Mahathir tak mahu cium kaki PAS, Tapi dia hanya cium kaki Lim Kit Siang sahaja!



Tempoh sebulan yang diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada bersama pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang adalah mencukupi, kata pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Saya tidak mahu merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS. Cukuplah," kata Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Haji Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam kenyataannya menyatakan Tun Mahathir tidak sepatutnya mendesak dan memberikan tempoh dalam kerjasama antara PAS-BERSATU kerana suasana politik pembangkang berlainan dengan suasana politik semasa Tun Mahathir dalam kerajaan.

Katanya Tun Mahathir sepatutnya belajar cara pembangkang bekerja dan memahami politik pembangkang yang mempunyai pelbagai prinsip dan budaya masyarakat.

Ada 4 cara bentuk kerjasama antara PAS-BERSATU boleh dilakukan iaitu mengikut unit penyelidikan PAS;

1. Tahaluf. Cara ini hanya boleh diputuskan dalam Muktamar PAS dan kelulusan Majlis Syura Ulama PAS. Tahaluf bukan sahaja berbentuk kerjasama tetapi PAS akan menggerakkan semua jenteranya membantu BERSATU. Perkara ini pernah dibuat dalam pilihanraya lalu bersama dengan PKR.

2.  Bergabung.

3.  Berkerjasama.

4.  Kesefahaman politik.

Jadi PAS memerlukan sedikit masa untuk perkara ini kerana PAS dah ada banyak pengalaman berkenaan isu kerjasama ini, agar kerjasama berlaku bukan sekadar kerjasama menghadapi PRU-14 sahaja.

Tapi malangnya Tun Mahathir lebih suka mengarah dan mahu PAS menyertai PAKATAN HARAPAN sedangkan PAS daripada awal lagi bertegas dengan prinsipnya tidak boleh bekerjasama dengan PAN dan DAP.

Ramai akan tertanya-tanya bagaimana dengan Selangor yang ada DAP?

Saya sudah menulis perkara ini, Kerajaan Selangor adalah kerajaan yang diasakan majoriti Azmin oleh PAS, Serpihan PKR dan UMNO.


Menyedari Pakatan Rakyat hanya dapat 26 berbanding dengan 29, maka PKR dan DAP akhirnya akur bersama PAS membentuk kerajaan Selangor sehingga hari ini dan PAS tetap mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan UMNO.

Kita sedar sampai hari ini parti PAN walaupun mereka berada dalam PAKATAN HARAPAN, tetapi tiada kuasa di Selangor kerana mereka bukan yang membentuk kerajaan Selangor.

Tun Mahathir dilihat tidak mahu kepada Islam dan cara Islam yang dibawa oleh PAS. Pasal itu dia cuba menekan PAS supaya berada dalam Pakatan HARAPAN dengan harapan mereka boleh guna PAS menjadi anak tangga.

Mahathir lebih selesa dengan DAP. Tun Mahathir sanggup cium kaki Lim Kit Siang demi memperolehi undi Cina. Ini digambarkan bagaimana Mahathir sanggup turun keseluruh negara atas tujuan ini.

Mahathir boleh terima konsep MALAYSIAN MALAYSIA berbanding Islam. Dia rela korbankan Melayu Islam demi untuk menjatuhkan Najib. Jangankan cium kaki Lim Kit Siang, 'sembah' pun dia sanggup. Lihat apa puak PAN buat pada ayam!
Penasihat DAP Lim Kit Siang tetap mempertahankan perjuangan parti itu yang didakwa sentiasa selaras dengan prinsip dan matlamat untuk ‘Malaysian Malaysia’ atau Malaysia untuk Rakyat Malaysia.
“Kami tidak membuat sebarang pembohongan dalam politik, bermain politik atau mengamalkan politik yang menakutkan, malah tidak mengkhianati prinsip parti dan kami tidak pernah menyimpang daripada prinsip.

“Kita tidak mahu menjadi MCA kedua, kami DAP dan akan kekal sebagai DAP, mereka yang mendakwa kononnya DAP sebagai parti menyimpang adalah tidak benar,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan di sekitar Melaka, semalam.


Semalam Lim Kit Siang tegaskan sekali lagi bahawa walaupun berkerjasama dengan BERSATU, parti itu masih kekal dengan konsep Malaysian Malaysia dan mengesahkan bahawa MAHATHIR SANGGUP CIUM KAKI LIM KIT SIANG DEMI NAK UNDI CINA. Tak ada beza Mahathir dengan parti PAN sanggup gadai maruah dan Islam demi untuk raih undi Cina.


Share this article :
 

+ comments + 21 comments

Anonymous
February 15, 2017 at 3:25 AM

Jangan suka tabur fitnah mengatakan Tun Mahathir cium kaki Lim Kit Siang, tidak takut akan dosa membuat fitnahkah??? Habis tu dulu, adakah Fadhil Noor dan Nik Aziz juga mencium kaki Lim Kit Siang? Sila beri jawapan kepada soalan ini terlebih dahulu, jika benar PAS adalah sebuah parti yang berprinsip. Nampak sangat kebodohan abadi dalam memberi hujahan melulu seperti dinukilkan dalam artikel di atas. Tidak berapa lama lagi, kebarangkaliannya amat besar sekali PAS yang akan tersungkur disebabkan keangkuhan (salah satu sifat syaitan) Hadi Awang yang kini amat selesa menjadi penjilat UMNO yang terkenal dengan sifat zalim itu. Kenapa PAS tidak menyerang UMNO kebelakangan ini, sebaliknya pihak yang hendak mengalahkan UMNO pula yang ditohmah. Inikah wajah sebenar PAS?

Anonymous
February 15, 2017 at 9:31 AM

Ni jawapan kepada Mr PAN 3:25 a.m. jawapan dia aku cedok dari blog lain

http://semuthitam80.blogspot.my/2017/02/pkr-dapigs-tak-iktiraf-tun-m-zaid.html?m=1

PKR DAPigs TAK IKTIRAF TUN M, ZAID "GHAIRAH" SENDIRIAN!!!



Heh! Ghairah betul Si Katak ni rupanya ya. Tak sangka pulak yang keghairahan dia ni mampu mengatasi kegersangan Si Nurul Izzah tu. Punya la dia ghairah, sampai tahap sanggup dia malukan diri dia sendiri.

Dek kerana taksub dan ghairah sangat nak mengampu Tun Mahathir, Si Katak ni dah mula buat kecoh apabila menganggap bekas Perdana Menteri sebagai Ketua De Facto dikalangan pemimpin Pakatan.

Namun kenyataan yang dibuat oleh Si Katak itu telah membuatkan pemimpin parti DAPigs itu mula terasa seperti dihina sehingga menyebabkan mereka 'Panas Telinga' apabila mendengarnya.

Jika sebelum ini, Si Katak tu mendakwa terdapat 'Perjanjian Senyap' dikalangan kepimpinan Pakatan yang mengangkat Tun Mahathir sebagai 'Pengganti' kepada Si Ketua Penipu tu.

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Katak itu sekaligus meminggirkan peranan pemimpin atasan DAPigs yang selama ini dianggap sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan Haprak tu.

Maka atas sebab itu, salah seorang pemimpin DAPigs tampil menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Si Katak itu secara terbuka kerana ianya tidak mendapat persetujuan dari pemimpin atasan parti.
“Saya berasa pelik mengapa Zaid membuat kenyataan itu sebagai seorang ahli DAP tanpa merujuk kepada kepimpinan parti. Beliau sepatut faham bahawa Jawatankuasa Pusat Eksekutif yang membuat keputusan bagi pihak DAP dan tiada keputusan berupa demikian sudah dibuat,” kata Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong.
Dalam erti kata lainnya, penafian yang dibuat oleh pemimpin DAPigs itu secara tidak lansung membuktikan bahawa Si Katak tu dah MENIPU melalui kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Sementara itu, PKR pula berpendapat, Presiden parti mereka, Wan Azizah masih lagi dianggap sebagai 'Ketua' didalam gabungan Pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAPigs, PKR dan PAN tu.

Anonymous
February 15, 2017 at 9:40 AM

Mangkuk2 PANdosta wajat dengar nasihat Isma kat bawah ni

http://www.ismaweb.net/2016/12/bersatu-patut-pilih-pas-bukan-pan-dap-presiden-isma/

Bersatu Patut Pilih PAS Bukan PAN, DAP: Presiden Isma

BANGI, 9 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya memilih PAS sebagai sekutu politik, bukan bersama Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata, Bersatu mungkin gagal memperoleh sokongan daripada pengundi Melayu sekiranya terus bersama parti rasis dan cauvinis itu pada pilihan raya akan datang.

“Fokus Bersatu adalah mendapatkan sokongan dan undi daripada orang Melayu. Jika parti itu bersama DAP, ia akan menyebabkan matlamat mereka tidak tercapai.

“Bersatu sepatutnya memilih PAS sebagai sekutu mereka bukan PAN dan DAP,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini, sebagai mengulas pendirian PAS hari ini, untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan Bersatu sekiranya parti berkenaan menyertai pakatan harapan pada 13 Disember ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah Zaik berkata, PAN bukanlah parti utama yang mempunyai agenda sendiri, sebaliknya ia sekadar memanjangkan cita-cita DAP.

“PAN sekadar parti yang memanjangkan cita-cita DAP dan tidak berakar umbi. Parti itu tiada fokus dalam politik Malaysia,” katanya.

Oleh itu, katanya, Bersatu sewajarnya memikirkan jalan terbaik untuk bersama PAS, kerana pengundi Melayu dan Islam pastinya akan menolak DAP.

“Masa depan Bersatu akan lebih cerah jika bersama PAS,” katanya.




Anonymous
February 15, 2017 at 9:52 AM

Haji Hassan Omarini penulis yang berfikiran lemah dan berhati busuk. Admin tak perlu siarkan tulisan sampahnya. Memang membuang masa membaca kebodohan daripada manusia yg lemah inteleknya.

Anonymous
February 15, 2017 at 9:59 AM

Helllooooooo AyaPAN 9:52.................

Kalau Khadam tu khadam jugak la. Itu sebab DAP berharap PAN menang dan jika PAN menang, DAP buat sambutan........


http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous
February 15, 2017 at 10:00 AM

Moga2 Isma akan terus membuka cerita2 PAN dan DAP.

February 15, 2017 at 10:37 AM

Pas cium kaki umno dpt dedak juta2

Anonymous
February 15, 2017 at 1:36 PM

Helllooooooo AyaPAN 10:37................

Kalau Khadam tu khadam jugak la. Itu sebab DAP berharap PAN menang dan jika PAN menang, DAP buat sambutan........


http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous
February 15, 2017 at 4:03 PM

Sudah terang lagi bersuluh, pemuja-pemuja ulama bisu bila memberi komen tampak sangat jelas kebangangan mereka. Disamping itu mereka juga memaparkan akhlak seperti yang diterapkan oleh ulama-ulama bisu dalam PAS. Beginikah daya fikir dan akhlak pejuang-pejuang PAS? Akhlak dan daya berfikir almarhum UFN dan TGNA amat dipuji sehinggakan mampu menarik khalayak termasuk yang belum Islam. Prinsip yang ditunjukkan oleh kedua-dua almarhum amat digeruni oleh UMNO dan dihormati pula oleh parti rakan. Tetapi ulama-ulama bisu dalam PAS masa kini telah menggadaikan semua itu, demi untuk bercumbuan mesra dengan UMNO. Adalah satu perkara yang sia-sia bagi para walaun PAS yang mutakhir ini berusaha sedaya upaya untuk menegakkan benang basah. Tetapi kalau sudah teramat bodoh daya inteleknya ataupun kemabukan pil kuda, hendak buat macam mana...

Anonymous
February 15, 2017 at 4:17 PM

Anon 4.03 pm,

Jawapan kepada fitnah anda sudah dijawab oleh Ismaweb. Link dia ada kat bawah ni. Mungkin ada cacat cela saya dgn adab, TETAPI saya tidak menyanjung Abu Lahab Modern Penang Marei macam hangpa dari Kuali.

I might be slighly rude but I'm not a traitors like you scums!!!!!

http://www.ismaweb.net/2017/01/kata-pedang-dap-lim-kit-siang-takkan-berani-saman-pas-kerana-memang-betul-dia-anti-islam/

KATA PEDANG: DAP, Lim Kit Siang takkan berani saman PAS kerana memang betul dia anti-Islam

PEDANG menyokong 200 peratus kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang mencabar pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Eloklah, saman sahajalah. Memang Lim Kit Siang anti-Islam.

“Kita cabar Lim Kit Siang bawa ke mahkamah. Sila saman. Nanti kita akan sebut banyak lagi tindakan DAP yang menentang Islam.

“Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Nah, apa lagi DAP dan Lim Kit Siang tunggu?

Dia mengharapkan PAS cair dengan pujuk rayunya bagi menyertai pakatan harapan tapi sebaliknya yang dia dapat.

PAS tidak macam parti serpihannya PAN, tegas dan berpendirian. Kita harap begitulah sampai akhirnya.

PAN pula taat setia dan sanggup ikut apa sahaja arahan parti rasis dan cauvinis itu. Tapi sayang, DAP tak mempercayai kemampuannya membina kekuatan menumbangkan kerajaan BN.

PAN tak ada jentera sekuat jentera PAS. Sebab itu Lim Kit Siang dengan tebal muka sanggup menghulur salam perdamaian dengan musuhnya, PAS.

Isu DAP anti-Islam ini adalah isu yang benar, bukan rekaan.

DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh buat kenyataan bahawa mereka bukan anti-Islam.

Tapi, cakap, semua orang boleh cakap.

Orang menilai tindakan.

Terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Sama seperti yang diberitahu oleh Datuk Khairuddin. Jika PAS disaman, inilah peluang untuk mendedahkan betapa anti-nya DAP dan Lim Kit Siang terhadap Islam.

Dan Pedang yakin, Lim Kit Siang tak akan berani menyaman PAS.

Dia bersama puak rasis dan cauvinis yang lain masih memerlukan undi orang Melayu dan jika tindakan saman dilakukan, ia akan menguatkan lagi sentimen Melayu anti-DAP.

Turut disertakan di bawah adalah artikel Kata Pedang mengenai DAP anti-Islam. Baca dan nilai sendiri.

Kata Pedang: Tengok, Pedang dah sebut DAP anti-Islam dengan disertakan bukti-bukti. Tapi belum lagi menerima surat cinta daripada peguam parti rasis dan cauvinis itu. Tak ada te*** barangkali.

Anonymous
February 15, 2017 at 10:24 PM

Apabila nafsu menguasai diri segalanya boleh dilakukan tanpa pertimbangan dosa pahala.

Anonymous
February 15, 2017 at 11:41 PM

Anon 4:17pm

Anda telah menuduh ana membuat fitnah, bahagian yang manakah yang anda takrifkan kenyataan ana sebagai fitnah itu? Moleklah anda mengakui bahawa anda tidak menyanjung Abu Lahab Modern walaupun pada masa yang sama ulama bisu sanjungan anda itu bercumbu mesra dengan penzalim dan penindas rakyat, tetapi sedarkah anda bahawa tindakan ulama bisu sanjungan anda itu menurut kata almarhum TGNA membuatkan UMNO sedang berpesta? Ana yang masih lagi ahli PAS, amat kesal dengan tindakan dan tatalaku ulama bisu sanjungan anda itu.

Kecerdikan yang cuba anda paparkan menunjukkan anda seperti jahil Perlembagaan Persekutuan. Ana tidak menyalahkan DAP atau mana-mana pihak yang anti Islam di Malaysia ini (itu pun jika benar), namun begitu tidaklah bererti ana bersetuju dengan laungan anti Islam tersebut. Sebabnya, sistem pemerintahan di Malaysia meletakkan Perlembagaan Persekutuan dikedudukan tertinggi, malah mengatasi alQuran mahupun hadith. Inilah perkara yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu, bukannya dengan kaedah ulama bisu sanjungan anda itu hendak terus berlunjur sebelum duduk. Untuk menyebarkan syiar Islam, umat bukan Islam sebaiknya disantuni seperti yang dilakukan oleh almarhum UFN dan TGNA. Dengan cara begitu, lambat laun mereka akan nampak apakah keindahan Islam, walaupun mereka tidak mengakui kebenaran Islam dari sudut akidah. Ulama bisu sanjungan anda itu juga menerima pakai iaitu Perlembagaan Persekutuan itu adalah sistem yang didaulatkan dalam negara ini, jika anda tidak percaya mintalah ulama bisu sanjungan anda itu nafikan secara terbuka, ada berani? Ana pulangkan kata anda tadi "Tak ada te*** barangkali"

Anda mencabar DAP atau pemimpinnya menyaman PAS, apakah kebarangkalian PAS akan memenangi kes itu? Sedarkah anda Perlembagaan Persekutuan yang juga menjadi dokongan ulama bisu sanjungan anda itu akan digunakan sebagai rujukan utama di mahkamah nanti? Biarlah cerdik sedikit cara berfikir tu, sama ada PAS menang atau kalah hatta dibuang kes sekalipun, yang menang jadi arang yang kalah akan menjadi abu, UMNO seronok berpesta. Itukah yang anda dan ulama bisu sanjungan anda idam-idamkan? Adapun mantik yang dipraktikkan oleh almarhum UFN dan TGNA amat persis ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. Ia amat berbeza dengan gaya ulama bisu sanjungan anda, habis semuanya berterabur... hampeh!

Anonymous
February 16, 2017 at 12:47 AM

Ni Jawapan kepada PAN Anon 11:41 yg diambil dari Ismaweb. Syukur masih ramai dari umat Islam kenal mana satu Abu Lahab modern mana satu kebenaran. Sorang AyahPAN pun tak dapat jawab hujah2 saudara kami dari Isma. Ni dia punya link wahai pencinta abi lahab modern

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-Bukti DAP Anti-Islam Semakin Viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous
February 16, 2017 at 2:14 AM

Ha ha ha betapa terkepungnya minda penjilat ulama bisu, pemikiran seperti katak di bawah tempurung. Kalau PAS dapat mempertahankan Kelantan dalam PRU akan datang, itu sudah boleh dikira mujur baik sangat. Rasanya tidak perlu diberitahu dengan terpeinci, iaitu kejayaan PAS menerajui Kelantan ketika ini hanyalah dari momentum sokongan pengundi kepada PAS yang diterajui oleh almarhum TGNA. Begitu juga kerusi-kerusi dimenangi PAS di tempat lain, contohnya parlimen Bukit Gantang. Bodoh bukan kepalang kalau tidak menyedari hakikat bahawa realitinya Malaysia ini terdiri daripada 13 negeri dan juga wilayah persekutuan, bukan hanya Kelantan dan Terengganu sahaja. Terengganu dan Kedah, PAS hanya dapat memerintah hanya satu penggal sahaja dan selepas itu ghuyub habis. Ulama bisu korang hanya mensasarkan untuk menang 40 kerusi parlimen, tapi berangan-angan besar untuk memerintah Malaysia. 40 kerusi yang menjadi sasaran itupun entah boleh dapat atau tidak, tetapi pakai nampak sejarah hilang wang deposit akan muncul semula.

Apa sudah jadi dengan Amanat Hadi Awang, sudahkah ia dimuziumkan atau ditongsampahkan? Apakah Amanat itu dimuziumkan oleh tindakan DAP? Mengapa ulama bisu pujaan korang itu hanya tunduk patuh kepada UMNO mutakhir ni? Pada persepsi umum ia nampak seolah-olah mengiyakan PAS sudah diberi dedak sebab itu kelihatannya seperti kerbau dicucuk hidung. Ana tidak menuduh, tetapi ulama bisu pujaan korang itu amat wajar mempamerkan sikap sebaliknya, supaya boleh menutup sebarang ruang syak wasangka dikalangan ahli dan bukan ahli mengenai isu makan dedak. Tetapi ia tidak berlaku, kerana ulama bisu pujaan korang tu sudah dipukau oleh UMNO atau dia memiliki mental tidak stabil.

PAS juga sudah jadi talam dua muka, menentang DAP secara terbuka tetapi masih bekerjasama dengan DAP di Selangor, macam munafik je... Mana dia prinsip PAS yang dikatakan tegas menentang DAP itu? Apakah di Selangor, PAS kebuloq kepada ghanimah? Lagi mahu sembang kencang, hamPAS.

Anonymous
February 16, 2017 at 10:27 AM

Komen Terbaik dari Semut Hitam untuk tatapan PAN d khadam pencacai Abu Lahab Penang

http://semuthitam80.blogspot.my/2017/02/siapa-pulak-yang-suruh-cium-tapak-kaki.html

SIAPA PULAK YANG SURUH CIUM TAPAK KAKI PAS!!!

PAS tidak pernah meminta atau mengharapkan pimpinan PPBM datang melutut mahupun mencium kaki pimpinan parti itu demi mendapatkan kerjasama menjelang PRU yang akan datang.

Sebaliknya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki menjelaskan, PAS hanya menyeru PPBM supaya jangan melutut kepada pimpinan DAPigs terutama Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
"Setakat yang saya maklum tiada mana-mana pimpinan PAS yang minta pimpinan PPBM khususnya Tun Dr Mahathir mencium kaki pimpinan PAS.
"Yang PAS nasihat ialah pimpinan PPBM dan Tun Dr Mahathir jangan melutut mencium kaki Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP," katanya kepada Antarapos menerusi aplikasi Whats App.
Semalam Pengerusi PPBM itu sekali lagi bertegas meletakkan tempoh selama sebulan kepada PAS untuk segera memutuskan samada mahu menjalin kerjasama pakatan pilihan raya atau tidak.

Menurut Tun Mahathir, PPBM sudah buntu mencari jalan memujuk PAS, namun menegaskan bahawa parti itu tidak akan merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS dalam merealisasikan kerjasama itu.

Dalam pada itu, Zuhdi juga turut menyatakan pendapat bahawa didalam PPBM ini terdapat dua kumpulan yang mempunyai pandangan berbeza mengenai kerjasama diantara kedua - dua parti.

Jelasnya, ada pihak yang sangat mengharapkan kerjasama ini dan ada pihak yang menganggap ia sebagai 'jalan' untuk mendapat sokongan DAP dengan melakukan serangan ke atas PAS.
"Saya berpandangan, ada satu pihak dalam PPBM yang memang mengharapkan kerjasama dengan PAS dan ada satu pihak lain yang tidak mengharapkan kerjasama dengan PAS.
"Pihak yang tidak mengharapkan kerjasama ini, akan jadikan PAS sebagai 'punching bag', dan mereka berharap dengan menyerang PAS ini, mereka akan meraih sokongan pengundi Cina yang bersama DAP," katanya lagi.
Pokok pangkalnya, bukan PAS yang terhegeh - hegeh nak mendapatkan sokongan dari PPBM dan terlalu terdesak mahu menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan parti itu. Sebaliknya, pemimpin PPBM yang beria - ia nak memancing sokongan dari PAS!!




Anonymous
February 16, 2017 at 10:31 AM

Lagi Terbaik pekena muka PANNNNNNNNN dari Semut Hitam

http://semuthitam80.blogspot.my/2016/12/pas-tak-nak-berunding-pan-pulak-gila.html

PAS TAK NAK BERUNDING, PAN PULAK "GILA TALAK"!!!

Hek eleh!!! Memang pelik betul tengok perangai puak - puak PAN ni. Entah menda la yang dok bersabut sangat dalam kepala otak diorang ni gamaknya. Penuh sawang ke otak pemimpin PAN ni? Apa yang diorang nak pun diorang sendiri keliru.

Kalau selama hari ini, diorang jugak yang sibuk dok menjaja cerita memburukkan PAS kononnya parti itu sekarang ni dah jadi 'Barua UMNO' kerana melihat 'Kemesraan' yang ditonjolkan oleh pemimpin kedua - dua parti itu sejak kebelakangan ini.

Diorang jugak yang dok selalu tuduh PAS ni sebagai sebuah parti Pengkhianat kerana sanggup membelakangi konsensus dalam Pakatan hanya semata - mata kerana PAS enggan tunduk dan akur dengan segala kehendak puak DAPigs.

Malah, pemimpin PAN ni juga sering kali mendabik dada membuat dakwaan kononnya diorang mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri tanpa memerlukan sokongan serta dokongan dari PAS. Tapi tindakan yang ditonjolkan adalah sebaliknya.

Kot kalau PAN rasa diorang mampu untuk mendapat pengaruh dari kalangan rakyat, menda kejadahnya lagi diorang dok memperlekehkan PAS secara terbuka dan mempersoalkan kenapa PAS enggan berunding dengan puak Pakatan tu?

Kan nampak sangat IRONIKnya pendirian puak PAN ni apabila Setiausaha Agungnya sendiri tampil membangkitkan persoalan tersebut secara terbuka dan mempertikaikan pendirian PAS mengenai isu berkaitan kerjasama Politik dengan Pakatan.

Dalam satu kenyataan yang dibuat semalam, Setiausaha Agung PAN itu berkata, pemimpin PAS mungkin terkeliru dengan pemahaman terhadap slogan 'Politik Matang' yang sedang menjadi dasar baru kepada parti itu sejak akhir - akhir ini.
"Empat parti ini sudah menunjukkan sikap untuk bersama. Yang lain boleh datang kemudian. Kami bukan golongan keras kepala, samseng, boleh bersama. Tetapi kena ada jangka masa.
"Waktu Zohor ada masanya, habis Zohor masuk Asar. Kita tak boleh tunggu. Cukup masa kita kena teruskan. Setakat ini empat parti sudah bersedia," katanya di sidang media Pakatan Harapan (PH), petang tadi.
Andai kata PAN dan parti lain dalam Pakatan tak perlu tunggu PAS untuk membuat keputusan, apa kejadahnya lagi diorang dok sibuk bercerita buruk pasal PAS ni? Seumpama dua pasangan yang baru lepas bercerai, tapi PAN ni Gila Talak!!!

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAN ni secara terbuka membuktikan bahawa parti itu GAGAL untuk bergerak ke hadapan tanpa sebarang sokongan mahupun dokongan dari PAS. Nak juga diorang heret PAS sekali.

Dalam erti kata lainnya, PAN dan Pakatan Haprak tu yakin bahawa mereka tidak yakin pada kemampuan mereka untuk 'Move On' dengan apa yang ada pada mereka pada ketika ini. Keadaan itu secara tidak lansung mengiktiraf bahawa PAS ni masih sebuah parti yang relevan dalam arus Politik tempatan!!!

Anonymous
February 16, 2017 at 1:03 PM

Saya ingin menjawab tuduhan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam. Sepintas lalu, jika benar takkanlah negara-negara Islam Arab idola PAS hendak meminjam Mahathir sebagai perdana menteri mereka! Namun saya kira ini hanyalah satu lagi sandiwara PAS bagi menghadapi pilihan raya. Terdapat 88 kawasan parlimen di semenanjung yang majoriti pemilih Melayu melebihi 60 peratus, yang dikatakan sebagai kawasan pasti menang jika mendapat sokongan Melayu. Di Kelantan ada 14 kerusi, Terengganu 8 kerusi, Kedah tiada (0) dan Perak 11 kerusi. Jika majoriti orang Melayu Islam menyokong mengundi PAS, sudah tentulah parti itu mendapat sekurang-kurangnya 88 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13. Tetapi PAS hanya menang 18 kerusi sahaja daripada 222 parlimen. Pengakuan Hadi bahawa PAS hendak bertanding di 40 kerusi sahaja jelas membayangkan bukan untuk memerintah. Hadi harus ingat apa yang berlaku di Putrajaya dalam pilihan raya umum lalu. Parlimen itu mempunyai 6,608 pengundi sahaja semasa pilihan raya umum ke-12 dan meningkat kepada 15,791 pada PRU13. Umum tahu bahawa PRU13 bukan di zaman Mahathir. Pertambahan 8,183 pengundi itu tidak ada kaitan dengan Mahathir. Janganlah Hadi menyalahkan Mahathir kerana PAS (Datuk Husam Musa) kalah di Putrajaya pada PRU13. Memang ketika itu PAS 'berlagak dan cakap besar' seolah-olah Putrajaya telah berada dalam tangan selepas culaan mendapati lebih 4,000 pengundi memberi komitmen untuk mengundi parti itu. Empat ribu dari 6,000 memanglah telah majoriti, tetapi maklumat yang PAS tidak ada ialah jumlah pengundi adalah hampir 16,000 orang. PAS kalah sebab ego. PAS juga meletakkan kesalahan kepada DAP sebagai punca perpecahan pembangkang. Ya, memang berpunca daripada DAP tetapi bukanlah atas sebab yang digembar-gemburkan oleh Hadi. Punca sebenarnya adalah faktor hasad dengki kerana petunjuk indeks prestasi utama (KPI) PRU13 PAS hanyalah 33.87 peratus, sedangkan KPI DAP adalah 85.71 peratus – yang paling tinggi, malah jauh melebihi KPI Umno/BN sebanyak 56.34 peratus. Jika dilihat kepada faktor pertandingan dua, tiga atau empat penjuru, boleh dikatakan tidak ada perbezaan bagi PAS, sekitar 33 peratus. Berbeza dengan DAP, pertembungan melibatkan lebih dari dua calon, malah sehingga empat penjuru, memberikan peratus kemenangan dari 77 hingga 90 peratus. Ini membuka hipotesis bahawa pengundi PAS adalah komuniti tertutup dan telah tetap. Dan PAS boleh menjadi faktor pemecah undi Pakatan Harapan pada PRU14 nanti. Itu menjadi alasan utama bagi PAS untuk bersekongkol dengan Umno/BN bagi mengalahkan Pakatan Harapan demi kesinambungan kedua-dua parti. Ramai tahu, PAS tidak akan boleh hidup dalam HARAPAN kerana ideologi yang dibawanya. Lihatlah di Pulau Pinang dan Selangor. Namun HARAPAN tidak perlu risau jika ditikam belakang oleh PAS. Jumlah semua undi yang diterima (DUN dan parlimen) bagi BN ialah 5,591,807, bukan BN (6,784,671), DAP (2,970,050), PAS (1,912,557), PKR (1,896,784) dan STAR (5,350). Jika berdasarkan 33 peratus kemenangan PAS, hanya 631,143 sahaja undi tetap PAS, hanya 5 peratus sahaja daripada 12,376,478 undi. Jumlah 5 peratus undi tetap PAS bukanlah faktor penentu kemenangan HARAPAN sebagaimana dakwaan PAS. HARAPAN boleh melupakan terus PAS dan menumpukan usaha kepada perancangan strategik mereka. Bagi 14 kawasan majoriti Cina yang ditandingi PAS, hanya dua calon sahaja yang berjaya, iaitu Iskandar Abd Samad (Chempaka) dan Abdullah Husin (Puteri Wangsa). Rasanya tidak perlulah DAP hendak berlembut menagih kerjasama PAS.

Anonymous
February 18, 2017 at 6:08 AM

Sejak penubuhan pan kita berharap ramai non muslim akan tertarik dgn islam.

Tetapi yg kelakarnya apa yg terjadi sebaliknya pula iaitu ramai pemimpin muslim tertarik utk bersama2 dgn non muslim menolak hudud.

Anonymous
February 18, 2017 at 6:13 AM

setuju tapi bukan sahaja dap yg tak perlu menagih kerjasama pas malah parti2 lainnya juga. tak sabar nak tgk pkr tanpa pas terutama di selangor ini..

Anonymous
February 18, 2017 at 9:34 AM

Alangkah bagusnya jika pas dpt bertanding kembali utk kerusi parlimen gombak, shah alam, hulu kelang dan morib.

February 21, 2017 at 9:34 AM

elok gak bertanding, nanti peluang naik keta mewah bertambah. kesian kat MA PI$ tu naik proton saga je.. anak ada porshe , kesian...

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger