Malaysiakini guna teknik Sarawak Report Rosakkan Imej Mursyidur Am PAS
Sarawak Report (SR), melalui ketua editornya Clare Rewcastle Brown membuat tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS untuk menjauhi pembangkang adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas" (widespread suspicion)
Editor portal berkenaan, Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan “kecurigaan yang meluas” jika dihalusi dan difahami membawa erti kata lain cerita tersebut ditulis berdasarkan khabar angin atau andaian semata-mata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.
Isu fitnah ini pada anggapa kita akan terhenti di situ. Tapi malangnya fitnah yang syaitan suka dan Allah tegas dengan amaran azab pedih ini menjadi 'keghairahan' kepada mereka yang mengaku Islam atas dasar dendam dan benci. Mereka tidak rasa bersalah untuk memburukkan orang Islam lain walaupun tanpa bukti kerana itu mencapai hasrat dan cita-cita untuk berjaya dalam politik.
Saya juga menulis berkenaan politik kotor dalam penulisan lalu. Antara politik kotor ialah "MEMBUNUH KREATOR" pemimpin agar semua orang rasa pemimpin iitu bersalah dan buruk akhlaknya dengan membuat pelbagai persepsi yang meragukan.
Malaysiakini satu daripada akhbar yang mendapat biayaan untuk tujuan ini. Antara musuh utama Malaysiakini adalah pimimpin Islam. Islam akan digambar buruk dengan pelbagai persepsi negetif. Pemimpin Islam akan digembar gembur dnegan pelbagai tohmahan.
Beberapa artikel muktahir ini Malaysiakini menggunakan kaedah Sarawak Report menyerang Mursyidul Am, Tuan Guru Haji Hashim Jasin.
Khabar-khabar angin di media sosial yang disebarkan oleh puak-puak cybertropper PAN telah dijadikan berita utama. Ya sama dengan Sarawak Report. Mereka tahu PAS dengan kewangan terbatas tidak mampu untuk menjalankan urusan saman yang mungkin melibat kos yang tinggi sedangkan PAS yang pasti akan menghadapi PRU nanti bersendirian memerlukan kewangan yang besar.
Atas 'widespread suspicion' TG Haji Hashim Jasin dituduh memiliki kereta Porsche. Maka beramai-ramailah cybertropper PAN menggunakan pelbagai nama membuat komen menambah buruk lagi imej Mursyidur Am PAS pada artikel berkenaan. Mereka menggunakan pelbagai nama untuk menunjukkan ramainya tak setuju sedangkan seorang mungkin mempunyai lebih daripada satu akaun.
Dunia akhir zaman yang kena tuduh terpaksa habis masa dan wang untuk membela diri. Islam yang Allah atur cukup indah. Yang membuat tuduhan kena tunjukkan bukti, pasal itu bila Islam memerintah fitnah dapat dibenteras. Malangnya puak parti PAN serta penyokongnya lebih suka sistem jahiliyyah daripada Islam.
Islam terhakis dalam diri mereka kerana Putrajaya sudah menjadi 'kiblat' tanpa mereka sedar.
Blog Archive
-
▼
2017
(151)
-
▼
February
(13)
- Adakah teguran kepada TMJ dikira Derhaka?
- Mahathir tak mahu cium kaki PAS, Tapi dia hanya ci...
- Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh P...
- Mahfuz kata PAS Patut Keluar Dari Kerajaan Selango...
- Malaysiakini guna teknik Sarawak Report Rosakkan I...
- Rupanya DAP kena KANSER Tunggu untuk masa MATI!
- Strategi Husam: Daripada Habis RM 2 Juta, Lebih ba...
- Husam Kata PAS dapat RM90 juta. Husam ni cerdik at...
- Haji Hadi tak ikut nabi, kata ‘lebai’ penceramah P...
- RUU 355, PKR Nak Perkasa Mahkamah Syariah atau nak...
- Bila PAS Lantik Mahfuz jadi Jurucakap?
- DAP ingat dia sahaja lawan kleptokrasi. Apakah mel...
- PAN arah ahlinya tiru cara DAP mengurus parti
-
▼
February
(13)
+ comments + 3 comments
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
KATA PEDANG: Bukti-Bukti DAP Anti-Islam Semakin Viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.
sangat bermanfaat!
http://kiracukaipendapatan.blogspot.my/2017/02/tip-cukai-2017-siri-3-simpan-slip-yuran.html
Penyebar fitnah kuffar brganding bahu dgn penyebar fitnah munafik utk burukkan Islam.
Post a Comment