Saya terbaca dalam Sinar Harian mengatakan Pas akan
menyerahkan kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat keputusan
sama ada bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa perlu dikenakan tindakan
berhubung kenyataan yang menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) berikutan
pendirian DAP dalam isu hudud.
Menurut akhbar Sinar Harian, Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata,“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut"