Syabas Wartawan Harakah, Anda Penghubung Berita Malaysiakini!


Ikut hati memang tak nak menulis, sudah ada rasa jelek dengan politik PAS. Tapi ingatkan diri sudah berbaiah terhadap Jamaah ini selagi mana Jamaah tidak lari daripada landasan yang benar, saya menggagahi untuk menulis.

Berita Malaysiakini petang ini dengan tajuk "PAS lancar 'perang' pada Hasan, Nasha" telah membuatkan saya rasa memang hebat poltik dalam PAS untuk mencatas sesama sendiri.


Anda boleh baca tulisan di Malaysiakini, satu daripada media "rasmi parti PAS" ialah
Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali (kanan) dalam akhbar web PAS Harakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan, sekurang-kurangnya sehingga minggu depan.
Tulisan ini menambah lagi.
Malah, Harakah edisi Isnin depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.
Tulisan di Malaysiakini telah membuat satu konklusi iaitu;
Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS. "Saya dimaklumkan dan saya boleh mengesahkan Hasan ada menemui orang tertentu termasuk beberapa tokoh dalam PAS untuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS sudah tidak boleh diyakini lagi.

"Saya tak nak dedahkan lagi siapa orang ini, cuma saya mahu sebutkan apa yang dilakukan Hasan ini dalam ruang-lingkup agenda musuh politik PAS,"
Malaysiakini telah menyebut secara jelas siapa yang menjadi talibarut penyebaran maklumat percetakkan harakah ke media lain. Anda boleh baca di sini.
Tulisan itu bagaimanapun sudah boleh dibaca dalam blog seorang wartawan Harakah yang mewawancara Mustafa kerana sudah dimuatkan sejak semalam.
Bayangkan apa yang akan dicetak oleh harakah boleh diketahui umum oleh kerana budak harakah yang membocorkannya. Apakah ini tidak salah dari sudut pandangan parti?

Mohd Rasidi dan Wan Nordin dua orang ini patut diambil tindakan yang serius oleh kepimpinan PAS. Saya mencadangkan agar satu laporan kepada badan disiplin parti dibuat keatas mereka berdua.

Tapi terpulanglah kalau itu memang kehendak Cikgu Pa, Pengerusi Harakah (seumur hidup) yang memengang jawatan itu semenjak wujudnya jawatan itu, agar Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin Mat Isa boleh disingkir lebih cepat dengan cara ini.

Tahniah kepada PAS kerana PAS telah mengajar kita untuk mencantah mana-mana rakan politik yang berbeza pandangan dengan kita dengan cara begini.

Mungkin cara ini bertepatan dengan kaedah Islam dan bersuaian dengan hadis Nabi. Rasa tak sia-sia kalau anda setiap Jumaat mengadap Tok Guru di Medan Ilmu Kota Bharu, Kelatan atau di Rusila Terengganu.

Sebenarnya anda memang telah menghayati hadis riwayat Bukhari "Engkau lihat orang-orang mukmin dalam hubungan kemesraan dan kasih sayang mereka adalah seperti jasad yang satu. Apabila ada salah sastu anggota itu sakit, maka seluruh annggota mengadu berjaga malam dan demam"
Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger