Aku masih ingat lagi pada 9 Januari 2016, awal tahun Rafizi Ramli menyebut Pakatan Harapan tidak lagi mengguna pakai prinsip ‘setuju untuk tidak bersetuju’ seperti dahulu. Suhaizan Kait yang kalah pemilihan Ketua Pemuda PAS, kecewa dan bersama menubuhkan parti PAN @ AMANAH juga mengeluarkan kenyataan yang sama.
Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli, berkata mana-mana parti yang melanggar persetujuan bersama akan dipecat. “Prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju tidak lagi boleh digunakan dalam Pakatan Harapan,” katanya
Pada hari itu Rafizi membentangkan tiga fasal pertama iaitu keputusan bersama, pembinaan
kesatuan politik dan penyelesaian pertikaian daripada tujuh fasal
perjanjian.
Manakala Setiausaha Organisasi Nasional DAP, Anthony Loke pula membentangkan
fasal empat dan lima iaitu dasar bersama serta perjalanan pilihan raya.Katanya Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili sesuatu pilihan raya di mana-mana peringkat.
“Majlis presiden perlu mempertimbangkan faktor parti manakah yang
mempunyai kebarangkalian paling tinggi untuk menang dalam pilihan raya
itu,” Tambah Anthony Loke.
Suhaizan
Kaiat, Setiausaha Organisasi Amanah membentangkan fasal enam dan tujuh iaitu perjalanan kerajaan, pembangkang serta
keabsahan Pakatan.
Fasal tujuh Perjanjian Pakatan Harapan menghuraikan prinsip yang
diguna pakai untuk menentukan status Pakatan Harapan jika ada
pelanggaran mana-mana perkara yang dipersetujui dalam perjanjian ini.
Aku paling nak gelak Suhaizan pernah menyebut “Kita belajar daripada kesilapan dulu, tak ada kuasa untuk mengambil tindakan ke atas parti yang melanggar perjanjian."
Sehingga aku menulis artikel ini, aku masih belum dengar apa-apa ulasan dua orang kuat PAS dulu ini si Suhaizan dan Khalid Samad. Mana pergi dia orang ni dalam isu pertindihan kerusi aku pun tak tahu. Apakah PAN sudah tak tahu nak pilih siapa? PKR atau Bos besarnya DAP?
Aku rasa Pakatan Harapan dah tak ada harapan lagi!
Haji Hassan Omar
Blog Archive
-
▼
2016
(199)
-
▼
April
(11)
- Najib Persembahkan Nama YB Nawi Mohamad Ganti YB R...
- Ini Bukti Parti PAN @ AMANAH Penyelamat UMNO Sedan...
- Pakatan Harapan Tiada Harapan Lagi?
- Kit Siang Sangat Sedih Pasal Pertindihan Kerusi PK...
- Perkecilkan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Su...
- Jika Dun Terengganu Bubar Kerajaan Terengganu Akan...
- Ada Penulis Blog Pro PAN Kata 3% Akan Undi PAS PRU...
- Calon Muslimat PAN @ AMANAH
- Husam Kini Cuba Selamatkan UMNO
- Bertanding di Sarawak, Beza antara PAS dan AMANAH
- Parti AMANAH ni nak Selamatkan Malaysia atau Nak S...
-
▼
April
(11)
+ comments + 1 comments
Sedangkan penghinaan perkataan SATAN kpd cendekiawan islam antarabangsa oleh DAP pun 2 ekor sesumpah ni; KS n SK tak berani nak kuar kenyataan sepatah haram pun agar Tok Guru PAN TGPDR meminta maaf pd DZN, inikan pula kalau setakat berlawan sesama sendiri antara DAP n PKR di PRN Sarawak tanpa langsung melibatkan ilmuan islam lain (kecuali Mursyidul AM PAN dan timbalannya yg diakui ulamak oleh PAN hanya setelah mendapat pengiktirafan DAP! - ini Mursyidul dan timbalan pun REDHA atas penghinaan SATAN ini asalkan ianya dilakukan oleh DAP; bukan yg lain)..
Sekian..
Post a Comment