Mimpi Hadi, Mimpi Nik Aziz dan Mimpi Husam (Kemaskini)



[Link Video TGN di Baiki] Dari semalam nampaknya Malaysiakini 'mainkan isu' mimpi bagi merosakkan imej PAS. Perkara kecil diungkit menjadi isu dalam pemberitaan Malaysiakini sehingga hilang fokus 1MBD, GST dll. Polimik mimpi sebenarnya bertujuan melemahkan pengaruh atas pagar kepada PAS bagi membantu Harapan.

Tapi Malaysiakini lupa pasal yang selalu jaja mimpi adalah Husam Musa. Mari kita semak fakta dan hujah.


Saya pernah membaca artikel Subky Latif 5 Mei 2015 tentang beliau bermimpi jumpa Tok Guru Nik Aziz. Dalam artikel berkenaan beliau ada menyebut "Saya tidak menziarahinya pada hari kematiannya dan saya belum menziarahi pusaranya. Itulah pertemuan pertama saya di alam roh dengannya."


Rupanya sebelum Abdul Hadi jumpa Tok Guru Nik Abdul Aziz dah ada orang lain jumpa... termasuk Subky Latif


Selepas itu saya mendengar ceramah Husam Musa yang mendakwa bahawa dirinya telah bermimpi berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebanyak 15 Kali.


15 kali, bukan sekali dua ini menunjukkan begitu sekali dahsyat kasihnya Almarhum Tok Guru kepada Husam Musa seolah-olah Almarhum lebih kasih dan sayangkan beliau daripada isteri dan anak beranak, kaum keluarga dan kerabat terdekat.

Kesian Nik Abdul anak tok guru Nik Aziz musuh ketat Husam Musa, Jangankan bermimpi ayahnya, bayang tok guru Nik Aziz pun tak.... betulkan ahli PAN dan IKRAM??

Mungkin kerana Husam Musa jumpa dalam mimpi 15 kali, Nik Omar kata Husam ni "Anak Butir". Hebat juga mimpi Husam. Mari kita dengar.


Timbul persoalan kenapa banyak sangat Husam Musa dijumpai Tok Guru dalam mimpinya. Kenapa perlu Tok Guru Nik Aziz jumpa dia ni banyak kali? Ini perlu juga analisis.

TAPI PELIK TAK ADA PUN MALAYSIAKINI NAK SIAR. Nak jadikan isu dalam akhbarnya. Itu kita boleh tahu 'hati perut' Malaysiakini.

Mimpi apa kata Islam??

Mimpi bukanlah sumber hukum syarak.
Begitu juga ilham, lintasan hati, Kashaf bukanlah sebahagian daripada dalil syarak. Ia tidak boleh diterima pakai kecuali memenuhi syarat tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama dan nas-nasnya.

Namun tidak dinafikan bahwa kita manusia biasa boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekedar bermimpi. Karena hal ini telah sabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya :

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya setan tidak bisa menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]
Soal betulkan Rasulullah s.a.w. yang dijumpai dalam mimpi kita kena membanding ciri-ciri bentuk tubuh Rasulullah s.a.w. sebagaimana diceritakan oleh para sahabat.

Apa kata Tok Guru Nik Abdul Aziz pasal mimpi jumpa Rasulullah s.a.w.



Tok Guru Nik Abdul Aziz menceritakan dalam pengetahuannya (bukan pengetahuan umum. bukan di war-warkan...) bahawa Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang telah bermimpi 3 kali jumpa Rasulullah s.a.w.

Dan Tok Guru berpesan ikut TGHH pada jalan Allah.
Malangnya yang heboh nak ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz lawan Tok Guru Abdul Hadi. Tak mahu ikut apa kata TGNA.

Bukan sahaja lawan, tapi cuba 'hijack' TGNA kononnya di adalah mengikuti LEGASI NIK ABDUL AZIZ. Malu lebai mana nak letak muka, buat cerita bohong atas batang tubuh TGNA.


 

6 calon HARAPAN tumbang sebelum PRU-14 kerana Pas?


Pencalonan enam wakil Pakatan Harapan dibatalkan sebelum pertarungan Pilihan Raya Umum ke-14 bermula. 2 daripada terselamat, seorang kerana sempat balik ambil kad pengenalan diakhir masa.

Naib Presiden PKR Tian Chua yang diisytiharkan hilang kelayakannya di Batu - kerusi parlimen - yang dipegangnya selama 10 tahun.Beliau dilucutkan hak bertanding kerana denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya pada bulan lalu walaupun jumlah denda yang sama pada 2010 tidak melucutkan haknya daripada bertanding pada pilihan raya umum lalu.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Johor, Bukit Pasir, pencalonan calon BERSATU, Pizi Jihat ditolak oleh pegawai pengurus SPR kerana namanya tersenarai dalam rekod Jabatan Insolvensi (bangkrap).

Calon BERSATU, Yaakob Osman di kerusi DUN Penaga di Pulau Pinang pun bangkrap.



Di Kelantan, calon PKR di kerusi DUN Tawang dan Kuala Balah juga hilang kelayakan bertanding.
Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan di Tawang dengan alasan bahawa alamat di kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan, yang merupakan syarat untuk bertanding di kerusi negeri di sana. Mohd Hafidz Rizal Amran pula hilang kelayakan di Kuala Balah atas sebab dirinya juga bankrap.

Di kerusi DUN Rantau, calon PKR Dr S Streram, dihalang masuk ke pusat penamaan calon dengan alasan dia tidak membawa pas SPR dan hanya dibenarkan berbuat demikian selepas tiga minit tempoh penaaman calon berakhir.

Kenapa tak ada pelan, jika berlaku apa-apa kepada calon?


Ada komen nakal berkata “Kamu boleh letak sesiapa sahaja di situ, seorang pesara macam saya atau anjing bertanding bawah bendera PKR dan masih boleh menang.”
Seolah-olah tak ada pelan B untuk perkara ini.

Bayangkan ceramah hebat merata tempat. Kajian pula, macam kajian  dengan INVOKEnya. Forum habis hotel. Tapi bila masuk bertanding lupa bawa kad pengenalan? Satu alasan sangat dangkal kata pemerhati politik.



Tok Mum, sekarang ni berumur 99 tahun, lebih tua daripada calon PM Harapan 2 kali masuk bertanding. Dia bukan dikalangan profesional tapi boleh datang awal, bawa IC, ada pas SPR, ada watikah, tahun syarat percalonan dan dia boleh bertanding walaupun tak ada pengurus calon yang terlatih sekadar waris dan kenalan.

Yang hairan, HARAPAN dikalangan profesional tak boleh ke nak upah peguam dalam mengurus percalonan ini?

Satu pertanyaan kenapa tak terjadi pada parti AMANAH sedangkan parti itu baru?

Itu rungutan yang bermain di media massa.

Tapi Lebai berpendapat lain..
Ini semua berpunca daripada PAS.
kenapa lebai kata sebab PAS?

Bila PAS keluar daripada PAKATAN HARAPAN
PAS bukan sahaja keluar sebagai parti tetapi PAS keluar dengan semua JENTERA PARTInya.

Dulu daripada A sampai Z parti PKR diurus oleh PAS.
Pasal itu 2, 3 PRU sebelum ini mana ada cerita calon di tolak??
Calon Bangkrap... (takkan calon tak tahu dia bangkrap... pelikkan?)
Maknanya yang mengurus calon HARAPAN sangat bodoh dengan syarat penamaan calon kerana tak ada pengalaman sebagai PAS mengurus sebelum ini.


PKR ni parti "budak manja" seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz... semua perkara PAS nak kena suap. Sekarang engkau tahulah bila JENTERA PAS tak lagi membantu. Engkau kena makan sendiri.

Tak terjadi kepada AMANAH walaupun parti baru kerana mereka dulu adalah PAS.

Lebai berani kerat keringking
Lihat nanti poster tak terurus..
Bilik gerakan sunyi..
PACA tak ada orang nak bertugas..
Barung dan markaz kelam kabut..

Kita tunggu dan lihat

 

Mahathir Makin terdesak Perbodohkan Penyokong HARAPAN dengan Tayar Kapal terbang bocor



Malaysiadateline satu akhbar yang menjadi lubuk bekas-bekas penulis Harakah menyerang PAS melalui pemberitaan persepsi menyiarkan Pengerusi Pakatan Hara4pan PH Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pesawat peribadi yang disewa khas telah disabotaj oleh pihak tertentu.

Sebelum itu, Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali berada di Lapangan Terbang Subang dan sudah menaiki pesawat tersebut untuk menuju ke Langkawi bagaimanapun telah dimaklumkan oleh juruterbang bahawa tayar pesawat itu telah bocor.

Dulu lebai ada menulis berkenaan Mahathir terdesak dan terpaksa mengumumkan cuit 2 hari jika Harapan menang. Anda boleh baca di sini. lebai juga mengulas bagaimana kedudukan Mahathir di Parlimen Langkawi juga genting dan ada kemungkinan besar dia akan tewas. Atas kerisauan ini kem Mahathir terpaksa "merendah diri" meminta PAS menarik calonnya di Langkawi. Lebai mengukuh hujah dengan memberikan data perbahasan. Anda boleh baca di sini.

Maaf lupa nak memberitahu, lebai tidak menjawab komen-komen di bawah artikel ini. Lebai menghormati pandangan pembaca. Kita mungkin ada perbezaan pandangan dan pendapat tetapi biarlah hujah tuan/puan diserta dengan fakta dan data. Kita boleh mencari mana yang lebih baik hujah dan faktanya.

Kita kena rasional. Jika tuan/puan tak setuju kemukakan hujah berikan lebai datanya....

Ok. Sambung pasal tayar kapal terbang bocor.
Mahathir makin terdesak buat fitnah dengan tektik mencari simpati.
Mahathir ini zaman abab 21. Anak kita sekolah rendah bercakap pasal 'kbat'. Apa haramjadah kbat pun lebai tak tahu. Rupanya "kemahiran berfikir aras tinggi". Dulu semasa kita ambil LCE, kita mana ada buku rujukan. Yang kita tahu ikan pelaga, bermain galah panjang dan petang menonton "ultraman'.

Dunia sekarang setiap percakapan kita, akan di'google' tak sampai beberapa minit orang tahu kita bohong atau tidak.

Berbalik kepada tayar kapal terbang bocor.

Bayangkanlah sebelum ini dikatakan pesawat Bombardier Challenger CL60 dengan plat pendaftaran 9H-VFD di Malta dan dikendalikan syarikat Vista Jet Limited itu cuba dirosakkan sebelum tukar cerita konon tayarnya dipancitkan.

Ia menyebabkan Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menerusi kenyataan media hari ini menjelaskan hasil siasatan agensi itu menunjukkan tiada unsur khianat ditemui.

Terkesan dengan isu tersebut, seorang jurutera awam dan struktur, Thirunavukkarasu Karasu menarik perhatian ramai netizen apabila membongkar rahsia mengenai isu tayar pesawat eksekutif itu konon dikempis secara sengaja.

Menulis dalam akaun Facebook beliau dengan guna tajuk sindiran Sudut Mari Belajar Mengenai Tayar Kapal Terbang, artikel dinukil graduan universiti awam tempatan itu ternyata meraih minat apabila dikongsi lebih 600 kali.

Thirunavukkarasu yang pernah berpengalaman mengemudi kapal terbang memulakan pencerahan isu panas jet Mahathir itu dengan bertanyakan soalan sinis: “Tahukah anda? Tayar pesawat tidak sama seperti tayar kereta Proton.


“Pesawat Airbus A340 yang saya pernah terbangkan ke London mengandungi 12 biji tayar dan menghentak kuat landasan pada kelajuan 250 km/j (kilometer sejam). Namun tayar tersebut tidak pernah pula pancit atau meletup.”

Beliau menjelaskan, rahsianya ialah setiap tayar mengandungi tekanan sehingga 200 psi (atau tujuh kali tekanan tayar Proton). Satu fakta menarik perihal tayar pesawat ialah ia direka bentuk untuk ‘terbabas’ sebelum bergolek.


“Bukan seperti tayar Proton direka bentuk untuk elak daripada terbabas. Semua pendaratan perlu bermula dengan tayar sengaja ‘dibabaskan’ dahulu untuk menyamakan had laju sudut tayar dengan had laju linear pesawat tersebut.

“Ia perlu sebelum pecutan boleh berlaku. Sebab itulah, tayar pesawat tidak ada ‘bunga’ seperti tayar kereta Proton. Kalaulah ia dibungakan, maka tayar pesawat akan pecah pada saat impak atas landasan,” kata Thirunavukkarasu.

Tambahan pula ujar beliau, tayar pesawat memang tidak diisi dengan angin, tetapi sebaliknya dipam dengan gas nitrogen sebab nitrogen ialah sejenis gas nadir yang tidak mungkin terbakar seperti tayar kenderaan di jalan darat.

Inilah sebabnya kenapa tayar pesawat tidak ada injap yang boleh sengaja dipicit untuk membocorkan gas nitrogen tersebut. Apa yang ada cuma plag dan direka bentuk sebagai ‘fius’ untuk melindungi tayar tersebut daripada suhu tinggi.

“Kelajuan maksimum tayar pesawat sekitar 360 km/j. Had laju tersebut seterusnya mengehadkan momentum sudut tayar itu sendiri daripada mengakibatkan tayar pesawat mekar seperti bunga Rafflesia yang bau busuk,” jelas beliau.

Juga kata Thirunavukkarasu, brek karbon pesawat itu sendiri besar kemungkinan boleh terbakar jika suhu mencecah 700 darjah Celsius. Justeru pengeluar tayar seperti Bridgestone, Michelin dan Goodyear ada kaedah untuk elak terbakar.

“Semua pembuat tayar pesawat terpaksa masuk fius itu di dalam tayar (bukan di luar). Tujuannya untuk melepaskan sedikit gas nitrogen dan membolehkan pergerakan tayar dengan selamat pada kelajuan maksimum,” kata beliau lagi.

Kesimpulannya ujar jurutera berkenaan, tiada sesiapa pun yang selamba boleh mudah memicit buang angin tayar pesawat untuk tujuan jahat termasuklah memancitkannya macam kes tayar kereta!
Lebai pun nak jatuhkan Najib.
Bukan hari ini lebai nak jatuhkan BN dan UMNO.
Tapi lebai tak buat kerja bodoh menipu rakyat.

PAS telah memberikan tawaran satu pendekatan "Budaya Politik Matang Sejahtera" (BPMS)
Memang sukar kita nak terima tetapi dengan pendekatan ini sekurang-kurang rakyat Malaysia lebih hormoni, aman dan damai.

Kita hanya berbalah semasa Pilihanraya sahaja.
Tak seronok ke kita boleh bergaul rapat antara PAS, UMNO, DAP, PKR, AMANAH (parti pengkhinat) dll??



 

Baiah Dengan Allah Langgar Apa Sangat Derhaka Dengan Ibu


Anak kedua bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar bakal bertanding di DUN Chempaka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mewakili parti AMANAH (PAN).

Nik Omar akan berdepan dua pencabarnya di DUN tersebut iaitu Mohamad Fareez Nor Amran (BN) dan Ahmad Fathan Mahmood (PAS).





Penganalisis politik berpendapat penyertaan Nik Omar dalam parti AMANAH (PAN) yang didalangi oleh IKRAM bukan perkara yang pelik kerana sebelum ini penglibatannya dengan IRC/JIM sudah diketahui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ini faktor dia tidak bergiat dengan politik manakala adiknya Nik Abdul adalah orang harapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam meneruskan perjuangan Tok Guru di dalam Parti PAS.

Bila berlaku pertembungan dalam PAS, maka AMANAH telah mempergunakan keluarga Nik Abdul Aziz sebagai satu cara untuk menghancur perjuangan PAS yang dibina oleg Tuan guru Nik Abdul Aziz sejak berzaman.

Pengkhianatan AMANAH (PAN) yang didalanmgi IKRAM bukan perkara baru. PAS banyak kali bergolak kerana sikap IKRAM (dulunya IRC) yang merosakkan PAS daripada dalam.

Pengkhinatan ini sudah menjadi satu sejarah hitam IRC/IKRAM suatu pertubuhan yang tidak boleh dipercayai.

Nik Omar berkata beliau mengambil keputusan itu selepas ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak melarangnya menyertai politik.
“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan. Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,”
Untuk pengetahuan pembaca, bukan sekarang Nik Omar tidak dibenarkan mengikut politik atau setelah bapanya meninggal Nik Omar tak dibenarkan berpolitik tetapi semenjak bapanya TG Nik Abdul Aziz masih hidup lagi TGNA tidak benarkan anak keduanya ini berpolitik. Tapi pelikkan TGNA membenarkan Nik Abdul anak kelimanya untuk membantu PAS dan menjadikan dia sebagai galang ganti beliau dalam jangka masa yang lama.



Kalau kita kaji sirah para sahabat, bagaimana anak-anak para sahabat, diinfakkan untuk meneruskan perjuangan yang telah dilalui oleh ayah-ayah mereka. Ini jelas bagaimana TGNA menginfakkan Nik Abdul untuk PAS tapi bukan Nik Omar. Nik Omar hanya mengurus sekolah swasta sahaja. Kuliah gantian TGNA juga hanya dilakukan oleh Nik Abdul sahaja. Adakah Nik Omar tidak pandai ilmu agama?

Kenapa?

Nik Omar telah menyeleweng daripada landasan perjuangan yang benar kerana mengikut gerakan IRC yang bercanggah dengan fahaman TGNA. TGNA mengambil pendekatan suruh Nik Omar tumpu aje kepada persekolahan swasta dia.

Tapi malangnya bila TGNA meninggal, AMANAH (PAN) dengan IKRAM telah cuba menghasut Nik Omar untuk menjadi calon dan kononnya menjadi MB Kelantan jika menang.

Cuba kita fikir kalau betullah Nik Omar ini hebat, sudah tentu TGNA akan mengerakkan anaknya untuk dalam PAS terutama Pemuda untuk mencari pengalaman dan bila dia banyak pengalaman akan mengganggatikannya menjadi MB Kelantan.

Tapi kenapa tidak?


Hanya nampak berlaku ialah Nik Abdul (anak TGNA), Khalil (anak TG Haji Abdul Hadi) dan Mujahid (Anak Yusof Rawa) tertonjol dalam PAS. Dimana Nik Omar? Tak ada pun. Malah Dalam kawasan pun tak telibat.

Lebai rasional dalam memberikan pendapat supaya pembaca berfikir. Walaupun Mujahid itu IRC juga macam Nik Omar tetapi dia ada ketokohan bukan macam Nik Omar hanya boleh dipergunakan. Pasal itu ibu dia tak benarkan dia terlibat dengan politik. Orang yang celaru dalam perjuangan dan mudah dipergunakan selalu ibu akan jaga sampai dia meninggal dunia.

Itulah hakikatnya Nik Omar yang kini dipergunakan oleh Husam Musa demi dendam kepada PAS.

Husam guna strategi menipu ibu Nik Omar.
Semalam semasa pengumuman calon HARAPAN mengumumkan nama Mohamad Omar sebagai calon Dun Cempaka. Siapa Mohamad Omar??

Hari ini tiba-tiba Nik Omar menjadi calon.
Ibu tak tak boleh nak buat apa-apa kerana dah jadi calon.
Hanya menangis dalam hati mengenangkan nasib anak kesayangannya.
Ibu mana tak saya anak....



Derhaka dengan ibu??
Apalah sangat.
Puak IKRAM dalam PAS yang kini menubuh parti AMANAH yang berbaiah dengan sumpah talak isteri seperti Dr Hatta Mohd Ramli sanggup langgar baiah dengan Allah.

Khalid Samad dan Dr Mariah sekadar bagi makan nasi berani kambing kononnya tebus baiah.
Dengan Allah mereka boleh permainkan.. Ibu lagilah darjat ibu bawah Allah.

Nasib bila politik menjadi matlamat
Hukum hakam boleh diketepikan.


 

Tak Ada Pemimpin Kaum India Ke Dalam HARAPAN?


Untuk ini tak ada apa yang nak diisukan sekadar nak bertanya sahaja. Sebagai pengamat atau pemerhati politik lebai ada sedikit kemusykilan bila melihat banner Harapan dalam misi Membina Negara Memenuhi Harapan... Tak ada pimpinan India ke?


Begitu juga dengan poster-poster ceramah umum atau rapat raksaksa. Hingga terlintas ada krisis dengan kepimpinan India sehingga beberapa tokah pimpinan dalam DAP dan PKR seolah-olah tidak ditonjolkan?

Ada yang boleh tolong jawab?
Atau ramai dah berpusing arah kepada PAS?

 

Kem Mahathir Sedang Pujuk PAS Jangan Bertanding Di Langkawi?


Ramai penganalisis membuat analisis Mahathir akan membawa tsunami Melayu kepada HARAPAN. Demi mengambil kesempatan tsunami Melayu DAP sanggup korbankan logo mereka demi meraih undi Melayu setelah undi Melayu PAS hilang yang akan menggugat kedudukan Pulau Pinang. Untuk selamat Pulau Pinang DAP sanggup gadaikan logo mereka semenjak 56 tahun lalu dengan logo dan simbol PKR, biar pun veteran DAP marah dan akan menimbulkan banyak masalah nanti.

Ahmad lutfi Othman menulis "Mengapa Mahathir" mendokong kuat bahawa faktor PRU-14 kali ini adalah faktor Mahathir. Ini bersamaan idea dengan Prof. Mohd Agus.

Mohd Amar dalam temubualnya dengan pengundi luar Kelantan di Sabah mendedahkan bahawa ada kajian luar (sumber luar selain PAS) mengatakan Mahathir hanya berpeluang 50-50 hanya di Langkawi. Kenyataan ini nampak benar bila Mahathir memilih untuk bertanding di Langkawi. Lebai ada menulis di sini -- sila baca.




PAS menjanjikan calon hebat di situ kerana seorang tokoh hebat daripada parti IKATAN akan bertanding mewakili GAGASAN SEJAHTERA di Langkawi.

Kem Mahathir jumpa Abdul Kadir Sheikh Fadzir untuk meminta parti IKATAN menarik diri daripada bertanding. Atas dasar menjaga persahabatan dengan tun Mahathir IKATAN menarik diri.


PAS terpaksa ganti calon lain GS yang datang daripada PAS. Pas mempertaruhkan Yang Dipertua Pas Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad.

Parlimen P004 Langkawi Kedah sebelum ini mempunyai 31, 133 pengundi dimana BN menang dengan memperolehi 21, 407 undi mengalahkan PKR yang hanya dapat 9,546 undi. Majoriti 11,861undi adalah agak besar di kawasan majoriti Melayu.

Masalah Dalam HARAPAN di Dun Kuah


Mahathir mendapat sedikit masalah apabila ahli akar umbi PPBM membantah pemilihan Mohd Firdaus Ahmad sebagai calon parti untuk DUN Kuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
 
Ahli Jawatankuasa PPBM Langkawi, Mohd Ratu Mansor (gambar bawah) berkata, pemilihan Firdaus tidak mengikut prosedur dalaman parti dan dipilih atas pengaruh pihak lain.
 
Malah katanya, perwatakan peribadi Firdaus yang negatif juga menjadi pendorong kepada bantahan yang dibuat pada hari ini.


"Ahli akar umbi bahagian Langkawi merasa kecewa dengan pilihan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memilih calon DUN Kuah dengan tidak mengikut prosedur dan memilih calon yang mempunyai banyak perwatakan negatif.
 
"Pemilihan ini (Firdaus) juga bukan dari dari akar umbi tapi hasil dari perbincangan pihak yang mempengaruhi keputusan kepimpinan," katanya dalam satu sidang media di Riverra Inn, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ratu berkata bantahan terhadap Firdaus telah dilakukan sebelum ini namun kepimpinan tertinggi dikatakan tidak mengambil apa-apa tindakan.
 
Justeru ujarnya, ahli akar umbi PPBM yang tidak berpuas hati dengan  pencalonan Firdaus akan memberikan masa kepada kepimpinan tertinggi sehingga 28 April ini, dan akan mengambil tindakan susulan jika keadaan masih tidak berubah.
 
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan yang akan diambil dan meminta media untuk menunggu sehingga tarikh tersebut tiba.
 
"Kita dah buat bantahan tapi tindakan tidak diambil jadi kita guna peluang ini untuk beritahu umum.
 
"Jika tindakan tidak diambil juga semasa penamaan calon atau tidak tukar semasa penamaan calon, kita akan teruskan dengan plan yang lain," ujarnya lagi.

Kem Mahathir Jumpa PAS

Mengikut maklumat yang sahih lebai dapat daripada dua-dua sumber sudah 2 kali Kem Mahathir berjumpa dengan PAS untuk meminta PAS tarik diri. Termasuk menggunakan Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Why?
Takut kalah ke?
Kan Mahathir hebat 22 PM.
Apa nak gusar....

Nanti ada cerita baru lebai akan sambung..
Susah juga nak bocorkan maklumat PAS semenjak pengkhianat tak ada.


 

Menjawab Fitnah HARAPAN: PAS Sedia Jadi Penasihat BN


Macam mana gabungan HARAPAN ingin menang PRU-14 kalau menjadikan fitnah sebagai satu jalan untuk mencapai matlamat. Selain fitnah membuat persepsi buruk denan memutar belit kenyataan PAS dengan tujuan jahat?

Sekarang dunia IT makin meluas. Orang boleh mencari maklumat sebenar dengan mudah melainkan mereka yang jumud dan boleh diperbodohkan kerana taasud.

Misalnya isu "PAS Sedia Menjadi Penasihat BN". Masih ada lagi cybertropper HARAPAN dibayar gaji untuk menyerang PAS kononnya PAS tak berhasrat untuk memerintah tetapi sekadar menjadi penasihat.

Yang pelik hari-hari mereka ini kutuk akhbar dan berita TV kononnya berita penipu, pendusta tapi nak serang PAS mereka jadi bodoh ambil berita penipu itu dan percaya pula. Patutlah UMNO tak kalah-kalah kerana ada orang yang boleh dibodohkan.

Oleh kerana puak ini kononnya nak ikut Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sepatutnya baca buku TGNA berkenaan dengan PENASIHAT BN.

Ini satu sajaka petikan TGNA yang dia ikut, Jangan ikut UMNO. Yang lain semuanya ditentang, macam Yahudi juga ambil kitab mana yang dia rasa sedap dengan selera mereka sahaja.



Di atas saya sertakan satu buku Tok Guru. Tok Guru Nik Abdul Aziz menulis;
Atas dasar ini kita bangun menegur parti yang memerintah sejak daripada 40 tahun dulu sampai hari ini. Kita tegur. Bukan kita nak lawan dia, bukan kita nak bangkang dia. Cuma istilah politik orang panggil pembangkang. Tapi istilah agama di panggil penasihat.
Kalau kata AMANAH tu parti nak ikut TGNA khadam dulu apa yang Tok Guru tulis. Jangan pula orang kata hanya mempolitik TGNA demi nak capai cita-cita jahiliyyah. Islam tak tertegak dengan cara jahiliyyah.


 

Calon DAP Bersembunyi Disebalik Parti AMANAH (PAN) Di Kelantan


Sebelum ini banyak diperkatakan bahawa parti AMANAH (Pan) ini adalah parti macai DAP yang akan menjadi pak turut sahaja dengan apa arahan daripada DAP. Mereka tidak ingkar malah akan sokong kerana mereka bergerak dengan bantuan kewangan DAP.

Malah untuk bertanding pun sebelum mereka berbincang dengan majlis muafakatan Harapan mereka yakni DAP - AMANAH akan berbincang dahulu untuk menentukan hala tuju mereka.

Terkini...

Buat pertama kali dalam sejarah perjuangan DAP selama 52 tahun, DAP berjaya meletakkan calon Orang Asli untuk bertanding dalam pilihanraya umum kali ini di Kelantan.
.
Nasir Dollah, 31 tahun bakal dicalonkan di DUN N.45 Galas, Kelantan, bagi mewakili suara orang Temiar di Gua Musang.

Nasir adalah antara 230 individu masyarakat Orang Asli Temiar yang menyertai DAP hujung Februari lalu dii Kampung Orang Asli Parik, Kuala Betis, Gua Musang.

Bayangkan dengan hanya 230 ahli sahaja DAP boleh ambil satu DUN parti AMANAH (PAN). Mana maruah pendokong parti AMANAH (PAN).



Mereka bising apabila PAS memberi ruang calon kepada bukan Islam. Tapi pimpinan mereka menipu ahli-ahlinya dengan tidak memaklumkan bahawa Nasir itu adalah calon DAP.

Ahli AMANAH memang di bodohkan oleh Husam.
kesian...
Selepas ni bawa DAP untuk cukur jambul anak-anak pendokong parti AMANAH..


 

Ahmad Lutfi Othman Tidak Faham Kenapa “KingMaker”


Beberapa kali sahabat lebai minta mengulas tulisan Ahmad Lutfi Othman, bekas Ketua Pengarang Harakah mengenai "Kenapa Mahathir". Secara peribadi lebai tidak gemar mengulas artikel Ahmad Lutfi kerana tulisan Ahmad Lutfi adalah tulisan "emosi dirinya" dan jika lebai mengulas dia akan menyentuh emosi. Sangat sukar bagi lebai menyentuh emosi seseorang yang dilema dalam perjuangan diri sebagai penulis yang pernah menerpa nama menghadapi dugaan menerusi perjuangan sebagai seorang penulis.

Tapi apabila tulisan Ahmad Lutfi menyerang "strategi" perjuangan yang didokong oleh lebai, nak tak nak lebai terpaksa mempertahankannya.

Sebelum ini lebai ada mengulas berkenaan tulisan Ahmad Lutfi. Pembaca atau Ahmad Lutfi sendiri (mungkin dia tak baca penulisan blogger) boleh ikuti artikel  Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh Parti PAN bagaimana pula? dan Kesian Lutfi, buat analisis tentang PAS sedangkan dia kini “buta” berkenaan PAS

Hari ini sahaja, lebai dah menulis 5 artikel. Jadi mungkin artikel keenam ini lebai menulis dengan bahasa yang bertaburan dan mungkin "typo" memandangkan letih dan tak sempat hendak membuat semakan.

ok.. Lebai akan membuat penghujahan kepada 3 perkara.

1. Ahmad Lutfi Othman keliru antara Kerajaan Perpaduan (unity government) dengan kerajaan Perpaduan UMNO-PAS.
Dua perenggan pertama dalam tulisan bertajuk "Mengapa idea KingMaker Ditolak" Ahmad Lufti ada menulis;
Pemimpin Pas tegas menolak dakwaan parti itu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Mereka menyifatkan cerita kerjasama atau persefahaman politik itu sebagai fitnah memburukkan Pas walaupun presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang, mengakui pernah mengusulkannya selepas PRU2008.

Cadangan Ustaz Hadi bukan sahaja ditolak Pakatan Rakyat, malah tidak diterima sebahagian besar pimpinan Pas sendiri. Ada usaha membentuk kerajaan perpaduan Pas-Umno di negeri Selangor dan Perak, dengan menjanjikan Adun Pas sebagai menteri besar, namun majoriti pemimpin Pas tetap setia berpegang janji bersama DAP dan PKR.

Lebai sangat musykil bagaimana seorang bekas ketua pengarang tidak dapat membezakan diantara Kerajaan Perpaduan (unity government) dengan UMNO yang diakui Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang dengan Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO.

Sepatutnya Ahmad Lufi jelas bahawa Presiden PAS memang memberikan idea tentang unity government ini dan idea ini baik kata Tuan Ibrahim tetapi ramai pimpinan PAS tidak faham. Kalau mengikut kefahaman lebai idea ini disabotaj oleh beberapa kepimpinan PAS sehingga Ustaz Hadi menarik semula.

Kenapa lebai kata idea ini sangat baik dan mungkin tidak sesuai buat masa sekarang.

Satu, kalau Lutfi boleh menginggati pekerjanya bernama Haris Zalkapli semasa Ahmad Lutfi Othman ada satu syarikat Penebitan Pemuda mungkin Ahmad Lutfi boleh membaca tulisan Haris berkenaan bagaimana idea Kerajaan Perpaduan Presiden PAS ini menjadi satu kertas kajian ilmiah di sebuah Universiti di Prancis.
Universiti berkenaan memuatkan empat esei. Satunya ialah "Moral Politics: Unity Government, September 16 and the Contestation of Ideas in the Malaysian Islamic Party"





Mungkin Ahmad Lutfi faham tentang idea atau tulisan politik menjadi bahan ilmiah seperti mana Prof. Muhammad Agus Yusoff cuba untuk mengilmiahkan buku-buku penulisan politik Ahmad Lutfi dengan syarat Ahmad Lutfi mesti mempunyai Ijazah.

Kenapa Idea Presiden PAS hebat. Tapi Malang disabotaj oleh puak IRC/IKRAM dalam PAS.


Pada 15 Jun 2013 The Malaysian Insider menyiarkan; (oleh kerana TMI telah ditutup lebai berikan link blog Nordin Ali yang mengulas perkara ini. Klik di sini)
Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.


“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.


Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

26 Januari 2014 Malaysiakini menyiarkan tajuk "Anwar ajak BN, rakyat capai konsensus nasional" antara lain boleh difahamkan;
Demi mencapai konsensus nasional Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak BN untuk berdialog, antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan, kebencian antara agama, masalah tadbir urus negara, ketelusan dan isu kebertanggungjawaban.
Ucapan YB Wong Chen, Ahli Parlimen Kelana Jaya di Majlis Jamuan Hari Raya, Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya pada 1 September 2013 memberitahu bahawa Anwar mahu Unity Government.


Kenapa Bila Ustaz Hadi mereka marah tapi bila Anwar semuanya betul?


Pada 22 Mac 2015 The Star menyiarkan; (sila baca di sini)
Veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan baharu yang dikenali sebagai "Save Malaysia" (Selamatkan Malaysia) yang terdiri daripada ahli dari pelbagai latar belakang politik berbeza yang bermatlamat untuk memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
Berucap pada majlis makan malan ulang tahun DAP Bukit Bintang pada Ahad, Lim mendakwa ahli-ahli politik dari kedua-dua pihak dalam jurang politik akibat perbezaan fahaman pada masa ini dapat menangani skandal dan konflik ideologi politik dan agama antara wakil pakatan masing-masing.
Perenggan muqadimah tersebut Ahmad Lutfi seperti tidak jujur berhujah dengan cubai mengaitkan Kerajaan Perpaduan dengan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS seolah-olah cadangakan Ustaz Hadi selepas PRU2008.

Mereka membenarkan Anwar dan Lim Kit Siang tapi menolak Ustaz Hadi. Kenapa?

Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO

Kerajaan UMNO-PAS di Selangor dan Perak pula adalah tercetus kerana ada pertemuan secara tidak langsung oleh pihak UMNO melalui Khir Toyo dengan Dr Hassan Ali di Salangor dan Inisiatif Tan Sri Harussani.

Maklumat yang ada pada lebai bahawa JANJI PERTEMUAN ini dibuat melalui orang yang boleh menghubungkan antara UMNO (Khir Toyo) dengan PAS (Dr Hassan Ali) ialah Ahmad Lufti Othman sendiri. Anggap ini tuduhan lebai kepada Ahmad Lutfi. Apa yang perlu Ahmad Lutfi jawab ialah ya atau tidak sahaja.


Walaupun Ahmad Lufi banyak menyerang Khir Toyo. Ada pula cerita Khir Toyo santau Ahmad lutfi sehingga sakit. Tapi cerita akhirnya Ahmad Lutfi Othman rapat dengan orang kanan Khir Toyo, iaitu setpolnya, Dr Karim Mansor. Lebai dapat maklumat bahawa pertemuan awal Dr Hassan Ali, Mustaffa Ali dengan UMNO Selangor adalah melalui Ahmad Lutfi Othman. Ikhlas lebai nak kepastian... Ini bukan soal Ahmad Lutfi Othman setuju atau tidak setuju dengan pertemuan ini.

Pertemuan pertama tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat kerana Cikgu Pa (Mustaffa Ali) rasa dia Ketua Lajnah Politik dan senior dalam PAS dia rasa dia lebih layak buat keputusan. Lebai berhenti disini. Kalau nak bahas mungkin panjang lagi.

Adakah Ustaz Hadi Menjadi Penentu Hubungan PAS-UMNO selepas PRU12 di Selangor dan Perak. Untuk berlaku adil kita dapat maklumat daripada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang menjadi pengerak utama perpaduan PAS-UMNO di Perak.



Tan Sri Harussani Zakaria ada mengulas mengenai usaha gabungan UMNO-PAS di Perak. Tan Sri Harussani Zakaria menulis;
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengikut maklumat yang lebai tahu Tan Sri Harussani Zakaria tanpa dipengaruhi sesiapa dia berfikir adalah lebih untuk Perak UMNO-PAS bergabung. Kebetulan pada masa itu PAS hanya berpakat dengan PKR dan DAP keluar daripada BARISAN ALTERNATIF. Sebenarnya tak wujud lagi PAKATAN RAKYAT. TS Harussani tak tahu pun Selangor boleh buat Pakatan PAS-PKR-DAP.

Dengan inisiatif sendiri dia memandu dalam keadaan hujan lebat untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan kerana dia tidak begitu rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS.

Satu perkara yang lebai nak minta pembaca berfikir, pada masa itu TGNA tak rasa dirinya lebih daripada TGHH sebagai Presiden. Dia penasihat parti melalui Majlis Syura. Sebab itu dia menjawab yang boleh membuat keputusan hanya Presiden. [Kemudian jadi porak peranda dalam PAS bila ada penghasut -- yang ini Ahmad Lufti tak nak cerita ke?]

Tan Sri Harussani Zakaria menulis
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.
Sakali lagi lebai nak pembaca berfikir secara matang bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) juga tidak mengunakan kuasa Presiden dalam memutuskan isu gabungan UMNO-PAS di Perak cadangan TS Harussani, Mufti Perak.

Pada permulaannya Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) bersetuju, TGHH pun bersetuju tapi yang tak setuju ialah Ahmad Awang. Dr. Haron Din bersetuju dan mengikut maklumat beliaulah yang minta Ahmad Awang berfikir semula.

Bila perkara ini dibawa dalam mesyuarat AJK PAS Pusat keputusan akhir perkara ini tidak dipersetujui. Memang setiap perkara mesti ada yang setuju dan tak setuju. Itu PERKARA ASAS.
Contoh katalah mesyuarat nak tukar "tulisan head" HARAKAH daripada merah kepada oren. Mesti ada yang setuju merah dan ada yang setuju oren. Keputusan akhirnya merah dikekalkan. Takkan kita nak dedah Tarmizi Mat Jam (Kini calon AMANAH) dulu nak Oren. Kemudian blogger kutuk dia. Fikirlah secara rasional.

Soalnya kenapa UG masih menjadi Isu?
Ini Ahmad Lufi tidak mengulas pula.

UG digunakan oleh satu puak dalam PAS untuk hentam satu puak lagi dalam PAS.
Maklumat UG bocor. Mesyuarat AJK PAS Pusat bocor kemudian media massa mesyerang mana-mana pimpinan yang tidak disetujui. Wartawan Harakah menjadi pusat tempat berkumpul kumpulan yang membuat serangan. Wujud kumpulan "usrah barbican" yang merencana perjalanan PAS.


Abu Bakaq (Penarik Beca) misalnya menulis, ustaz Nasaruddin Mat Isa pergi ke London kononnya nak dapatkan kebenaran Ikhwan nak bergabung dengan UMNO. Ini fitnah kerana Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak pergi pun ke London. Ustaz Nasaruddin di serang hebat. Akhirnya Ustaz Nasaruddin tersingkir dek fitnah. Ustaz Nasaruddin kini rapat dengan UMNO maka kita pun bertepuk tangan kerana tuduhan kita betul. Siapa nak jawab disisi Allah?

Kita serang Dr Hassan Ali. Kita bangga bila Dr Hassan Ali kena pecat. Akhirnya Dr Hassan Ali tidak minat dengan politik dan mengikut jamaah tabligh, katanya lagi tenang fikiran. Kita tepuk tangan ramai-ramai kerana berjaya singkirkan kononnya Dr Hassan nak bersama UMNO. Sepatutnya Hassan Ali dah jadi ahli UMNO selepas dipecat tapi tidak, menunjukkan tuduhan tak betul.

...habis 2 peranggan ulas tulisan Ahmad Lutfi. Kita sambung lagi.


2. Sikap DAP, Ahmad Lutfi memutar maklumat hanya salahkan PAS.
Ahmad Lutfi menulis;

Penyokong Pakatan Rakyat menarik nafas lega di atas ketetapan Pas itu. Namun tanpa diduga, ia tidak terhenti di situ sahaja. “Permainan” Umno belum tamat. Mereka memandang jauh ke hadapan. Survival Umno sebagai penguasa terancam jika Pakatan dibiarkan berkembang secara semulajadi, dengan Anwar Ibrahim sebagai pengemudi kebangkitan rakyat itu.

Jarum terus dimainkan untuk menanam rasa curiga dan sangka buruk, khususnya di antara Pas dan DAP. Dalam masa sama, digambarkan Pakatan Rakyat gagal menjaga kepentingan Melayu-Islam, mudah bertolak ansur dengan tuntutan ultra-kiasu.

Kebetulan ada aksi dan kenyataan pemimpin DAP tertentu yang boleh dimanipulasi dan dieksploitasi bagi membayangkan parti berkenaan bersikap prejudis dengan Islam. Sikap kritis dan berani mempersoalkan, dianggap anti-Islam atau tidak sensitif dengan Islam. Walhal ia hanya perlu ditangani atau dijawab dengan hujah munasabah dan bijaksana sahaja.
Betul ke apa yang Ahmad Lutfi menulis tentang PAS serang DAP?? Lebai bersangka baik mungkin semasa itu Ahmad Lutfi sakit dia kurang baca akhbar.





Dalam sebulan ada 30 hari. 30 hari pimpinan DAP membuat serangan kepada PAS. Tapi seoorang bekas ketua Pengarang Harakah boleh salah PAS, salahkan Abdul Hadi Awang. Ini lebai tak boleh nak berhujah.

3. King Maker adalah Strategi, bukan Idea dan bukan Matlamat PAS. Strategi boleh berubah, Ini Ahmad Lufti kurang jelas dalam dia menulis buku "Kenapa Mahathir"


Lebai cuba nak mudahkan perbahasan. Kerajaan Perpaduan, Konsensus Nasional adalah idea. Manakala King Maker adalah strategi. Nak buat strategi kena ada idea. Kena faham tu!!

Pembaca kena jelas untuk jatuh kerajaan BARISAN NASIONAL strategi terbaik ialah TAHALUF SIYASI. Ada orang kata pimpin PAS sekarang tolak tahaluf (gambungan pembangkang) itu TIDAK BENAR.

PAS sedar TAHALUF adalah terbaik setakat ini nak jatuhkan BARISAN NASIONAL/UMNO. Tapi Islam ada mengariskan tentang bertahaluf. Islam ini agama kita, bukan mengajar kita cara basuh berak aje... Tapi tahaluf pun ada caranya.

PAS tak boleh bertahaluf dengan DAP kerana DAP telah khianat TAHALUF. Kalau lebai hurai di sini mungkin artikel ini mencapai 100 muka surat dan lebai boleh buat buku "KENAPA BUKAN MAHATHIR". Boleh jual.. ada juga pendapatan.

Ahmad Lutfi menulis;

Hudud mainan Umno telah mengaburkan pertimbangan waras tentang perjuangan rakyat. Malang sekali, begitu mudah Umno mempermainkan sentimen dan emosi orang Pas dengan umpan murah, untuk terus kekal berkuasa.
 

Mainan UMNO 100% bukan. Kita kena study daripada awal. DAP awalnya tak tolak hudud. Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.


Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menetang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.


Jadi nak ringkas baca di sini "Kenapa Dulu DAP Tak Tentang Hudud Tapi Sekarang DAP Tentang Hudud?   Tulisan ini juga menjawab beberapa persoalan berkenaan hudud yang ditulis Ahmad Lutfi  kononnya permainan UMNO. Memang UMNO ambil kesempatan tapi sebenarnya DAP berubah. Baca lebai dah tulis panjang lebar di situ.

PAS juga tak boleh tahaluf dengan PKR kerana PKR juga khianat PAS. Ini boleh rujuk keputusan Miuktamar. Kalau tulis panjang juga.

Jadi PAS kena bertanding sendiri.

Satu soalan kepada pembaca, Kalau PAS bertanding sendiri boleh menang ke PAS?
SUDAH TENTU JAWAPANNYA TIDAK

Jadi PAS nak bodoh macam tu ke??

PAS kena cari strategi untuk sekurang-kurangnya boleh berfungsi maksimum selepas PRU-14. itu datangnya strategi "King Maker". Daripada kalah bodoh!!

Ini menunjukkan pimpinan PAS yang ada sekarang kononnya lebai-lebai belaka, kononnya tak ada profesional bijak mengatur strategi dalam keadaan terdesak. Macam semasa Ahmad Lutfi sakit dah hilang keyakinan untuk sembuh. Cara yang tak bagus dan kontroversi dengan Harakah pun Ahmad Lufti terpaksa buat. Semasa Ahmad Lutfi tak boleh bekerja 2 tahun lebih tetapi masih dapat gaji penuh. Begitu juga semasa Ahmad Lutfi sakit mempertahankan jawatan ketua pengarang, dengan tongkat pun Ahmad Lutfi sanggup meredah seluruh Malaysia kena tunjuk yang dia boleh bekerja... Itu pun strategi juga.

Lebai pernah menulis bahawa Ahmad Lutfi ketinggalan dalam membuat analisis terutama tentang PAS. Mungkin dia boleh menulis tentang AMANAH sebab dia terlalu akrab sekarang ini. Tapi PAS dia banyak ketinggalan. Lagi pun maklumat PAS Pusat tidak bocor, dan PAS kurang membuat kenyataan melainkan melalui liqa fikri, munagasah, usrah dll.

King Maker itu semasa PAS nak bertanding 80 kerusi dan cuba mencapai target menang 40 kerusi. Kini tidak lagi. Kenapa lebai kata begitu. Sepatutnya Ahmad Lutfi boleh hubungi sahabatnya yang masih kekal dengan PAS yang mungkin ada maklumat tentang strategi baru PAS.

Pertama : Kenapa PAS giler-giler nak bertanding PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ada usaha Azmin (PKR) nak ambil Sungai Besar dan memberi lalu kepada PAS di Kuala Kangsar. Tapi PAS tolak. PAS tolak kerana pakar strategi PAS mahu satu indikator untuk PAS mengukur kekuatannya setelah PAS di serang hebat kerana tidak bersama dengan HARAPAN.

Masa ini ahli PAS pun ada yang percaya PAS dan UMNO akan bergabung sama seperti apa yang Ahmad Lutfi percaya. Ada ahli UMNO juga percaya.



Dr Mazlan Ali (Penganasilis Parti AMANAH) kawan baik dan sumber rujukan Ahmad Lutfi telah mengemukan kajiannya tentang PAS.  Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kajian jangan main-main!!

Tapi kajian tersebut boleh dibakulkan setelah ahli PAS kembali semula kepada PAS. Sokongan Cina dan India ada juga berubah dan PAS mendapat kepercayaan apabila Mahathir menjadi pimpinan HARAPAN. Itu faktor paling utama ramai ahli PAS tak pening lagi.



Daripada keputusan PRK Kuala Kangsar ini menunjukkan penyokong teras PAS masih tidak berubah. Lebai mendapat maklumat daripada bilik gerakan PAS bahawa sekitar 200 undi sahaja pengundi PAS yang hilang. Bermakna PAS masih utuh melainkan pengundi atas pagar dan sokongan Cina sahaja lari hampir 100%.

Ada yang menarik daripada dapatan keputusan Pilihan Raya Kecil ini ialah ada sedikit sokongan daripada masyarakat India.

PAS mengatur strategi baru dengan menumpukan kaum India pada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berbanding dengan Cina. Hasilnya sangat menajudkan. Kini DHPP mencapai 10,000 ahli selepas pemutihan dilakukan. (anda boleh lihat di telegram di sini)

PAS juga menyediakan tapak untuk GAGASAN SEJAHTERA (GS). Ramai yang kondem GS, apalah hanya PAS aje. BERJASA, IKATAN.. tu parti ke??

Tapi PAS bersabar, sebab kena buat tapak barulah kita dapat hasilnya... Kalau tak ada tapak macam mana nak mula?



Sekarang bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Kumar adalah antara 54 calon PAS dan Gagasan Sejahtera yang akan bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kumar, 45, yang juga Presiden Parti Generasi Baru (NewGen) akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata yang terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands.


Kita masih ingat April 2017 Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.

Dulu NewGen nak masuk HARAPAN jumpa Mahathir tapi Mahathir buat tak layan aje. (Baca di sini)  Jumpa PAS, PAS terima dan jadikan calon PAS kerana bagi PAS jika PAS dapat 10% sokongan bukan Islam PAS boleh menang.

Target PAS daripada King Maker kepada Memerintah


Target PAS berubah bila bertanding 160 kerusi. Letih lebai menulis, jadi lihat sendiri perlancaran  Sila klik di sini. Perlancaran Dokumen Malaysia Sejahtera pada 23 April 2018 lalu PAS target mencapai simple majoriti.


Paling menarik ialah laporan Tan Sri Khalid Ibrahim tentang pencapaian PAS, sokongan bukan Islam dan Targetnya PAS akan menang di Parlimen Shah Alam. Ini penting kerana TS Khalid Ibrahim bukan jenis orang yang bercakap banyak dan dia bukan orang suka sembang lebih. Dia menterai komitmennya dengan "kertas pelan" Shah Alam akan jatuh ke tangan PAS pada PRU-14 nanti dengan pencapai undi 44,000 ++. Anda boleh ikuti ucapanya di sini.

DENGAN INI SAYA MENOLAK PENDAPAT YANG KATA UNDI PAS MEMBAZIR.
KERANA PAS AKAN MEMERINTAH BEBERAPA BUAT NEGERI SERTA MENGUASAI MALAYSIA DENGAN SIMPLE MAJORITI.


 

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger