Kecelaruan pemberitaan di Harakahdaily mengenai isu Anwar & Isreal

Saya banyak kali menulis pasal harakahdaily, terutama pasal berita mengenai Dr Hassan Ali sebelum ini. Saya tak tahu sejauh mana peranan Harakahdaily dalam hal ini. Tapi ada rasa kecewa kerana harakahdaily bukan menyampaikan peranan sebagai saluran parti tetapi lebih kepada agenda 'tersembunyi' daripada sekumpulan wartawan.

Kita selalu disebut tentang maklumat mesti telus, tepat dan intergeriti tapi adakah harakahdaily benar-benar menghayatinya.

Dalam isu politik sepatutnya harakahdaily lebih cermat, apatah lagi melibatkan pemberitaan mengenai kepimpinan PAS sendiri atau kepimpinan Pakatan Rakyat. Kalau harakahdaily nak menjadi akhbar yang benar-benar telus, siarlah secara jujur apa yang berlaku, tapi kalau harakahdaily nak jadi suatu saluran parti yang mengekang kerajaan jadilah benar-benar akhbar yang mengekang kerajaan dengan  maklumat yang tepat dan benar, bukan main hentam aje mengikut selera, sekadar nak ambil gaji bulanan sahaja.

Makin hari orang akan meluat dengan harakahdaily.

Isu mengenai Anwar Ibrahim dan Isreal sebelum ini disiarkan di harakahdaily (rujukan) lebih membela tindakan Anwar dan memberikan maklumat seolah-olah Anwar Ibrahim tidak sehaluan dengan "tindakan agresif Zionis" yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Kenapa harakahdaily menjadi 'pembela' dalam hal ini dan menampakkan tindakan pembelaan kepada Palestine oleh Mahmooud macam tidak 'bermoral'.

Saya melihat kenyataan ini seolah-olah berkata tidak bermoral bagi rakyat Palestine yang membali batu atau 'mengebom diri'

Saya juga melihat kenyataan ini bukan untuk tujuan berhati-hati dalam suasana 'anti-semitik' yang berluasa sekarang tetapi lebih kepada menjaga hati 'Barat' dan Yahudi.

Itu soal PKR dan Anwar tetapi persoalannya apa peranan harakahdaily dalam hal menjelaskan kepada pembaca terutama ahli supaya kita tidak samar dalam urusan dengan Isreal.

Alhamdulillah Majlis Syura Ulama PAS telah membuat kenyataan. Harakahdaily juga menyiarkannya walaupun lewat berbanding dengan Sinar Harian. Kenyataan ini tiada ulasan panjang sekadar kenyataan Majlis Syura, tapi bagi pembaca pencanggahan pemberitaan sebelum ini perlu diperbetulkan.

Apakah hanya tinggal begitu untuk berlalu tanpa sebarang penjelasan? Akhirnya pembaca menjadi celaru sebagaimana celarunya pengurusan harakahdaily?


Saya tak boleh menjawab.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 14, 2012 at 7:42 PM

salam.

pak haji tak tahu ke selama ini siapa Zul Sulong ..? dan betapa sejak lama bukan saja harakahdaily tapi harakah cetak pun telah dikuasai oleh gerombolan "parasit".

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger