Hassan Ali Iceberg untuk Pakatan Rakyat Selangor?

Ramai yang sudah tahu bagaimana kapal RMS Titanic tenggelam pada 15 April 1912 menyebabkan lebih daripada 1,517 penumpang mati. Kisah ini di filemkan sebagai pengajaran bagaimana satu struktur besar boleh musnah akibat daripada keretakan yang kecil.

Kalau kita mendalami ilmu sains dan teknologi, kekuatan struktur bahan adalah disebabkan oleh ikatan daripada 8 penjuru ikatan 'kovelan'. Apabila satu satu ikatan tersebut dimusnahkan. Bahan menjadi lemah di kenali sebagai 'takik' dan dalam bahasa biasa disebut retak.


BN terutamanya UMNO memang bercita-cita dengan apa cara sekalipun akan mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat. Banyak usaha dilakukan tapi hasilnya tak seberapa.

Mereka masukkan Dato' Seri Idris Jusoh salah seorang daripada pengerak strategi IT untuk BN Pusat kerana pengalamannya telah mengubah penstrukturan pengundi dari segi bilangan pengundi dan imbangan penyokong untuk mememangkan UMNO di Terengganu. Usaha ini berjaya kerana PAS Terengganu leka dengan kemenangan besar walaupun bilik gerakan PAS Terengganu sudah melihat fenomena luar biasa ini.

Betepik selepas kekalangan di Terengganu atas penipuan sudah terlambat dan kadangkala orang akan mengganggap PAS Terengganu hanya buat alasan sahaja. Itu pengajaran agar statitik dan perangkaan bukan perkara yang boleh dilihat sepintas lalu sahaja. Hormatilah orang yang membuat kajian dan perangkaaan. Mereka adalah profesional walaupun berkain pelikat.

Satu-satu isu yang hampir menggunggat PAS dan boleh meretakkan jentera utama PAS ialah isu UG iaitu unity government. Saya berpendapat UG berjaya bukan kerana UMNO tetapi kerana ada orang PAS yang sendiri memain dan menggunakannya untuk mengambil alih penerajuan strategi PAS.

Isu ini telah dimatikan dengan kesabaran Presiden dalam menghadapi dugaan ini walaupun terpaksa berhadapan dengan Mursyidur Am PAS. Secara khusus kajian-kajian ringkas telah menunjukkan isu ini akhirnya reda apabila sifat kesebaran Presiden, keutuhan beberapa kepimpinan yang dijadikan sasaran seperti Ustaz Nasa dan termasuk Dr Hassan Ali serta Cikgu Pa.

Dalam kajian ringkas juga menunjukkan ahli-ahli PAS yang bersifat pengerak (bukan penyokong) juga memainkan peranan penting diatas konsep siqah dan wala'. Walaupun dua konsep ini cuba diserang secara tidak langsung melalui blogger Pakatan Rakyat sendiri.

UMNO telah melihat UG dan mangsa-mangsa UG adalah satu 'opportunity' dalam kajian swot mereka. Maka beberapa perancangan telah dibuat untuk memecah kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor.

Utusan Malaysia adalah satu daripada alat pengerak perancangan sebab UM adalah sumber rasmi berita. Selain daripada itu, beberapa pakar strategi di UM adalah orang lama yang telah berkerja di zaman bekas Perdana Menteri Tun Mahathir. Kewibawa mereka tidak boleh dinggap mudah. Walaupun kita lebal Utusan sebagai "Utusan Meloya". Sebab itu ada banyak peringatan daripada ulama kita "Musuh jangan dianggap Mudah".

Tidak hairanlah kalau Utusana Malaysia boleh menyiarkan kenyataan "Orang yang mampu menyelamatkan Selangor dan menyatukan orang Melayu adalah ahli exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali. Demikian pendapat edoitor kanan, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan."

Untuk menguatkan serangan ini kita boleh baca petikan ini "Sebagai bukti, sokongan sultan dan pengiktirafan kepada exco PAS itu, Zaini menyentuh mengenai spekulasi bahawa Hasan akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor pada Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, minggu depan"
Kita tak kisah itu peranan mereka sebab mereka punya strategi untuk menjatukann Pakatan Rakyat. Meretakkan hubungan sesama PR.

Meretakkan hubungan bukan perkara baru, kita sendiri diajar berdoa untuk Allah retakkan hubungan musuh. Tapi kalau musuh cuba retakkan hubungan kita, kita pula menghidupkan api retak itu, kita boleh dianggap bodoh dalam tipu muslihat musuh.

Tidak hairan ada dikalangan blogger Pakatan Rakyat cuba mengapikannya lagi. Baca petikan daripada Blog Pakatan Rakyat.

"Apakah ada kemungkinan Hasan Ali bakal meninggalkan PAS dan bertanding sebagai seorang calon bebas di kerusi DUN Gombak Setia? Atau beliau akan menyertai Umno?"

Saya menggap isu ini akan terhenti di sini, tapi malangnya saya mula terbaca di blog Pakatan Rakyat juga tentang kenyataan daripada Malaysiakini bahawa Dr Hassan Ali akan digugurkan daripada calon PAS kerana tak cukup kawasan mencalonkannya.

Saya tak tahu macam mana maklumat-maklumat sulit parti boleh disiarkan melalui Malaysiakini. Bukan sekali malah banyak kali.

Sebab itu dalam kajian ringkas yang saya sebut tadi telah membuat analisis bahawa ada dikalangan pimpinan (bukan penyokong) telah memberikan maklumat secara terancang untuk beberapa kepentingan kepada pemberita Malaysiakini.

Dulu kita tahu bagaimana Syura Ulama PAS Menolak Zulkifli Noordin sebagai calon atas beberapa alasan tertentu. Maklumat ini tidak dibocor atas dasar ia adalah kerahsiaan parti sehinggalah ZulKulim ini berpaling tadah.

Atas kepentingan apa maklumat Dr Hassan Ali tak boleh bertanding perlu diberikan kepada pemberita Malaysiakini? Untuk selamatkan Selangor? Atau untuk menjadikan Dr Hassan Ali Iceberg kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat. Anda ada akal anda boleh berfikir.
Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger