Maaf Cakap, Hanipa Ni Peguam Tapi Bodoh Mengenai Perlembagaan PAS


Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyifatkan kenyataan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) pernah mencadangkan pemindaan perlembagaan PAS sebagai dakwaan yang tidak berasas.

Ini kerana, menurut Hanipa, PAS sebelum ini pernah bekerjasama dengan parti lain termasuklah bersama Barisan Alternatif tanpa perlu meminda perlembagaan parti.

"Di mana logiknya dan rasionalnya bila dia (Abdul Hadi) dakwa ada usaha untuk pinda perlembagaan parti suci (bahasa Hanipa, dia kata PAS suka melabel) bagi nak mudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP.

Bila buka mulut aje.. Hanipa ni akan nampak bodohnya (maaf sekali lagi terpaksa kata)

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat juga usaha yang dilakukan oleh pemimpin AMANAH (PAN) terbabit untuk cuba membawa usul meminda perlembagaan parti Islam itu bagi mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti, lapor Sinar Harian.

Abdul Hadi berkata cadangan itu cuba dijadikan usul dalam Muktamar 2015 namun mendapat bantahan akar umbi termasuk ditolak dalam mesyuarat Pusat kerana ia bercanggah dengan perlembagaan PAS.

Beliau mendakwa cadangan tersebut merupakan cubaan untuk meminda perlembagaan PAS bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP.

Itu isunya.

Baik kita analisis betul tak kata Presiden PAS?

Pada 22 Oktober 2015 Khalid Samad (AMANAH sekarang ini) ada menulis dalam blognya bertajuk "Pindaan Perlembagaan PAS Yang Ingin Diusahakan Sebelum Ini " pembaca boleh membacanya kerana masih ada lagi artikel berkenaan.

Khalid mendedahkan dia minta nota daripada Asmuni (AMANAH juga) adalah pengerusi JK pindaan perlembagaan. Keseluruhan cadangan pindaan yang telah disiapkan adalah 74 dari 88 fasal.

Di antara perkara yang ingin dipinda adalah tempoh pemilihan pimpinan yang ingin dilanjutkan kepada setiap 3 tahun dan bukan setiap 2 tahun seperti sekarang. Ini terdapat dalam fasal 25 (2).

Begitu juga jumlah AJK PAS Pusat yang dipilih ingin ditambah dari 18 ke 24 orang. Jumlah AJK PAS Pusat yang dilantik turut ingin ditambah dari 6 ke 8 orang. Ini bermakna jumlah AJK PAS Pusat keseluruhannya ditambah dari 24 ke 32 orang. Ini terdapat dalam fasal 25 (5).

Selain dari itu, turut ditimbulkan untuk dipinda adalah keanggotaan Ahli Majlis Syura Ulama (Fasal 8). Perkara yang ingin dilakukan adalah untuk menentukan mereka yang dilantik oleh AJK PAS Pusat bukan terdiri dari AJK PAS Pusat itu sendiri. Begitu juga yang dilantik oleh Dewan Ulama Pusat semestinya selain dari anggota Dewan Harian Dewan Ulama Pusat. Ini bertujuan untuk mengelak dari berlakunya pertindihan dan ‘conflict of interest’ atau pertembungan kepentingan.

Khalid Samad menulis lagi "Ya benar, DAP memang menyebut mereka lebih selesa berurusan dengan kumpulan kami dan mereka mengharapkan kami kekal sebagai pimpinan PAS dalam muktamar yang lepas. "

Apa Kaitannya?


Pindaan perlembagaan PAS cuba meramaikan AJK PAS Pusat bagi megimbangi kuasa yang ada dalam Majlis Syura dengan Majlis Syura bukan dikalangan AJK PAS Pusat.

Kenapa dengan Majlis Syura? Mari kita lihat peranan Majlis Syura PAS Pusat.

Fasal 8 Majlis Syura Ulamak

(1) “Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut :-.

 FASAL 88. Lain-lain Perkara

(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

(2)  ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar



Sebelum itu 25 Februari Ustaz Azizan Razak telah membuat kenyataan.
ALOR SETAR – Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda dan masih relevan walaupun sudah lama diguna pakai dalam pentadbiran Pas.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, desakan sesetengah pihak yang mahu Perlembagaan Pas dipinda semata-mata kerana tidak puas hati terhadap sesuatu isu tidak perlu dilayan, kerana ia hanya membuang masa.

“Tidak perlu pertikai sesuatu tindakan yang dibuat berlandaskan perlembagaan parti. Mereka yang mahu perlembagaan dipinda sebenarnya tidak faham mengenai perlembagaan dan anggap ianya boleh diubah sesuka hati,” katanya.

Isu Menteri Besar Selangor dan Fitnah Abang Ahmad Kardee (AMANAH) terhadap Presiden PAS


Abang Ahmad Kardee ada menulis pada 9 September 2014 membuat fitnah kononnya Presdien PAS menyalahi Perlembangaan PAS memberina nama calon MB dikalangan PAS.
1. Mengenai isu pertama iaitu berkaitan isu bidangkuasa dan kuasa MSU : LUHAM ingin menyatakan bahawa jika dilihat kepada Perlembagaan PAS, kewujudan MSU adalah terhad bagi melaksanakan hasrat berikut iaitu bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7 (2) dan badan-badan yang diberikan kuasa oleh Muktamar PAS tidak keluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dan juga tidak berlawanan dengan dasar PAS (Lihat Fasal 8 (1) Perlembagaan PAS). Adapun kuasa-kuasa MSU diperuntukan di dalam Fasal 8 (1) (a) hingga (c) Perlembagaan PAS.

2. Telah menjadi pengetahuan umum bahawa MSU (di atas sebab yang hanya diketahui oleh badan itu) telah turutsama terlibat dalam isu pemilihan calon MB Selangor. Ini boleh dilihat dalam beberapa kenyataan rasmi yang dibuat oleh MSU berhubung perkara tersebut. Persoalan yang timbul adalah, adakah Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk berbuat demikian?

3. LUHAM berpendapat MSU, dengan penuh hormat, telah bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan MB Selangor. Alasan LUHAM adalah seperti berikut.

4. Isu pelantikan MB Selangor tidak melibatkan perkara yang bertentangan dengan kehendak-kehendak Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dan juga tidak berlawanan dengan dasar PAS. Satu fakta yang tidak dipertikaikan adalah PAS telah bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan dan kerjasama tersebut telah disahkan oleh Muktamar PAS dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan. Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar PAS. Memandangkan Muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi dalam PAS, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka MSU mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan Mukamar PAS tersebut.

5. Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh MSU). Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR. LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri? Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri? Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU.

6. Isu pelantikan MB Selangor juga tidak melibatkan keperluan untuk MSU menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan PAS. Maka LUHAM tidak nampak apakah keperluan atau justifikasi untuk MSU terlibat dalam perkara yang tidak termasuk dalam bidangkuasa badan tersebut sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan PAS.

7. Hatta, jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

8. Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (“referral”) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent). Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka, tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah “non-starter”.
Atas isu ini ada usaha untuk mengasingkan peranan Majlis Syura Ulama dengan AJK PAS Pusat supaya Majlis Syura PAS Pusat tidak boleh membantah keputusan AJK Pusat dalam strategi bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Lebai rasa Hanipa Maidin tak payah berdebat dengan Presiden PAS, berdebat dengan lebai cukuplah.. Ada berani ke??

Satu lagi untuk akhiri tulisan ini.





Hanipa dalam kenyataan sama mempersoalkan penggunaan "sistem cai" iaitu pengedaran senarai nama dalam pemilihan parti yang menurutnya diamalkan PAS khususnya pada Muktamar 2015.

"Tunjukkan kepada saya sebarang peruntukan dalam perlembagaan PAS yang kata boleh guna sistem cai, yang kata (mewajibkan) pemimpin nombor satu dan nombor dua mesti ulama," katanya.

Hanipa, yang atas tu cai siapa?

Engkau main cai dah lama dah. Semasa tu geng ulama "buta it" kalau ada blog geng ulama pun sekadar isi khutbah Jumaat. Tapi apabila geng ulama lawan cai dengan engkau engkau cuba salahkan cai atas perwakilan tolak geng engkau PEROSAK PAS.


Kalau orang nak engkau cai macam mana pun tetap menang. Lihat Mazlan Aliman boleh menang, nama dia tak ada dalam cai? Kenapa? kerana perwakilan tahu walaupun dia jiwa AMANAH tapi dia ada hati budi bukan macam engkau mulut dah lah jahat, hati budi pun jahat juga.

Tak payah nak salahkan cai salah diri sendiri yang merosakkan PAS, selepas tawan AJK PAS PUSAT cuba nak kurangkan kuasa Majlis Syura Ulama melalui pindaan perlembangaan.

PAS bukan milik Presiden PAS Abdul Hadi Awang. PAS Bukan AGAMA, PAS adalah gerakan Islam yang caba mendaulatkan Islam sebagai AdDin di bumi Malaysia. Pimpinan boleh datang dan pergi tetapi perjuangan PAS mesti utuh.


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

April 17, 2018 at 9:36 AM

eh presiden pigs tu pun bodoh jugak ke sebab dulu dia jadi peguambela masa kes mahkamah. patutlah asyik ponteng je rupanya bodoh gak walaunnya orang ponteng pun asyik bekap je..

April 17, 2018 at 12:49 PM

Itu semua sudah tidak penting lagi. Yang penting betul ke apa yg SOFIA nyatakan bahawa PAS Mentekedarah Duit UMNO. Maka geng CAI pun mengusai PAS dan JEBON TERSINGKIR. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous
April 17, 2018 at 1:50 PM

Baruah2 dap dan balaci setan tak jemu2 dok canang pas terima duit dari umno.... Teruskan hjhassan lebai,,puak2 ni dah terkedu lidah tak boleh jawap,,,merah padam muka diorang bila lebai bongkarkan kebodohan mahfuz dan hanipa,,,hanipa ni kita dah tahu tahap bahalol beliau bila dia kata kalau saya jadi tuhan....ha ha...sesuai sangat la dgn geng2 syiah dan kapir dap tu...

Anonymous
April 18, 2018 at 12:26 AM


Balaci-balaci dedak roket seperti ikangay, azrengay dll adalah penjaja fitnah yang cuba memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam pelbagai website.

Syaitan-syaitan ini telah mencipta pelbagai dakwaan karut tanpa sebarang bukti untuk menghasut orang ramai membenci PAS.

Setiap kali kita mencabar syaitan tersebut untuk menunjukkan bukti, jawapan biasa mereka ialah 'google
lah sendiri' yang bererti mereka tidak mempunyai bukti.

Maka kita tidak merasa hairan melihat balaci dan boss pakatan wayang pimpinan sifu roket menentang RUU anti-berita palsu.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger