Adakah teguran kepada TMJ dikira Derhaka?


Saya menerima masej meminta untuk mengulas pemilihan jawatan Presiden FAM. Tergelak baca masej kerana selalunya saya diminta mengulas berkenaan politik yang berfokus kepada puak PAN dan IKRAM yang kini menjadi makin celaru dalam memahami pelaksanaan Islam.

Tak apa Haji Hassan akan cuba beri sedikit pandangan. Jangan-jangan selepas ini Haji Hassan jadi macam Mat Tere kena masuk lokap.

Perebutan ‘kerusi panas’ jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tengku Ismail Sultan Ibrahim.

Saya tidak suka orang politik dalam FAM. Biar mereka yang berada dalam FAM benar-benar fokus kepada kemajuan bola sepak negara. Hanya saya risau jika TMJ menang jawatan ini dan ada perkara yang kita tak setuju dengan cara beliau adakah kritikan kita nanti dikira menderhaka? Sejauh mana kita boleh mengkritik dan sejauh mana kekebalan melindungi gerak kerja TMJ di FAM sehingga nanti kesilapan dalam FAM menjadi suatu 'kekebalan'.

Perlu ada penjelasan yang kukuh atas perkara ini jika institusi raja nak turun ke bawah.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 22, 2017 at 6:55 PM

Sepatutnya biarlah orang dalam bidang sukan yg bertanding jawatan tu.

February 23, 2017 at 12:41 PM

puak umngok klau pegang mna² jawatan msti ada msalah psai puak² laknat ni duk pikir bitih..dah la negara teruk nk jatuh miskin dah..laknat punya umngok parti yahudi laknat

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger