Mahathir Makin terdesak Perbodohkan Penyokong HARAPAN dengan Tayar Kapal terbang bocor



Malaysiadateline satu akhbar yang menjadi lubuk bekas-bekas penulis Harakah menyerang PAS melalui pemberitaan persepsi menyiarkan Pengerusi Pakatan Hara4pan PH Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pesawat peribadi yang disewa khas telah disabotaj oleh pihak tertentu.

Sebelum itu, Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali berada di Lapangan Terbang Subang dan sudah menaiki pesawat tersebut untuk menuju ke Langkawi bagaimanapun telah dimaklumkan oleh juruterbang bahawa tayar pesawat itu telah bocor.

Dulu lebai ada menulis berkenaan Mahathir terdesak dan terpaksa mengumumkan cuit 2 hari jika Harapan menang. Anda boleh baca di sini. lebai juga mengulas bagaimana kedudukan Mahathir di Parlimen Langkawi juga genting dan ada kemungkinan besar dia akan tewas. Atas kerisauan ini kem Mahathir terpaksa "merendah diri" meminta PAS menarik calonnya di Langkawi. Lebai mengukuh hujah dengan memberikan data perbahasan. Anda boleh baca di sini.

Maaf lupa nak memberitahu, lebai tidak menjawab komen-komen di bawah artikel ini. Lebai menghormati pandangan pembaca. Kita mungkin ada perbezaan pandangan dan pendapat tetapi biarlah hujah tuan/puan diserta dengan fakta dan data. Kita boleh mencari mana yang lebih baik hujah dan faktanya.

Kita kena rasional. Jika tuan/puan tak setuju kemukakan hujah berikan lebai datanya....

Ok. Sambung pasal tayar kapal terbang bocor.
Mahathir makin terdesak buat fitnah dengan tektik mencari simpati.
Mahathir ini zaman abab 21. Anak kita sekolah rendah bercakap pasal 'kbat'. Apa haramjadah kbat pun lebai tak tahu. Rupanya "kemahiran berfikir aras tinggi". Dulu semasa kita ambil LCE, kita mana ada buku rujukan. Yang kita tahu ikan pelaga, bermain galah panjang dan petang menonton "ultraman'.

Dunia sekarang setiap percakapan kita, akan di'google' tak sampai beberapa minit orang tahu kita bohong atau tidak.

Berbalik kepada tayar kapal terbang bocor.

Bayangkanlah sebelum ini dikatakan pesawat Bombardier Challenger CL60 dengan plat pendaftaran 9H-VFD di Malta dan dikendalikan syarikat Vista Jet Limited itu cuba dirosakkan sebelum tukar cerita konon tayarnya dipancitkan.

Ia menyebabkan Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menerusi kenyataan media hari ini menjelaskan hasil siasatan agensi itu menunjukkan tiada unsur khianat ditemui.

Terkesan dengan isu tersebut, seorang jurutera awam dan struktur, Thirunavukkarasu Karasu menarik perhatian ramai netizen apabila membongkar rahsia mengenai isu tayar pesawat eksekutif itu konon dikempis secara sengaja.

Menulis dalam akaun Facebook beliau dengan guna tajuk sindiran Sudut Mari Belajar Mengenai Tayar Kapal Terbang, artikel dinukil graduan universiti awam tempatan itu ternyata meraih minat apabila dikongsi lebih 600 kali.

Thirunavukkarasu yang pernah berpengalaman mengemudi kapal terbang memulakan pencerahan isu panas jet Mahathir itu dengan bertanyakan soalan sinis: “Tahukah anda? Tayar pesawat tidak sama seperti tayar kereta Proton.


“Pesawat Airbus A340 yang saya pernah terbangkan ke London mengandungi 12 biji tayar dan menghentak kuat landasan pada kelajuan 250 km/j (kilometer sejam). Namun tayar tersebut tidak pernah pula pancit atau meletup.”

Beliau menjelaskan, rahsianya ialah setiap tayar mengandungi tekanan sehingga 200 psi (atau tujuh kali tekanan tayar Proton). Satu fakta menarik perihal tayar pesawat ialah ia direka bentuk untuk ‘terbabas’ sebelum bergolek.


“Bukan seperti tayar Proton direka bentuk untuk elak daripada terbabas. Semua pendaratan perlu bermula dengan tayar sengaja ‘dibabaskan’ dahulu untuk menyamakan had laju sudut tayar dengan had laju linear pesawat tersebut.

“Ia perlu sebelum pecutan boleh berlaku. Sebab itulah, tayar pesawat tidak ada ‘bunga’ seperti tayar kereta Proton. Kalaulah ia dibungakan, maka tayar pesawat akan pecah pada saat impak atas landasan,” kata Thirunavukkarasu.

Tambahan pula ujar beliau, tayar pesawat memang tidak diisi dengan angin, tetapi sebaliknya dipam dengan gas nitrogen sebab nitrogen ialah sejenis gas nadir yang tidak mungkin terbakar seperti tayar kenderaan di jalan darat.

Inilah sebabnya kenapa tayar pesawat tidak ada injap yang boleh sengaja dipicit untuk membocorkan gas nitrogen tersebut. Apa yang ada cuma plag dan direka bentuk sebagai ‘fius’ untuk melindungi tayar tersebut daripada suhu tinggi.

“Kelajuan maksimum tayar pesawat sekitar 360 km/j. Had laju tersebut seterusnya mengehadkan momentum sudut tayar itu sendiri daripada mengakibatkan tayar pesawat mekar seperti bunga Rafflesia yang bau busuk,” jelas beliau.

Juga kata Thirunavukkarasu, brek karbon pesawat itu sendiri besar kemungkinan boleh terbakar jika suhu mencecah 700 darjah Celsius. Justeru pengeluar tayar seperti Bridgestone, Michelin dan Goodyear ada kaedah untuk elak terbakar.

“Semua pembuat tayar pesawat terpaksa masuk fius itu di dalam tayar (bukan di luar). Tujuannya untuk melepaskan sedikit gas nitrogen dan membolehkan pergerakan tayar dengan selamat pada kelajuan maksimum,” kata beliau lagi.

Kesimpulannya ujar jurutera berkenaan, tiada sesiapa pun yang selamba boleh mudah memicit buang angin tayar pesawat untuk tujuan jahat termasuklah memancitkannya macam kes tayar kereta!
Lebai pun nak jatuhkan Najib.
Bukan hari ini lebai nak jatuhkan BN dan UMNO.
Tapi lebai tak buat kerja bodoh menipu rakyat.

PAS telah memberikan tawaran satu pendekatan "Budaya Politik Matang Sejahtera" (BPMS)
Memang sukar kita nak terima tetapi dengan pendekatan ini sekurang-kurang rakyat Malaysia lebih hormoni, aman dan damai.

Kita hanya berbalah semasa Pilihanraya sahaja.
Tak seronok ke kita boleh bergaul rapat antara PAS, UMNO, DAP, PKR, AMANAH (parti pengkhinat) dll??



Share this article :
 

+ comments + 9 comments

Anonymous
April 29, 2018 at 2:41 PM

orang inilah juga pemuda pas,tergedik-gedik bawa borang pujuk join pas tak gitu tuan!andaikata tun join ,cerita di attas dah lain..

Anonymous
April 29, 2018 at 3:36 PM

Alahai. . Yang ada kat pesawat masa tu siapa. ... Yang bagi statement tak ada pun kat situ ... Nota. . Akta tuduhan palsu kan ada ...

Anonymous
April 29, 2018 at 3:38 PM

Dulu pemimpin dan barua parti kafir harbi roket dan khadam-khadam roket tergedik-gedik kutuk dan maki hamun Dr M.

Tetapi sekarang puak yang sama ini jua tergedik-gedik pujuk Dr M join pakatan wayang roket.

Apabila Dr M telah menyertai pakatan, tiba-tiba Dr M menjadi 'suci' kerana dosanya tekah diampun oleh sifu evangelis roket yang sedang didakwa di mahkamah.

Anonymous
April 29, 2018 at 3:41 PM

Bukankah media pro-PH yang sembang lebat konon pesawat Dr M kena sabotaj?

Bukankah ini bermaksud media pro-PH menyebar berita palsu?

Anonymous
April 29, 2018 at 3:47 PM

Kami tak minat lawan pas. ... Tapi kami nak tumbangkan bn ... Nota ... Dari yang tauma gst...

Anonymous
May 2, 2018 at 9:36 AM

Tunggu najib masuk ph pulak akan dtg. Otomatik apa yg najib buat harini adalah heroic pada masa tu

Anonymous
May 2, 2018 at 9:44 AM

Sure xde masalah Sbb mat shabu kutuk mahathir lebih teruk drpd najib ie mahafiraun pun blh disucikan. Inikan pulak najib sabsabsoi ja...

Anonymous
May 2, 2018 at 6:30 PM

Kamu bagus 3.47 x mcm pan lain yg kejenya tabur fitnah from day one penubuhan. Tapi alangkah baiknya klu niat kamu nak tumbangkan bn tu bersama pas...:-)

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger