Strategi Husam: Daripada Habis RM 2 Juta, Lebih baik kalah RM30 Ribu


Politik itu pada asalanya tidak kotor. Hari ini, terutama menjelang PRU-14
kita melihat aksi politik makin menyimpan daripada asalnya. Islam diketepikan, skularisme menyusut masuk, maka timbul MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.

Sejarah Politik Dunia barat moden makin menjadi rujukan, politik Islam yang diajar Rasulullah s.a.w. kian dilupakan. Nama Niccolo Machiavelli tentu tak terlepas menjadi rujukan golongan profesional yang masuk terjah dalam dunia politik. Politik dan pemikiran serta praktikal politik kotor semacam menjadi kewajipan demi untuk mencapai kememangan.
 

Melalui buah pemikiran termasyur yang berjudul "The Prince" menjadi kitab rujukan golongan ini  dengan slogan "Politik itu Bebas Nilai" dan agama itu diketepikan.Bagi Nicco, politik tidak boleh dikaitkan dengan etika atau moralisme. Yang penting darinya adalah bagaimana seorang (calon) mampu mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan. Maka di sini mulai STRATEGI POLITIK KOTOR menjadi agenda "kewajipan" untuk digunakan tanpa batas AGAMA.
Berbalik kepada Husam Musa. Dia mengemukan strategi kepada PAN untuk mendesak PAS supaya bersama PAKATAN HARAPAN iaitu dengan menyerang PAS Kelantan dengan pelbagai isu agar PAS akur.

Dengan serangan ini PAS mungkin bimbang kerajaan PAS akan jatuh kepada BN dan bersedia untuk bersama PAKATAN HARAPAN. Bila PAS bersama Pakatan Harapan PAN akan menuntut beberapa kerusi yang pernah mereka bertanding semasa mereka bersama PAS dahulu.

Jika PAS tak memberi kerusi sudah tentu PAN tak boleh bertanding kerana DAP dan PKR memang tak akan memberi ruang kepada mereka. Semua orang tahu PKR lebih bersedia berbincang kerusi dengan BERSATU, parti baru daripada parti PAN yang dah tersedia dalam PH.

Saya telah menulis, bagaimana Husam membelanjakan RM 2 juta (ada orang duit tokong, ada kata wang DEDAK) untuk projek menekan PAS Kelantan dan bersedia menjadi 'tongkat UMNO'. Habis hampir 2 juta tetapi pertambahan ahli hanya daripada 823 orang kepada 1458 orang sahaja.

1458 ahli sebuah parti politik yang hendak bertanding 30 dun, SANGAT DAIF. Ini lebih baik sedikit daripada calon BEBAS. Husam GAGAL di KELANTAN.

Husam memikirkan cara baru. Cara baru ialah menyambung LIDAH SYAITAN, mengikut politik "Niccolo Machiavelli" dan mengenepitkan ajaran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

MATLAMAT MENGHALAKAN CARA, iaitu dengan membuat fitnah kepada PAS berkenaan dengan duit RM90 juta masuk dalam akuan PAS melalui Affin Bank.

Husam musa menepikan apa yang Islam ajar kepadanya. Dia menepikan apa yang Allah s.w.t. memberi peringatkan dan amaran di dalam al-Quran pada Surah Al Hujarat ayat 6.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. "
Mungkin Husam Musa sudah berfikir dia sudah tidak beriman lagi, jadi ayat itu tidak mengenai akan dirinya.

Bukan itu sahaja Husam Musa mengepikan ajaran Islam bahawa orang yang membuat tuduhan mesti mengemukan bukti atas tuduhannya. Bagi Husam itu tidak penting asalakan dia boleh LANYAK PAS dan geng ULAMA dalam PAS.

Husam lebih suka cara politik barat, yang kena tuduh terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyaman orang membuat tuduhan. Bukan sahaja wang, malah orang kena tuduhan terpaksa menghabiskan masa untuk menyelesaikan kes ini di mahkamah.

Jika orang yang dituduh tidak menyaman, maka ini peluang dan modal untuk Husam Musa akan jaja diceramah-ceramahnya bahawa yang kena tuduh ini sebenarnya bersalah. Imej politik PAS akan menjadi makin tercalar. Dari segi politik Husam Musa akan berjaya dan politik kotor ini menepikan akan adanya hari Akhirat yang pasti setiap apa yang kita lakukan pasti Allah s.w.t. akan menghitungnya.

Ada yang berkata takkan Husam buat perkara seperti ini.

Saya berkata bai'ah talak isteri pun Husam langgar. Baiah dengan Allah pun Husam sanggup langgar apakan perkara tuduhan kecil seperti ini bagi Husam. Biasalah manusia apabila dendam menghantui diri akal menjadi sempit, pemikiran menjadi tidak waras dan nafsu menguasa segala-galanya.

Husam Musa juga tahu proses mahkamah memakan masa yang lama. Jika PAS sama Husam Musa masih sempat mengatakan ini benar-benar berlaku dalam ceramah-ceramahnya. Jadi sempatlah isu ini digunakan untuk PRU-14 nanti.

Perkara ini sudah sebut pada ceramah 6 Februari 2017 lalu bahawa bukti akan ditunjukkan pada PRU-14 nanti jika PAS tak bersama PAKATAN HARAPAN.

Selepas PRU-14 Husam Musa akan minta penyelesaian diluar mahkamah. Dia hanya mungkin membayar paling banyak RM30 ribu untuk penyelesaian diluar mahkamah kepada PAS. Berbaloilah dengan RM30k boleh LANYAK PAS dan imej PAS tercalar teruk.

Betul ke Haji Hassan?
Ini soalan yang mungkin bermain dikepala pembaca artikel ini.


Husam pernah menggunakan cara politik kotor ini kepada UMNO iaitu dengan membuat tuduhan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Dato' Pa memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ketika hampir PRU-13 lalu.

Dewan Ulama PAS Kelantan membantah cara ini tetapi Husam Musa berdegil dan meneruskan cara politiknya dan mengatakan dia akan tanggungjawab. Husam Musa mengenepikan arahan Dewan Ulama dan mengikut cara politik Pakatan Rakyat.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. PRU-13 telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April 2013.

Sinar Harian 5 April 2013 telah menyiarkan berita penafian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dakwaan Husam Musa kononnya beliau memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri Kelantan. (sila rujuk di sini)

Sehubungan itu, Dato' Pa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

Husam tidak berbuat demikian kerana ini adalah strategi politik kotornya, kononnya nak selamatkan Kelantan dan membantah cara Ulama PAS bekerja yang dikatakan politik kuno yang berstratgi. Kononnya jujur dan ikhlas tak akan berjaya dalam dunia hari ini. Ini pemikiran sesat Husam Musa.

15 April 2016 Sinar Harian sekali lagi menyiarkan berita "Saman Tok Pa terhadap Husam selesai" (sila rujuk di sini)
Saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung dakwaan pemberian secara percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) kepada setiap ketua Umno bahagian di negeri itu selesai.
Keputusan itu dicapai selepas kedua- dua pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Husam membacakan pernyataan kekesalannya dan bersalaman dengan Mustafa selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nor Bee Ariffin sebentar tadi.

TIGA TAHUN isu ini bermain di Mahkamah. barulah Mahkamah boleh membersihkan nama Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Saya bukan nak membela UMNO tetapi saya bercakap diatas KEBENARAN, diatas fakta dan hujah. Inilah Husam Musa yang anda tidak kenali. Semasa dalam PAS dibuat perkara yang tak betul, apatah lagi bila diluar PAS bersama parti PAN.

Husam Musa ini jika bercaramah bercakap pasal agama, macam-macam nas dan hadis mengalahkan ulama silam, tetapi hatinya buruk, busuk dan perangainya sangat JAHAT. Suka berdendam. Tanya Sayuti Omar kalau tak percaya.

Dia hendak menggunakan cara yang sama untuk PERKENA PAS.
Orang yang bodoh sahaja boleh percaya kerana orang bodoh tidak mempunyai maklumat yang benar dan Allah gelapkan hatinya supaya dia jahil dengan maklumat yang tidak benar, Nauzubuillah semoga Allah jauhkan kita daripada POLITIK KOTOR.

Kita memang nak Putrajaya. Kita memang nak jatuhkan UMNO. Tetapi kita ada ISLAM. Islam mengajar kita cara berpolitik yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
February 12, 2017 at 5:44 PM

First, Amanah dah kata depa ganti PAS dlm pakatan. Jadinya semua kerusi PAS depa ambik. Kalau PAS bersama dgn pakatan, susahlah depa nak ambik kerusi PAS.
Second, Husam juga kata kalu PAS bersama pakatan, UMNO akan dedahkan kes 90 juta ni.
Since PAS tak bersama pakatan, PAS adlh lawan. Peperangan adlh muslihat. Ini muslihat Husam utk disaman oleh PAS. Bila disaman dia ada hak utk subpoena akaun2 pimpinan PAS sbb dia mungkin ada maklumat sahih tentang 90 juta tu, cuma nak buktikan susah tanpa maklumat akaun tu. Sarawak Report dah cuba, tapi PAS tak saman-saman. Hntr surat cinta je.

February 12, 2017 at 9:31 PM

Pilihlah antara wang, masa dan maruah. Kalau rasa maruah lebih penting walau seribu tahun walau segunung emas..maruah tetap dipertahankan.

Anonymous
February 13, 2017 at 7:44 AM

Bodoh punya alasan puak pas ni..klu betul husam ni rasuah dlu ki kuarknla..mcm husam buat dgn pas skg..nape x brani..takut kena saman dgn husam..korang ni pad ularmak dunia je..

Anonymous
February 13, 2017 at 11:35 PM

Ini contoh ahli politik rakus nak jawatan dan kuasa. Sanggup tabur fitnah demi mencapai hasrat politik. Benar apa yg admin tulis tu. Matlamat menghalalkan cara dgn alasan itu satu strategi. Allah sdg perhati gelagat hambaNya yg tak sedar diri.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger