Sudah terlewat, tapi boleh diperbaiki lagi...

Isu dalam PAS sudah meresap keseluruh anggota parti apabila Harakah cetak telah mengeluarkan temubual Hj Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang beberapa para awal temubual itu telah menunjukkan terlalu prajudis terhadap Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Lagi tidak profesional apabila Harakah mengeluarkan kartun yang dikatakan mengaibkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa seolah-olah Ustaz Nasa sama seperti pimpinan UMNO yang telah menjadi sasaran sindiran tajam di akhbar Harakah melalui pelukis kartun berkenaan.

Facebook Nik Abdul Nik Abdul Aziz turut membuat komentar tentang kartun berkenaan.


Saya menolak kartun drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh. Saya turut menolak interbiu SU Agung PAS yang mengkritik dan menuduh secara terbuka 2 pejuang Islam yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada PAS. Tunggulah dulu 2 itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga PAS. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan. Mengapa memperkecilkan kenyataan Saari Sungib yang memulakan isu yang dah sedia membara dalam sekam? Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda PAS menjunjung akhlak berjamaah yang tinggi..

Laman web PAS Pusat juga menyiarkan berita yang sama seolah-olah tidak seiringan dengan kenyataan Mursyidur Am, Ketua Dewan Ulama dan Ketua Penenrangan PAS Pusat. Ada macam sesuatu yang tak kena di situ?

Agak pelik sebagai pembaca, dalam satu artikel meminta jangan menghala muncung kepada rakan seperjuangan dan artikel Ulama pula minta jangan tuduh menunduh tapi artikel serangan kepada Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasa secara prajudis diberi pula keutamaan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini membuat kenyataan dalam facebooknya mengenai isu ini adalah teknikal dan perlu di selesaikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan sekali lagi mengulangnya dalam blog beliau kenapa beliau menjawab demikian kepada pemberita apabila ditanya soalan yang sama berkenaan Dr Hassan Ali.

Mesej Tuan Guru Nik Abdul Aziz nampaknya macam tidak diendahkan oleh pengurus laman PAS Pusat.

Ramai pengulas isu dalaman PAS ini mengganggap Saari Sungib yang membocorkan maklumat parti dan mengaibkan Dr Hassan Ali adalah lebih serius daripada kenyataan Dr Hassan Ali di Media kerajaan. Ada juga rasa tidak puas hati tentang bagaimana isu ini ditanggani sehingga PAS dilihat tidak adil dalam menyelesaikan masalah ini, apatah lagi menggunakan Lidah Rasmi Parti untuk mengecam sedangkan siasatan tidak dibuat.

Begitu juga pendedahan tentang ketidakhadiran Ustaz Nasarudin Mat Isa dilihat sebagai tidak kukuh dijadikan alasan. Sedang semua orang tahu jika tidak hadir perlukan surat tunjuk sebab melainkan Ustaz Nasa tidak mengendahkannya dan tatatertib diambil terhadap Ustaz Nasa. Baru boleh Setiausaha menjawab kenapa dia dipecat misal, kerana tak hadir mensyuarat walaupun diberikan peringatan.

Tapi agar pelik, kenyataan media mendahului semua ini.

Orang bawahan parti terutama pekerja parti juga mengesyorkan satu tindakan secara serius kepada wartawan harakah yang membocorkan maklumat harakah dengan menyebar lebih awal temubual tersebut. Ada juga yang membuat tohmohan selama ini banyak isu-isu parti yang bocor seperti mesyuarat syura, keputusan sesuatu mesyuarat dewan harian parti adalah bersumberkan daripada wartawan harakah kerana program dan agenda parti hanya dihadiran oleh mereka.

Tidak mustahil mereka yang suka membocorkan maklumat parti akan mengambil kesempatan daripada musuh jika ada keuntungan kepada mereka. Tabiat yang tidak baik tidak boleh dibiarkan jika tidak parti akan mengalami kerugian disuatu hari nanti.

Jika tiada tindakan dibuat terhadapa wartawan harakah yang terbabit, kreadibiliti dan kepercayaan ahli terhadap harakah akan menurun. Harakah mesti dipulih daripada rasa ketidak percayaan ini.

Bagaimana harakah hendak memainkan peranan jika orang-orang yang tidak bertanggungjawab masih lagi berligar dalam harakah.

Sebelum ini, ZainulFaqar yang celupar mempersendakan ucapan Presiden PAS dalam facebooknya juga tidak diambil tindakan, malah pengurus harakahdaily membelanya.

Tapi Allah tak lamakan ZainulFaqar akhirnya ditersingkir sendiri daripada Harakah. Kita ingat sudah tidak ada masalah lagi, rupanya masih ada lagi saki baki 2, 3 orang duri dalam daging kepada jamaah Islam yang jangan dipandang mudah.

Terpulanglah kepada kita, walaupun sudah terlewat tapi masih boleh diperbaiki lagi...
Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger