja hotel yang terjejas dengan polisi larangan bertudung, khususnya di bahagian khidmat pelanggan atau kaunter depan.

Katanya lagi (Geng IKRAM) DAP menyifatkan larangan itu, sebagai diskriminasi dan tidak berperlembagaan, tambahhnya Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, tidak ada sebab mengapa perlu ada dasar yang menghalang penggunaan tudung dalam industri perhotelan.

Mereka menambah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan dasar yang melarang pekerja wanita beragama Islam yang ditugaskan di perkhidmatan pelanggan daripada memakai tudung. Presiden MAH Pulau Pinang, Khoo Boo Lim berkata Guan Eng sendiri telah menghubungi beliau bagi menyatakan bantahan yang secara khususnya merujuk kepada kenyataan Presiden MAH, Samuel Cheah Swee Hee berhubung isu itu.

Logik berfikir, mari lebai ajar berfikir..

DAP bantu isu tudung mereka lihat hebat, tenggelam DAP bantah HUDUD dan RUU355 yang nak memperkasakan undang-undang Islam untuk orang Islam sendiri yang tak ada kaitan dengan bukan Islam. Itu MEREKA BUTA dan akal mereka BEKU nak berfikir secara logik.

Tak hairanlah UMNO boleh tipu rakyat dengan menjual Islam sebagaimana DAP jual Islam kepada penganut parti Islam baru AMANAH (PAN) termasuk IKRAM.

Dulu UMNO jual agama Islam di kampung dengan mengatakan, siapa yang bina MASJID?? UMNO mendaulatkan Islam dengan bina masjid. Negeri kuat PAS, misalnya di Terengganu UMNO jaja mereka bina lebih daripada 60 masjid. PAS Terengganu bina berapa masjid semasa mereka memerintah?? Orang kampung tertipu sebagai sekarang ini pendokong HARAPAN tertipu dengan Islamnya DAP.

UMNO dan DAP sama sahaja.

Ada orang tanya kenapa lebai hentam IKRAM. Kan IKRAM tu gerakan Islam yang banyak buat kebaikan??

Engkau orang nak tahu?? IKRAM makan dedak DAP. Puak-puak IKRAM selalu kutuk kononnya PAS makan dedak UMNO tapi biasalah orang yang jahat dia akan tuding kepada orang lain agak jahatnya tersembunyi.

Nanti ada yang tanya bukti??
Lebai lama dah menulis. Sila baca artikel sebelum ini (Klik)



Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?

Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk Islam lebih baik daripada UMNO.

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.

Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat pruntukkan sekolah agama?

Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.

Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan PAS akan hancur.

Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan DAP sebagai wira!!





Share this article :
 

+ comments + 7 comments

November 17, 2017 at 10:12 AM

Geng Lobai sumbangkan apa pulak?. Menyumbangkan pasu bunga buat kariah setempat?.

November 17, 2017 at 12:27 PM

PAKCIK SUMBANG APA

Anonymous
November 17, 2017 at 11:43 PM

Memang geng pan jdi tukang angguk dap sejak awal lgi...kini rakyat semakin celik

Anonymous
November 18, 2017 at 12:10 AM

KESIHAAN LOBAI PAS, PERANGAI HASAD tu tak dapat hilang..kenapa benci dgn ikram,bukankah dia sama dgn isma, beberapa pertubuhan islam yg lain?mereka buat benda 2yg baik!!

Kita tak mahu di suatu ketika kita kata "AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR"Tapi sekarang kita buat terbalik.

masaalah ahli2 PAS,MEREKA menyangkakan mereka shj yg betul,pendapat orng lain tak betul.MESTI DIPImPIN OLEH MEREKA,DAN DIPImPIN OLEH PILIHAN MEREKA,WALAUPUN ORNG2 ITU melangar apa yg mereka cakap dahulu.

November 20, 2017 at 2:45 AM

Sapo lebai...? Walaun parti cealaka tu bukan lebai tapi kelembai... du kelate, dulu byk hutan sekarang dah jadi batu. Rumah bapak2 walaun dulu kayu sekarang dah jadi batu dahhh... mmg sang kelembai, asal tegur jadi batu... lebih parah lagi puak kelembai ni, HATI pon dah jadi keras macam Batu, kepala jadi kepala batu bla...bla..blaaa .

Anonymous
November 20, 2017 at 3:03 PM

Geng PAN tengok duit derma tu dpt dari mana...DAP?..bukan!, cina DAP?...bukan x tepat?...nama penderma tu salah seorang dari 9 dragon PPIM nak dedahkan...so yang terima dan catat tu jgn buta hati...

Anonymous
November 21, 2017 at 11:31 PM

Ikram dan Pan ni akan sembunyi dlm tempurung bila Dap menentang dn persenda hukum Islam. Tapi cuba dap sebut sikit kebaikan Islam atau takde pun sebut la mana2 perkataan arab sikit yg berbunyi Islam. Maka akan bertaburanlah kedua puak ini keluar drpd persembunyian membela dap. Sebabnya mudah sebab dh tersedak 15 juta. Itu baru 15 juta tu. Klu 50 juta? Silap2 mau disebah ciumnya kaki dap kan? Bukan setakat murah depa ni tapi takde maruah

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger