Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh Parti PAN bagaimana pula?


Ada seorang sahabat lama semasa belajar dulu hantar masej artikel Ahmad Lutfi Othman dalam MalaysiaDateline akhbar online parti PAN  yang bertajuk "PRU14: Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh" dan minta saya memberi komen. Saya balas, saya akan menulis ringkas sebelum tidur malam ini.

Demi memenuhi permintaan beliau saya akan ulas ringkas.

1.  Ahmad Lutfi Othman diberitakan kabur mata dan kini kian sembuh hampir setahun. Dalam masa setahun dia putus hubungan dengan ramai kawan-kawan melainkan mereka yang datang menziarhinya. Sumber maklumatnya makin menjadi terhap.

Jadi tak hairan apabila Ahmad Lutfi menulis, dia menulis dengan gambaran PAS 2 tahun lalu, zaman PAS bergolak dengan istilah erdagon dan jebon. Pasal itu muqadimah penulisannya di dalam akhbar MD pun bercerita sekitar Muktamar PAS di Johor yang telah berlalu lebih 4 tahun lalu. Petikan tulisannya sudah memahami kita bahawa dia ketinggalan dalam banyak isu terkini PAS.
saya rasa tak semua pimpinan Pas selesa dengan gaya sekarang. Mereka dalam dilema dan tidak cukup kuat untuk bantah. Nanti kena label pula seperti geng Erdogan dulu. Jebonlah. Parasitlah.
 2.  Ahmad Lutfi cuba membawa kepada pembaca kononnya politik boleh berubah dengan begitu drastik. Dia juga mengutarakan bahawa keadaan politik sentiasa berubah dengan menunjukkan faktor-faktor pada PRU12, 13 dan 14 nanti tidak akan sama. Saya sangat setuju dengan muqadimah tulisan dia kali ini. Itu memang benar.

Tapi malangnya Ahmad Lutfi sendiri tidak berubah, dia masih melihat PAS dalam skop pengolakan pra muktamar pemilihan yang dah lebih 2 tahun berlalu. Pasal itu contoh-contoh dan cerita pensyarah dan pekerja DBKL adalah cerita klasik lama yang tak releven dengan apa yang berlaku antara PAS dan Pakatan Harapan sekarang.

Saya tak salahkan Ahmad Lutfi, kerana terbatas kemampuannya untuk bergerak dia hanya bergantung kepada orang-orang yang datang menziarahinya. Rata-rata orang yang menziarahinya bukan di kalangan PAS. Ini patut kita marah kepada pemimpin PAS.

Bila yang datang bukan PAS dia hanya ada maklumat sebelah pihak. Penghujahannya tak banyak bantahan.

Saya cuba selongkar facebook Ahmad Lutfi dan rakan-rakannya untuk melihat gambar-gambar mereka yang hadir ke rumah Ahmad Lutfi. Siapa sebenarnya mereka ini. Inilah orang yang membentuk cara penghujahan Ahmad Lutfi dalam artikelnya.

Ahmad Lutfi sangat daif dalam membuat analisis berkenaan PAS mutakhir ini. Jadi jangan marahkan kepada dia jika tulisannya tidak memihak kepada PAS.

3.  Telefon adalah sumber komunikasi dan maklumat. Saya percaya Ahmad Lutfi juga tidak mempunyai akses kepada pemimpin PAS. Dulu dia sangat akrab dengan Ustaz Idris dan mungkin banyak maklumat PAS boleh difahami oleh dia untuk membuat analisis, tetapi sekarang saya rasa hubungan itu sudah tidak terjalin lagi.

Dia mungkin ketinggalan maklumat ada satu fenomena baru pada kemasukkan keahlian PAS daripada golongan muda serta kaki tangan kerajaan yang dulunya pro UMNO.

Satu keistimewaan Ahmad Lutfi walaupun dia tidak banyak maklumat tetapi dia boleh jadikan orang lain sebagai sumber maklumatnya. Tapi 'orang lain' itu sekarang ini hanya puak-puan PAN. Tahulah puak PAN, tak bohong, menipu tak menipu buat persepsi seperti yang Ahmad Lutfi menulis dalam artikel terbaru ini.
Tak ada kerjasama, tak ada persefahaman dengan Umno, cuma pendekatan sahaja berbeda ... politik matang dan sejahtera,

4.   Ahmad Lutfi mempunyai kepercayaan kepada persepsi, dia bukan manusia yang berasaskan data dan fakta angka. Mengatakan PAS hilang pengaruh berdasarkan persepsi dalam rakan-rakan PAN suatu fakta penulisan yang lemah.

Sepatutnya dia hubungi Rafiz, Saifuddin, atau Dr Zulkifly Ahmad untuk dapatkan kajian INVOKE yang sepenuhnya untuk mengkaji bagaimana PAS mempunyai kedudukan 21% berbanding 10% DAP,  8% PKR, 4 % BERSATU dan 2% parti PAN.

Dia juga patut memahami kenapa Azmin Ali walaupun banyak kali hendak marahkan PAS tapi masih boleh rasional (maksud saya simpan marah) dengan PAS dan sanggup bergaduh dengan rakan PKR atas tujuan nak bersama PAS.

Ahmad Lutfi juga patut 'study' bagaimana BERSATU masih menunggu PAS dah 2 kali beri tempoh edah untuk PAS bersama PAKATAN HARAPAN. Tun Mahathir terpaksa SIMPAN KUKUnya untuk isu BERSATU-PAS walaupun kadang-kala terkeluar juga seperti semalam.

Saya berpendapat Ahmad Lufti memahami ini tetapi dia hanya mahu PAS bersama Pakatan Pembangkang dan tulisannya tidak lebih daripada seorang ahli PAS yang kecewa dengan polisi baru PAS yang mungkin dia sendiri tidak selesa. (Saya berpendapat dia tidak memahmi).
5.  Oleh kerana saya nak tidur, hujah akhir saya, Ahmad Lutfi dalam penulisannya tidak sekali-kali menyebut pun pasal parti PAN sebagai alternatif  PAS. Kalau PAS tak boleh ambil peluang. Bagaimana parti yang kononnya pengganti PAS tak boleh ambil peluang??

Ini bermakna Ahmad Lutfi sendiri tak nampak PAN itu boleh mengganti PAS. PAN mungkin bagi Ahmad Lutfi sekadar parti seperti HAMIN, BERJASA dll yang pada suatu hari nanti tinggal sebagai nama. Hanya mungkin berbeza sedikit PAN ini kerana parti ini didalami oleh IKRAM dan sokongan geng HADIS, jadi maybe jangka hanyatnya ada sedikit bonus.

Saya berhenti dulu, tak sempat nak ulas pasal kerjasama PAS dengan mana-mana parti lain adalah kerjasama bersasaskan Islam. Saya rasa Ahmad Lutfi ada pendapat mirip PAN.


Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
February 15, 2017 at 1:58 AM

Hebat sangatkah PAS tu? Idris Ahmad itu aku yakin hanya sepenggal itulah dia merasa menjadi ahli parlimen Bukit Gantang. Tulisan admin menyatakan bahawa Ahmad Lutfi umpama ketinggalan keretapi, tetapi barang harus diingat, ramai lagi yang tidak ketinggalan keretapi ini menyokong penuh pandangan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi itu. Lihat sahaja Terengganu dan Kedah, apa sudah jadi dengan hasil kejayaan PAS menerajui negeri-negeri tersebut? Boleh cuma sepenggal sahaja dan nampak gayanya Kelantan turut menyusul pasca era almarhum TGNA.

PAS without Ustaz Fadhil Noor and Tuan Guru Nik Aziz has nothing to be proud of, but still dreaming to attract peoples to support. The glory of PAS will meet it's end soon. Lagi mahu cakap takbur, merendah-rendahkan pandangan orang lain.

Anonymous
February 15, 2017 at 9:33 AM

Ayoyo PAN mengamuk

February 15, 2017 at 9:37 AM

macam mana parti yang dapat 21% undi boleh pupus, hilang pengaruh dan kalah semua kerusi??? bagus kalau dapat diterangkan.

February 15, 2017 at 10:39 AM

Berbicara secara realiti bukan imagnasi.

Anonymous
February 15, 2017 at 10:26 PM

Pan semakin meroyan sbb pru semakin dekat tpi sokongan tak seberapa. Sembang je kencang.

Anonymous
February 16, 2017 at 1:06 PM

Lihatlah PAS, steady je langsung tak meroyan sebab UMNO sedia memberikan kerjasama kepada PAS dulu kini dan selamanya

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger