Khalid Ibrahim Ke Perhimpunan UMNO Dalam Misi PAS Tawan Selangor?



Tidak mustahil bekas bendahari agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi pemudah cara kerjasama PAS dan Umno kata Ir Izham Hashim, Pengerusi AMANAH (PAN/IKRAM) Selangor.

Puak AMANAH (PAN/IKRAM) yang dahagakan bukti untuk menuduh PAS-UMNO buat UG
semenjak 2008 lagi, kini mengambil isu ini sebagai hujah PAS-UMNO sekarang melalui proses untuk bekerjasama dan TS Khalid Ibrahim adalah jambatannya.

Tidak hairan sehari dua ini cybertropper upahan PAN/IKRAM giat menabur fitnah atas isu ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata dengan kehadiran anggota parlimen Bandar Tun Razak itu, kini jelas Khalid berada di pihak parti pemerintah.

“Saya berasa lega Tan Sri Khalid Ibrahim muncul di Konvensyen Umno dan apa yang penting sekarang adalah kita tahu beliau berada di pihak yang mana (Umno).
“Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Khalid akan menyertai PAS tetapi hari ini jelas beliau cenderung kepada Umno,” kata Iskandar.

Iskandar Abdul Samad ini antara mereka yang kenal TS Khalid Ibrahim. Lebai rasa dia resah kalau TS Khalid masuk PAS. Bukan apa TS Khalid bukan jenis manusia boleh dikawal.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan menganggap kenyataan terbaru bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai janggal. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya melihat pendirian Khalid yang "menyokong Umno" untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak sehaluan dengan sikap beliau kepada PAS.

"Kenyataan beliau menyokong Umno dalam PRU ke-14 dan pada waktu sama menyokong PAS juga adalah perkara janggal, kerana PAS dan Umno saling berlawanan dalam konteks politik," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim bagaimana menegaskan Khalid berhak untuk menyokong mana-mana pihak yang dirasakannya wajar dan PAS menghormati pendirian berkenaan.

Berbeza dengan pimpinan lain, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang setakat ini PAS tidak tahu kedudukan pendirian politik bekas menteri besar Selangor itu namun menegaskan belum ada kata putus dibuat beliau mengenai Umno.

"Kita tak tahu lagi. Tak ada satu perkataan pun dia (sebut nak) sokong Umno. Mengikut apa yang saya tahu beliau hanya hadir," katanya kepada media di Shah Alam malam tadi.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau masih lagi Ahli Parlimen Bebas.


Bagaimanapun jelas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO dan Pas demi perpaduan serta kepentingan rakyat Selangor.

“Perjumpaan saya dengan Datuk Seri Noh Omar (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor) bersedia untuk bekerjasama serta melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor.

“Saya akan menggunakan pengalaman dan kemesraan saya dengan rakyat Selangor untuk mereka memilih parti yang layak serta terbaik untuk meneraju Selangor.

“Untuk pengetahuan saya masih lagi Bebas saya rasa ada baiknya saya masih lagi Ahli Parlimen Bebas agar rakyat Selangor tidak khuatir dengan tujuan saya. Malah bukan masanya untuk saya masuk UMNO,” katanya sekaligus menjawab teka-teki kehadirannya pada Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra.

HABIS KENAPA TSKI HADIR PADA PERHIMPUNAN UMNO??

Kita masih ingat bagaimana PKR membuat tuduhan palsu 83 muka surat kepada TSKI melalui Saifuddin Nasution dan Rafizi. Semasa itu hanya PAS memberikan sokongan kepada TSKI.


Kunjungan TSKI berjumpa Mursyidur Am PAS dan Presiden PAS dalam krisis Selangor untuk mendapat nasihat dan padangan PAS menunjukkan TSKI benar-benar memahami sikap "KAWAN" PAS.

TSKI juga menghargai Tiuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan sokongan terbuka kepada Abdul Khalid supaya dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan pendirian yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sikap kawan ini disebut beberapa kali dalam kenyataan umum.

“Saya bersedia berkempen untuk Pas walaupun tidak akan kembali dalam dunia politik secara langsung. Jangan takut saya nak masuk politik mana-mana, saya hanya mahu tolong Pas,” kata TSKI kepada pemberita berulang kali dibanyak tempat bila dia ditanya mahu menyertai parti mana. Beliau mengesahkan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik.

TSKI Serius hendak membantu PAS atas membalas budi.

PAS Selangor pula perlu bantuan daripada mereka yang bekas UMNO untuk menjaya menawan Selangor.
 
Semasa PRU 2008 PAS Selangor hanya mampu mendapat 8 kerusi DUN sahaja, tetapi pada PRU 2013 PAS Selangor mendapat 15 kerusi.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib secara rasminya menyertai Pas pada 21 April 2013 dan dia banyak membantu PAS untuk menawan kerusi kawasan Melayu Islam. Post Mortem PAS juga menunjukkan antara 3 faktor peningkatan undi PAS ialah kemasukkan Mat Taib.

Sekarang Mat Taib Masuk UMNO.

PAS perlukan senjata baru untuk mendapat undi Melayu Islam di Selangor. Antaranya ialah TSKI.

"PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih pada pilihan raya umum ke-14 akan datang dan bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi oleh BN atau Pakatan Harapan.

"Justeru PAS Selangor setelah meneliti data dan fakta serta kesediaan jentera, ingin menegaskan bahawa kami bersedia untuk meletakkan calon sekurang-kurangnya di 42 kerusi DUN Selangor pada PRU-14 nanti," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi

Beliau berkata keputusan untuk bertanding di 42 kerusi itu berdasarkan data yang dikumpul oleh parti itu dan selepas mengukur persiapan yang dibuat oleh jentera parti.

"PAS Selangor yakin semua jentera dan pimpinan PAS di semua peringkat telah bersemangat dan bersedia untuk menghadapi PRU-14 berdepan parti lawan sama ada BN ataupun HARAPAN," kata Sallehen Mukhyi lagi.

Kajian terbaru, sokongan Melayu Islam kepada BN melebihi HARAPAN, walaupun Tun Mahathir bersama HARAPAN. Antara sebab utama ialah DAP. Melayu Islam masih curiga kepada DAP. Faktor ini membuatkan Tun Mahathir terpaksa membawa Lim Kit Siang dalam siri-siri diolog dengan rakyat.

PAS menjadi alternatif dalam hal ini. PAS perlu satu "SENJATA" untuk memecah sokongan Melayu kepada UMNO/BN ini.


Kita masih ingat pengambilalihan Guthrie dalam Serangan Subuh atau 'Dawn Raid' pada tahun 1981. Salah seorang lagi tokoh yang bekerja keras di dalam Operasi Serangan Subuh ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pengurus pelaburan PNB pada ketika itu.

Jangan kita lihat rambut macam tak terurus, kita tidak terfikir TSKI boleh membantu PAS menawan Selangor. Janji beliau bahawa rakyat Selangor akan mendapat manafaat dan faedah selepas PRU-14 nanti iaitu rakyat Selangor akan terbela tidak lain tidak bukan dengan PAS akan menerajui Selangor dan beliau akan menjadi penasihatnya.

Takkan TSKI nak berikan kepada UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT, apatah lagi kepada PKR dan HARAPAN juga akhir-akhir ini telah menjadi kroni sebagai kaum kerabat kerajaan Selangor! TSKI tak sebodoh itu untuk membela rakyat.

Untuk pecah sokongan Melayu kepada UMNO, perlu masuk kedalam kubu UMNO. Siapa lagi yang boleh buat perkara ini. Takkan nak hantar Ustaz Nasarudin Tantawi atau Dr. Khairuddin alTakiri. Bukan apa lebai kurang yakin. Kita ada pengalaman dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam hal ini. Sekurang-kurangnya kita perlu berhati-hati.

Ada akan bertanya..
Bagaimana TSKI akan buat untuk PAS.
Lebai akan jawab itu rahsia.. Cerita pasal ini kira dah membongkar strategi...
Apa pun tunggu dan lihat.
Insya-Allah TSKI tidak akan mengecewakan, hatta kalau dia istihar masuk UMNO sekali pun!!!
Seni politik kadang kala tak boleh baca..

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

December 4, 2017 at 11:12 PM

سيروا على بركات الله

Anonymous
December 19, 2017 at 8:27 AM

Semoga Pas berjaya

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger