Nak komen pasal tinjaun PAS oleh Pusat Penyelidikan PAS

Pertama saya rasa macam hairan, tak ada berita mengenai maklumat sulit oleh Pusat Penyelidikan PAS(PPP)  ini di Harakahdaily. Tapi berita ini keluar di Malaysiakini (seperti pernah saya cadangkan supaya Malaysiakini menjadi akhbar kedua rasmi PAS). Atau mungkin saya tak jumpa, pasal saya selalunya tak selera nak baca Harakahdaily jadi nak mencari pun bosan!

Ini kena tanya Dr Zukkifli Ahmad di mahir tentang maklumat sulit yang patut keluar di Malaysiakini, dia juga perancang yang hebat untuk berita Malaysiakini berkaitan PAS.

Dalam laporan yang diberikan oleh Pengarah operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki, tentang kajian pengaruh atau kesan isu Dr Hassan Ali katanya, tinjauan tersebut menggunakan dua kaedah, iaitu dengan menilai komen pembaca di media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube.

Saya tak nak bahas panjang kerja-kerja bodoh PAS yang suka mendedahkan maklumat dan kajian kepada umum ini. Kalau Dr Ahmad Zuhdi Marzuki ini rakyat Iran saya rasa dah lama kena bom di perisik Isreal. Saya sekadar nak maklumkan bahawa Malaysiakini dan MalaysiaInsinder itu adalah media Pakatan Rakyat. Kalau nak buat kajian kepada 2 akhbar ini untuk tahu pendapat Pakatan Rakyat terhadap isu Dr Hassan Ali saya rasa ada tak betul tentang kajian ini. Adalah lebih baik buat kajian ini di Tranungkite, baru ada sinifikan.

Dulu saya sebut kepada kawan saya bahawa daripada 200 lebih komen tentang video seks Anwar, tak sampai 6 komen yang setuju di Malaysiakini. Masa tu kes video Anwar baru terdedah. Kawan saya berkata, nak tahu secara menyeluruh pandangan orang atas pagar, adalah lebih baik jangan merujuk kepada akhbar Malaysiakini, pasal akhbar Malaysiakini adalah akhbar pembangkang katannya. Semasa pilihan raya Malaysiakini memainkan peranan utama sebagai saluran maklumat pembangkang, katanya lagi.

Tolonglah PAS, jangan buat kerja bodoh lagi.. Nanti terpaksa pula Dr Zulkifli Ahmah mengarah Dr Ahmad Zuhdi membuat kajian sejauh mana ahli PAS mula merasai jelek dengan pimpinan PAS yang suka membocorkan maklumat parti!!

........

Senarai Jurnal Akademik Dr Mohd Zuhdi sepanjang kariernya sebagai pensyarah:
2010
M. Z. Marsuki, “Towards a New Orientation of Islamic Environmental Ethics”, Malaysian Journal of Science and Technologi Studies, Vol 8, 2010 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

2009
Mohd Zuhdi Marsuki, (2009) Religious Agendas towards Sustanability: An Islamic Perspective. In Malaysian Journal of Science and Technology Studies, Vol 7, 2009 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

2005
Mohd Zuhdi Marsuki, (2005) Peranan Teknologi dalam Penyampaian Ilmu dari Perspektif Epistemologi. In Malaysian Journal of Science and Technology Studies, Vol 3, 2005 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

2004
Mohd Zuhdi Marsuki, (2004) The Role of Technology in Disseminating Knowledge: An Epistemological View. In Malaysian Journal of Science and Technology Studies, Vol 2, 2004 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
Prosiding
2008
Mohd Zuhdi Marsuki. 2008. Axiological Approach towards Islamic Environmental Ethics. Proceeding of the Conference of Malaysian Study of Islam. University of Wales, Lampeter, United Kingdom. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

2003
Mohd Zuhdi Marsuki. 2003. The Role of Religion in Environmental Conservation. In Azizan Baharuddin (ed.) Proceedings of the Symposium on Environmental Ethics, Regulations and Education. Centre for Civilizational Dialogue, University of Malaya, Kuala Lumpur. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

2001
Mohd Zuhdi Marsuki. 2001. Pengajian Sains dan Teknologi: Pendekatan Bersepadu ke arah Wawasan 2020. In Abdul Latif Samian and Mohd Sabri Haron (ed.). Proceedings of the National Seminar on General Studies in The New Millenium. Centre of General Studies, National University of Malaysia (UKM), Bangi. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger