Dalam satu ceramah parti PAN di Kelantan Husam Musa mendedahkan kononnya duit RM90 juta disalurkan melalui AFFINBank. Husam kata dia akan dedahkan semasa PRU-14 nanti jika PAS tak bersama PAKATAN HARAPAN. Ini ugutan seperti yang saya pernah menulis sebelum ini. Sila baca di sini.
Husam ni hampir setiap hari berceramah untuk menyerang PAS. Tak kira masa, pagi, petang atau pun malam. Tak kira tempat, asal jadi, asalkan dia boleh berceramah untuk menyerang PAS. Di kedai kopi, warung tepi-tepi jalan dan sebagainya. Dia pun tak kisah berapa orang penonton yang hadir. Kalau ada 2 atau 3 orang itu kira sudah boleh berceramah.
Yang diutamakannya, ceramah mesti 'live' dan juru kamera jangan sekali menunjukkan penonton, hanya fokus kepada penceramah sahaja (tujuan untuk membuat persepsi diluar kononnya PAN Kelantan hebat)
Bayangkan daripada OGOS 2016 sehingga JANUARI 2017 peningkatan ahli PAN daripada 823 orang kepada 1458 orang sahaja. Duit dah guna menghampir RM2juta. Hampir setengah tahun menyerang PAS, membuat fitnah, menyebar maklumat palsu, memutar belit fakta dan sebagainya kemasukkan ahli PAN tidak sampai 1% daripada ahli PAS. Ini bermakna 99% ahli PAS di Kelantan masih menganggap 'Huse gile'.
Sebelum ini Hussam serang PAS, kononnya PAS tak mampu membayar gaji pekerja HARAKAH. Katanya kakitangan HARAKAH sudah beberapa bulan tak mendapat gaji. Kalau kita berfikir secara akal yang waras PAS tak ada duitlah.
Kemudian hari ini dia pula kata PAS ada terima duit RM90 juta melalui Affin Bank. Logik akal pula akan berkata PAS ada duit. Kalau PAS ada duit kenapa tak boleh bayar gaji?
Mana satu yang betul?
Atau semuanya kerja jahat untuk BURUKKAN PAS tanpa melihat dan merujuk kepada Al Quran seperti dalam surah Al Hujurat ayat 6.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.Allah kata AGAR KAMU TAK DITIMPA MUSIBAH dan KAMU PASTI MENYESAL
Perkara yang sama juga berkenaan kereta mewah yang kononnya Presiden PAS terima rasuah. Puak PAN mempertikai bagaimana Presiden PAS boleh guna kereta mewah, ada beberapa biji kononnya. Akal orang waras akan kata Abdul Hadi mana ada duit nak beli kereta mewah.
Tapi mereka lupa, bahawa sebelum ini puak PAN ini kata Abdul Hadi makan gaji buta kerana tak hadir sidang parlimen untuk ke luar negara. Kita tidak lupa sebarang dan serangan PAS bersama cybertropper UMNO dalam isu ini. Mereka menjaja pendapatan Presiden PAS dengan bertujuan membina PERSEPSI BURUK KEPADA PAS pada masyarakat Malaysia.
Hal ini telah di jawab oleh blogger Nordin Ali dalam blognya. Saya petik penulisan Nordin.
Lihat sepintas lalu, sudah nampak ada maklumat yang tak benar daripada anggaran pendapatan tersebut. Tapi sekarang ni, momok apa sahaja semua orang telan bulat-bulat tanpa fikir panjang. Kononnya golongan profesional yang ilmiah dari segi maklumat dan berfikiran vartikal yang tinggal omong-omong kosong.
Mereka lebih buruk daripada UMNO yang telah busuk sampai ke usus. Tapi pelik lidah sebut menentang UMNO tetapi paie perangai 100% mengganti UMNO.
Ok. Katakanlah kita terima gaji Presiden PAS RM90,000.00 sebulan. (nak ajar pemikiran vartikal)
Apa yang Presiden PAS buat dengan duit banyak itu sebulan?? Buat rumah besar macam Anwar Ibrahim? atau Salahuddin Ayud?? Atau Dr Zul, Hatta Ramli atau Khalid Samad??
Islam mengajar kita jangan membuat dosa atau kesalahan kerana kesalahan yang dibuat berulang kali akan menyebab titik hitam dalam hati kita, yang mana dosa itu menjadikan kita tidak rasa bersalah dengan dosa dan kesalahan.
Ini gambar baru rumah Presiden PAS yang bergaji RM90K sebulan mengikut sebaran fitnah parti AMANAH (dulu UMNO buat kerja ini. Sekarang UMNO boleh relex sebab dah ada pembantu/proxy yang mengambil alih tugas bodoh ini) yang diambil menggunakan drone.
Cuba bayangkan menjadi MP/ADUN lebih daripada 30 tahun tapi inilah rumahnya. Tak ada kemewahan. Malah lebih buruk dan uzur daripada rumah tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Untuk makluman tukang fitnah pencacai AMANAH dan cybertropper AMANAH, Presiden PAS tak ambil gajinya untuk Parlimen Marang dan DUN Marang. 100% disumbangkan kepada parti.
Tak payah buat kerja bodoh. Biarlah UMNO sahaja buat kerja bodoh ini.
Pernah dicerita bagaimana seorang ahli ibadat yang membuat dosa untuk minum arak akhirnya tercabut iman setelah melakukan dosa demi dosa yang berturut-turut.
Kita boleh berbeza pandangan, tetapi menuduh orang lain tanpa bukti yang sah itu suatu yang sangat keji di sisi Allah s.w.t. Islam mengajar kita setiap tuduhan mesti diberikan bukti. Apakah Husam rasa dia boleh buat tuduhan tanpa bukti kerana sistem jahiliyyah sekarang membenarkan begitu.
Apakah Husam Musa lupa apa Tok Guru Nik Aziz ajar cara Islam setiap pertuduhan mesti dikemukan bukti.
Apakah Husam rasa dia akan bebas dengan tuduhan itu tanpa dia kemuka bukti sehingga semua orang yang membaca dan mendengar tuduhan akan membuat anggapan salah. Dia rasa dia terlepas dengan dosa?
Adakah mereka yang sama-sama dengan Husam rasa sedekah, amalah solat dan zakatnya mampu membersihkannya bersama-sama dengan Husam untuk membuat tuduhan. Ajaran Islam manakan dia ikuti?
Dalam isu PAS terima wang RM90 juta, Husam tidak bodoh. Dia juga tidak cerdik tetapi dia MEMANG JAHAT kerana ORANG JAHAT dan BERDENDAM sahaja sanggup menepi cara Islam yang dianuti untuk membuat tuduhan tanpa bukti kerana dia rasa didunia ini mungkin dia boleh manipulasi isu ini tetapi adakah dia akan boleh jawab dihadapan Allah?
+ comments + 14 comments
huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile huse gile
mungkin huse ni dah berabih duit nak promo PAN tapi tak laku gak tu yang mula gila maraban tu ., sebab hanay 1 % je orang kelante yang teruma PAN hok lain doh bagi penerajang kan PAN koh koh koh
kesian pulak tengok 'adik angkat' Allahyarham TGNA ni, tapi apa boleh buat sebab orang dah gunakan dia dan duit dia untuk menaikkan PAN namun sehingga ke hari ni belum 'balik modal' lagi, kalau orang miskin 'berniaga' cam gini lama dah gulung karpet kah kah kah, nasihat untuk Datuk Husam (kalau tak mau terima pun tak pe), buat apa lgi membuang masa, tenaga dan wang ringgit cam gini semata-mata untuk menyenangkan orang lain
Jika tiada angin.... tak akan pokok geli2.
Dakwa Husam di mahkamah...
Hebatnya Husam buat fitnah. Dah tak ingat dosa pahala. Fitnah anggap strategi. Matlamat halalkan cara.
kalau husam salah..
saman je...
x jadi mcm ydp P@$ pdg serai,kedah..
fitnah kata P.Pinang dah x boleh azan
fitnah kata kak wan bila mati tanam jirat cina..
lepas dengar kata nk kena saman.. pastu terus minta maaf kt surat khabr Sinar Harian.... bt malu kami org P@$ pdg serai... x larat nasihat dah kalau dh dgn kaki fitnah & maki ni...
saman le husam kalau berani...
sarawak report pun x saman-saman lagi..
dulu kata alasan chrismas & new year...
skrg dh bulan 2 dah... x saman-saman lagi....
Hello AyahPAN. Husam mimpi 15x broo
Saman je la Husam tu. Bila disaman dia bolehlah subpoena akaun-akaun pimpinan PAS. Kalu tak de duit dlm akaun, Husam kalah, PAS dapat duit saman. Kalu ada pakat-pakat bunuh sesama sendiri la. Tu tak dikira bunuh diri kan?
Hj Hassan Onar ni bengongg ka bangangg ..??
Klu tuduhan ini tak benar, tak payah marah2.
Boleh je klu ada tangan gatal pergi goncang
. ore x dok kijo e.
Baik pergi dakwah kpd Islam, dapat pahala dr duk sebar fitnah , nak jawab apa depan Allah.
Ingat nak saman tu, free mcm report polis? Klu x de beribu2 nak saman camne, klu 10 org PAN kurang kerja buat fitnah kat PAS duk layan saman, habis duit ahli PAS gitu aje. Bodoh!
Kalau PAS benar, depa akan menang saman. Kos husam tanggung, duit menang saman masuk akaun parti. Nak takut apa?
Post a Comment