Kedai Roti pun nak Menipu Cakap Awal-Awal Rugi Apa Salahnya..
Bila viral The Loaf dan 12 outlet yang beroperasi 2006 tutup pada 12 April 2018, ramai blogger UMNO/BN menulis Tun Mahathir tak pandai mengurus. Macam mana nak jadi PM semula kedai roti pun boleh rugi.
Semalam, Mahathir menafikan memiliki syarikat itu. Katanya “Saya hanya ada 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dihadiahkan kepada saya sewaktu melancarkan produk PNB (semasa menjadi perdana menteri). Kenyataan baik Mahathir ini disokong oleh blogger HARAPAN termasuklah blogger AMANAH (PAN) yang dulunya penulis PAS.
Sebelum ini heboh pasal kuda. Mahathir nafi juga ada kuda. Kata Dr Mahathir beliau pergi Argentina dan menunggang kuda hanya setahun sekali. "Saya tak pernah beli kuda. Saya bernasib baik sebab ada orang bagi pinjam kuda," katanya. Namun menurut Dr Mahathir beliau sudah tidak berkunjung ke Argentina sejak dua tahun lalu.
Blogger HARAPAN dan facebookernya menyokong Mahathir dan menghentam Najib.
Lebai pun tak suka Najib. Kalau diberi pilihan antara Ketua Perompak dan Ketua Penyamun sudah tentu lebai akan pilih ketua penyamun (Mahathir) berbanding Najib. Tapi soal kuda memang Mahathir berbohong.
Mahathir berbohong tu kita taklah kisah sangat yang "bodoh dan bangang" (bahasa kasar) penyokong HARAPAN tak pernah baca ke blog Mahathir pasal kuda dan kedai roti?
22 September 2016 Tun Mahathir ada menulis pasal kuda dan kedai roti. Pembaca boleh baca di sini. Lebai juga ada menulis pasal kedai roti di sini.
Tun Mahathir dalam blogsnya menulis "Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan.
Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau."
Rahimi Othman ada menulis, dalam permainan politik, perkataan atau kata kerja yang melibatkan Kuda seringkali digunakan seperti ‘menjadi kuda’, ’dikuda’, ‘ditunggang’ serta ‘memperkuda’. Bagi siapa yang biasa menunggang kuda, seni menunggang kuda ini juga boleh dikatakan hampir mirip dengan seni berpolitik. Apatah lagi jika seorang ahli politik itu merupakan penunggang kuda yang berpengalaman.
Negara telah melihat bagaimana Anwar memperkudakan ramai penyokong, parti politik dan NGO untuk merampas kuasa daripada Barisan Nasional. Kerakusan Anwar berkuda ini akhirnya menyebabkan dia tertendang dari arena politik negara buat waktu ini.
Apa yang tidak dijangka oleh sesiapapun, bekas kuda-kuda Anwar ini akhirnya ditunggang oleh ‘arch nemesis’ Anwar sendiri, Mahathir. Apabila Anwar ke penjara buat kali kedua, Mahathir sebagai seorang ahli politik dan penunggang kuda yang berpengalaman, cepat mengatur langkah. Satu per satu kuda Anwar dipujuk supaya tunduk jinak agar mudah ditunggangnya.
DAP, merupakan kuda Anwar yang paling utama bagi merampas kuasa politik di Malaysia. Seperti seekor ‘stallion’, ianya sukar dikawal tetapi enak ditunggang. Jika Mahathir dapat menunggang ‘stallion’ ini maka mudah lah baginya untuk menjinakkan kuda-kuda yang lain. ‘Stallion’ bermaksud kuda jantan yang belum dipotong kemaluannya dan masih boleh mengawan. Kuda ini kebiasaanya mempunyai nafsu yang kuat untuk membaham kuda-kuda betina lain.
Sebab itu antara parti pertama yang dirapati oleh Mahathir adalah DAP kerana bagi Mahathir DAP merupakan parti yang paling dominan dalam pakatan pembangkang. PKR, Amanah (Pan) dan lain-lain cumalah seperti kuda betina biasa yang mudah untuk dijinak.
Hanya Mahathir tak boleh MEMPERKUDAKAN PAS. Bukan sahaja tak boleh memperkudakan, malah PAS kini menendang Mahathir sehingga luka parah orang tua itu.
Selain daripada parti-parti politik, Mahathir juga menggunakan sejenis lagi kuda yang dipanggil "kuda trojan". Kuda-kuda trojan ini adalah mereka yang berada dalam kerajaan tetapi cuba menjadi balaci untuk menumbangkan Najib. Mahathir menyangka, dengan adanya kuda-kuda trojan ini maka mudah untuk Najib ditumbangkan.
Habis pasal kuda...
Tun Mahathir suka sungguh menipu. Selain menipu dia juga suka menafi. Tapi malangnya ada ramai pengikut yang boleh dibodoh-bodohkan oleh Mahathir pasal Mahathir ni banyak dedak. Janji wang RM500 juta untuk tabung PRU-14 pembangkang sangat menarik.
Cuba anda pembaca berfikir secara logik, apabila HARAPAN membuat keputusan saat akhir mempergunakan logo PKR bagi PRU-14 nanti. Sebelum ini semua parti telah bersedia dengan logo masing-masing. Agaknya berapa kos untuk semua logo bagi 222 kawasan parlimen belum masuk Dun??
Sangat besar?
Siapa yang tanggung??
Tokei Kedai Rotilah...
Ada sumbangan parti lain. Tak banyak. Takkan nak gadai serban Ahmad Awang. Kalau lelong pun berapa duit dapat?
Berbalik semula kedai roti.
Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mahu menjual francais bakeri The Loaf bagi membantu kewangan kempen pilihan raya parti pimpinannya tetapi gagal mendapat pembeli.
“Saya tidak mendapat pembeli…dan saya juga tidak mampu menampung kerugian, jadi saya terpaksa menutupnya,” katanya lapor akhbar The New Straits Times Singapura sewaktu mengadakan “walkabout” di Langkawi semalam.
Mahathir berkata lagi, seorang bakal pembeli didatangi pegawai lembaga hasil dalam negeri yang “menuntut beliau membayar banyak cukai”.
“Beginilah caranya kerajaan menekan rakyat supaya tidak menyokong pembangkang,” katanya kepada akhbar itu.
Ini pun Mahathir mengalah kerana ada pendedahan maklumat SSM oleh Eric See-To yang mendakwa rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bekas Perdana Menteri itu memiliki 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources, yang juga pemilik The Loaf.
Mahathir "kencing" penyokong HARAPAN kononnya dia hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Rupanya Mahathir Mahathir adalah pemilik syarikat Eurola Sdn Bhd dan syarikat Evektor yang kedua-duanya terbabit dalam pembinaan kapal terbang. Dr Mahathir juga pemilik ketiga terbesar dalam hotel bertaraf lima bintang, Palace of Golden Horses berhampiran rumahnya. Ada banyak lagi cukup setakat ini dulu.
Tutup pasal saham (belum harta lain lagi tu...)
"Mythomania"
Kenapa Matahir suka menipu atau "KENCING" kepada penyokong HARAPAN??
Sebenarnya Mahathir mengikut pendapat lebai mempunyai penyakit disebut sebegai "Mythomania". Istilah ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1905 oleh seorang psikiater bernama Ferdinand Dupré.
Penderita gangguan Mythomania akan membuat dirinya sendiri percaya bahwa kebohongan yang dia buat adalah nyata. Jadi kebohongan patologis itu merupakan suatu kebohongan yang dapat melebar dan menjadi sangat rumit untuk waktu yang sangat lama bahkan terjadi sepanjang hidup si pembohong!
Hebat HARAPAN ada calon Mythomania
Blog Archive
-
▼
2018
(53)
-
▼
April
(30)
- Mimpi Hadi, Mimpi Nik Aziz dan Mimpi Husam (Kemask...
- 6 calon HARAPAN tumbang sebelum PRU-14 kerana Pas?
- Mahathir Makin terdesak Perbodohkan Penyokong HARA...
- Baiah Dengan Allah Langgar Apa Sangat Derhaka Deng...
- Tak Ada Pemimpin Kaum India Ke Dalam HARAPAN?
- Kem Mahathir Sedang Pujuk PAS Jangan Bertanding Di...
- Menjawab Fitnah HARAPAN: PAS Sedia Jadi Penasihat BN
- Calon DAP Bersembunyi Disebalik Parti AMANAH (PAN)...
- Ahmad Lutfi Othman Tidak Faham Kenapa “KingMaker”
- Harapan tak namakan calon MB Kedah Demi menyembuny...
- Pil Kuda, Azan Ismail Cuba betul silap cakap sebel...
- Raja Bahri Ni Mabuk Pil Kuda ke?
- Datuk Razali Idris Dakwa Ada Pemimpin BN bagi Kewa...
- HARAPAN Terdesak, Umum Cuti 2 Hari
- Mampukah HARAPAN Menarik Ahli PAS Dengan Fitnah & ...
- Demi Maruah Mahfuz kena nafi UMNO bagi RM60k untuk...
- Patutlah Emak Nik Omar Tak izin Dia Cebur Politik
- Ingat Mahfuz Aje Bodoh, Rupanya Dr Mujahid Pun Bod...
- Sah Mahathir Tanding Langkawi Sah Maklumat PAS Benar
- Zaid Ibrahim Kena belajar Bagaimana Jadi Barua DAP...
- Mohd Shamsul sepatutnya saman Azan Ismail pasal Pi...
- Belum Bertanding Dah mengaku kalah, tarik diri
- Kenapa susah payah hantar London, Syed Azman & Sep...
- Mencari muka-muka Melayu dalam Tsunami Mahathir
- Maaf Cakap, Hanipa Ni Peguam Tapi Bodoh Mengenai P...
- Sarawak Report Cari Helah, mahu batal saman fitnah...
- Mat Sabu Kena Saman Razali Abdul Rahman Demi Marua...
- Tak Cerdik Mahfuz Fitnah PAS Terengganu, Sepatutny...
- Kedai Roti pun nak Menipu Cakap Awal-Awal Rugi Apa...
- Betul ke tinggal 35% sahaja ahli PAS yang setia ki...
-
▼
April
(30)
+ comments + 3 comments
Rugipun rugilah. Yg penting #AnaTahu, Pas mentekedarah duit Umno.
kohilal dlm kenangan. Tabung memali tersilap simpan.
Kenapa Harakah tidak laku dan menanggung kerugian? Sebabnya tiada nilai berita, sama seperti kandungan posting ini.
Post a Comment