Kit Siang Sangat Sedih Pasal Pertindihan Kerusi PKR-DAP


Aku mendapat maklumat daripada sidang media di Sarawak Lim Kit Siang berkata “Saya tersangat sedih dengan apa yang berlaku ketika penamaan hari ini. Kita berhempas-pulas sejak lapan tahun lalu, untuk membina gerakan yang kuat yang boleh menggantikan BN di Sarawak dan Malaysia, telah mengalami halangan yang besar."

Katanya lagi ini peristiwa tersedih tak pernah sesedih ini.

Sebelum ini aku dengar anaknya, Lim Guan Eng mengatakan DAP berasa telah ditipu PKR.

Kedua-dua Lim pada pendapat aku tahu "PKR tu kaki bohong dan penipu" semenjak Anwar belum masuk penjara lagi.

Aku nak bagi contoh satu, "Langkah Kajang" misalnya. Apabila pimpinan PKR jumpa PAS kata nak tukar MB Selangor TS Khalid, dia orang cakap DAP dah setuju. Padahal DAP tak tahu pun.

Bila PAS tak setuju, PKR cuba cari puak-puak PAS yang tak walaq (Geng PAN sekarang) untuk bantah Presiden PAS hingga huru-hara rumah tangga PAS.

2 Lim ini apa sikap dia orang?

Dia nak sokong PAS yang betul atau nak sokong Anwar dan Rafizi dengan Langkah Kajang yang tak betul. Tapi 2 Lim ambil sikap khianat PAS dengan menyerang Presiden dalam usaha menjatuhkan Presiden dengan memberikan sokongan kepada satu kumpulan dalam PAS yang kini dikenali PAN @ AMANAH. Malah sokongan kewangan juga turut diberikan.

Kenapa 2 Lim ini sanggup membelakangi kebenaran dan menyokong "Pembohongan" yang dibuat oleh PKR sehingga semua orang menyalahkan PAS dan Presiden PAS??

Masa itu Lim Kit Siang tak tersedih, yang tersedih hanya Haji Abdul Hadi dan ulama PAS. Masa itu juga Lim Guan Eng tak rasa tertipu yang tertipu dengan langkah Kajang ialah PAS termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempertahan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan TS Khalid sehingga mengeluarkan kenyataan PKR ini macam budak kecil.

2 Lim menggunakan politik kepentingan DAP lebih utama daripada "Kebenaran dan Persahabatan". Akhirnya sekarang DAP dah rasa apa yang dia orang buat kepada PAS sebelum ini. Apa nak sedih itulah perangai kamu.

Haji Hassan Omar
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 26, 2016 at 7:58 PM

Yg bestnya PAN pun turut rasa sedih atas apa yg berlaku.. tapi ada org tanya kenapa PAN tak rasa sedih pun bila TGPDR menghina guna SATAN kpd DZN?

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger