Mimpi Hadi, Mimpi Nik Aziz dan Mimpi Husam (Kemaskini)



[Link Video TGN di Baiki] Dari semalam nampaknya Malaysiakini 'mainkan isu' mimpi bagi merosakkan imej PAS. Perkara kecil diungkit menjadi isu dalam pemberitaan Malaysiakini sehingga hilang fokus 1MBD, GST dll. Polimik mimpi sebenarnya bertujuan melemahkan pengaruh atas pagar kepada PAS bagi membantu Harapan.

Tapi Malaysiakini lupa pasal yang selalu jaja mimpi adalah Husam Musa. Mari kita semak fakta dan hujah.


Saya pernah membaca artikel Subky Latif 5 Mei 2015 tentang beliau bermimpi jumpa Tok Guru Nik Aziz. Dalam artikel berkenaan beliau ada menyebut "Saya tidak menziarahinya pada hari kematiannya dan saya belum menziarahi pusaranya. Itulah pertemuan pertama saya di alam roh dengannya."


Rupanya sebelum Abdul Hadi jumpa Tok Guru Nik Abdul Aziz dah ada orang lain jumpa... termasuk Subky Latif


Selepas itu saya mendengar ceramah Husam Musa yang mendakwa bahawa dirinya telah bermimpi berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebanyak 15 Kali.


15 kali, bukan sekali dua ini menunjukkan begitu sekali dahsyat kasihnya Almarhum Tok Guru kepada Husam Musa seolah-olah Almarhum lebih kasih dan sayangkan beliau daripada isteri dan anak beranak, kaum keluarga dan kerabat terdekat.

Kesian Nik Abdul anak tok guru Nik Aziz musuh ketat Husam Musa, Jangankan bermimpi ayahnya, bayang tok guru Nik Aziz pun tak.... betulkan ahli PAN dan IKRAM??

Mungkin kerana Husam Musa jumpa dalam mimpi 15 kali, Nik Omar kata Husam ni "Anak Butir". Hebat juga mimpi Husam. Mari kita dengar.


Timbul persoalan kenapa banyak sangat Husam Musa dijumpai Tok Guru dalam mimpinya. Kenapa perlu Tok Guru Nik Aziz jumpa dia ni banyak kali? Ini perlu juga analisis.

TAPI PELIK TAK ADA PUN MALAYSIAKINI NAK SIAR. Nak jadikan isu dalam akhbarnya. Itu kita boleh tahu 'hati perut' Malaysiakini.

Mimpi apa kata Islam??

Mimpi bukanlah sumber hukum syarak.
Begitu juga ilham, lintasan hati, Kashaf bukanlah sebahagian daripada dalil syarak. Ia tidak boleh diterima pakai kecuali memenuhi syarat tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama dan nas-nasnya.

Namun tidak dinafikan bahwa kita manusia biasa boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekedar bermimpi. Karena hal ini telah sabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya :

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya setan tidak bisa menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]
Soal betulkan Rasulullah s.a.w. yang dijumpai dalam mimpi kita kena membanding ciri-ciri bentuk tubuh Rasulullah s.a.w. sebagaimana diceritakan oleh para sahabat.

Apa kata Tok Guru Nik Abdul Aziz pasal mimpi jumpa Rasulullah s.a.w.



Tok Guru Nik Abdul Aziz menceritakan dalam pengetahuannya (bukan pengetahuan umum. bukan di war-warkan...) bahawa Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang telah bermimpi 3 kali jumpa Rasulullah s.a.w.

Dan Tok Guru berpesan ikut TGHH pada jalan Allah.
Malangnya yang heboh nak ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz lawan Tok Guru Abdul Hadi. Tak mahu ikut apa kata TGNA.

Bukan sahaja lawan, tapi cuba 'hijack' TGNA kononnya di adalah mengikuti LEGASI NIK ABDUL AZIZ. Malu lebai mana nak letak muka, buat cerita bohong atas batang tubuh TGNA.


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 30, 2018 at 1:53 PM

Mesiakini adalah sarang musuh Islam dimana sebilangan penulis artikel dan penulis komen yang terdiri puak munafik dan puak kafir harbi yang berani menghina, memburuk-burukkan dan menfitnah ajaran Islam, umat Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka seolah-olah pihak berkuasa takut pada mereka.

Anonymous
April 30, 2018 at 1:56 PM

Fakta:

1. Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah maka semua agama lain dan ideologi buatan manusia seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, kafir harbisme dll adalah sesat dan menyesatkan kerana bertentangan dengan Islam.

Maka kita wajib menolak semua parti sekular, liberal dan kafir harbi.

2. PAS adalah parti Islam pimpinan ulama Islam yang telah menjadikan Al-Quran , Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlbagaan PAS dan garis panduan perjuangan politik PAS menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam dan hak rakyat.

Oleh sebab itu wajiblah kita umat Islam menyokong dan mengundi PAS dalam PRU 14.

May 5, 2018 at 2:39 PM

Mana lagi baik pendekatan rt erdogan di turki dgn pas di malaysia? Lihat apa jadi pd dr morsi di mesir. Saudara....politik adalah medan peperangan dan peperangan adalah strategi termasuk tipuhelah. Ingat lagi tak kata2 atgna...kalau setan nk tulong islam pun kita terima (tp tu atgna bg andaian liar shj sbg contoh)...maksudnya di sini apa shj cara yg boleh digunapakai utk daulahkan islam pd tempatnya diharuskan asalkan tdk terkeluar akidah dan pegangan...apa nk ditakutkan sgt pd kapir kt malaysia jika mrk2 berpaling tadah...in shaa Allah Allah swt akan ilhamkan kpd kita semua utk neutralkan puak2 kapir ni....cth pada zaman rasulullah dahulu bermula dgn seruan secara senyap2 dan bila pasca penghijrahan baru la secara terang2an sedikit demi sedikit sehinggalah bumi mekah dan kapir quraisy ditawan sepenuhnya dan memeluk islam...sila betulkan jika saya tersasar...yang baik semua dr Allah yg buruk semua dr saya...fastabiqul khairatt

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger