Bertanding di Sarawak, Beza antara PAS dan AMANAH


PAS umum akan bertanding 11 kerusi di Sarawak. Pengarah Pilihan Rayanya Cikgu Pa dalam ucapan ada mengatakan sekiranya PAS memang kesemua kerusi PAS tak boleh memerintah dan tak akan boleh mengubah apa-apa.


Parti AMANAH @ PAN pula mengumumkan akan bertanding 13 kerusi dan bersedia untuk bertenbung dengan PAS jika wujud bertindanan kerusi yang ditandingi. Pakatan Harapan tidak ada kesefahaman, malah PR dan DAP pun tak boleh duduk semeja bukan pilihanraya kali ini, malah sebelum ini pun.

Aku cuba faham kenapa PAS nak bertanding juga di Sarawak dengan masyarakat Sarawak yang lebih bersifat memilih parti kaum dan masih wujud lagi anti-semanjung?

Kenapa PAS rela mengorbankan banyak duit atas Pilihan Raya Negeri Sarawak ini?




Aku cuba dapat penjelasan. Rata-rata pimpinan PAS yang aku jumpa menerngkan bahawa PAS 'berdakwah' bukan semata-mata politik. Misi utama ke sana adalah untuk mempamirkan Islam dan cuba masuk ke dalam masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Ada yang kata dakwah perlu pengorbanan dan perlukan masa yang panjang. Mereka cuba untuk menanam benih-benih baik untuk masa akan datang.

Aku terfikir pula bagaimana dengan parti serpihan PAS, PAN pula?? Adakah mereka ada misi dakwah?

Aku cuba layari facebook cybertropper parti AMANAH. Ini hasil aku jumpa.


Rupanya mereka memperolokkan PAS bertanding 11 kerusi. Mereka tanya mana hudud? Malah mereka cuba sebotaj PAS macam UMNO sebotaj dengan menyiarkan poster PAS nak mulakan hudud di Sarawak.

Aku rasa mereka ini 'saling tak tumpah macam UMNO'. Tapi tak hairanlah ramai pengikut PAN ini dulunya datang daripada keluarga UMNO. Tumbuh daripada makanan haram rasa tak bersalah perolokkan hudud.

Bila nak bentang hudud awal-awal lagi Presiden PAN kata tak akan sokong RUU Hudud PAS tapi bila tak buat tanya bila nak hudud.

Mereka jadi bodoh dalam dakwah, malah sikap mereka sudah berubah kerana mereka mungkin sudah kecewa dengan PAN yang tak tahu hujung pangkal. Nak balik semula kepada PAS malu atas dasar ego. AKhirnya mereka jadi jahat lebih jahat daripada UMNO merosakkan PAS.

Haji Hassan Omar







Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger