Parti AMANAH ni nak Selamatkan Malaysia atau Nak Selamatkan UMNO?


Aku tak tahu apa yang ada dalam pemikiran pemimpin parti AMANAH @ PAN? Kalau dengan PAS dia orang marah sangat kononnya PAS nak selamatkan UMNO pasal tu berkawan dengan UMNO, lembut dengan UMNO dan macam-macam hujah kononnya PAS selamatkan UMNO daripada nak tengelam.

Bila aku lihat apa yang parti PAN buat dan apa yang di orang amalkan, aku jadi makin celaru. Parti PAN tak tahu ke Muhyiddin ni masih orang kuat UMNO bercita-cita untuk jatuhkan Najib dan nak ambil tampuk Presiden UMNO?

Tahukah bahawa Muhyiddin dan Mukhriz ni sebati jiwa dengan UMNO. Mereka bergaduh dalam UMNO pun kerana nak selamatkan UMNO daripada dijatuhkan oleh Pakatan Pembangkang?

Tidak macam bergaduh antara PAN dan PAS kerana perbezaan pendekatannya.

Bila aku fikir, aku berpendapat ramai penyokong PAN ni bodoh dan tak tahu kenapa PAN diotubuhkan? Mereka dimainkan sentimen yang tidak benar akhirnya mendapat maklumat palsu tentang ulama dalam PAS.

Walaupun ramai golongan dikatakan profesional tapi malangnya buta maklumat dan bodoh nak buat soalselidik akhirnya jadi bodoh!

Haji Hassan Omar
Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger