Ahli PAS, rasanya boleh pijak.. sudah tak guna lagi!

Bila sebut "Perlembagaan" semua orang tahu. Bukan Al Quran tetapi adalah panduan utama sesuatu organasasi. Kita bermesyuarat, bergerak dan menjalankan aktiviti semuanya berpandukan kepada perlembagaan.

Kita menyerang UMNO pun kerana perlembagaannya tidak meletakkan Al Quran dan Sunah sebagai rujukan utama. Sebab itu bila kita nak tawan Putrajaya nanti kita nak ubah perlembagaan agar Undang-undang Islam boleh dilaksanakan. Tak tahulah kalau kita sudah ubah niat tentang negara Islam ini.


Dulu kita ada sedikit krisis dalam mentafsir perlembagaan, disebabkan ada masalah tataterib dalam parti. Kita ramai-ramai bermuktamar meluluskan pindaan perlembagaan 2011 yang baru. Membaiki kelemahan yang ada dan boleh dikatakan semua kawasan terlibat membahaskan perlembagaan sehingga pindaan itu diluluskan secara rasminya dan dikeluarkan pada edisi 2011.

Kalau kita ada masalah dalam parti, kita ada fasal untuk penyelesaiannya. Lihat FASAL 82: TATATERTIB PAS.







Saya sebagai ahli PAS merasakan suatu yang pelik jika perlembagaan ini diketepikan dalam menyelesaiakan isu-isu parti.

Malah saya merasai lagi pelik bila lidah rasmi parti HARAKAH menjadi saluran untuk menyerang bukan menyelesaikan masalah.

Kalau saya rujuk Fasal 15 Keberhentian Ahli, saya tak nampak Dr Hassan Ali atau Ustan Nasaruddin Mat Isa sudah tidak menjadi ahli PAS. Soalnya kenapa parti tidak mengambil saluran Fasal 82 untuk menghukum mereka?

Kalau itulah pendekatan ORANG BESAR-BESAR Parti maka saya mengesyorkan semua ahli PAS yang telah beli perlembgaan ini dan menyimpannya untuk memijak dan membakarnya sahaja perlembagaan yang sudah tidak gunapakai ini. Simpan pun buat menyemak aje.

Tak tahulah kalau orang BESAR parti tak faham lagi tulisan ini. Dimana saya nak mengadu? Adakah orang BESAR parti nak saya minta doa supaya Allah kalah PAS disemua tempat, supaya kita semua bermula semula daripada bawah. Masa itu kita tak ada apa-apa lagi, barulah kita tahu siapakah yang benar-benar jujur dalam parti?

Kalau kita berdoa untuk memang sudah pasti sukar Allah nak tunaikan kerana kita pasti diuji sebagaimana 2 ayat Quran tentang ujian dan doa ini, tapi rasanya kalau kita minta kalah pasti doa itu tiada hijab!!
Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger