Anwar Musykil kepada PAS atau Wan Azizah?


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim musykil terhadap alasan di sebalik tindakan PAS memutuskan hubungan politik dengan partinya.

Anwar berkata alasan yang diberikan, terutama dalam kaitan dengan RUU355, adalah tidak tepat.

"Ternyata pimpinan PAS tidak meneliti kenyataan saya dan presiden PKR (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) yang menghormati hak Datuk Seri Hadi Awang (untuk mengusul pindaan tersebut) dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan," kata Anwar.

Dakwaan tidak penyokong usul pindaan Hadi adalah salah satu daripada sebab yang dinyatakan oleh majlis syura PAS apabila ia secara rasmi memutuskan hubungan politik dengan PKR pada Khamis lalu.


Semenjak 2015 lagi kenyataan PKR tidak menyokong RUU 355 telah disiarkan oleh sebahagian besar akhbar pembangkang termasuk Malaysiakini. (Anwar Ibrahim boleh rujuk di sini)

"Sekiranya Rang Undang-undang Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata PKR dalam satu kenyataan media bersamanya hari ini.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali; Naib preside Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.


Tapi lebai pelik juga, semalam ada kenyataan kononnya Wan Azizah tidak menolak Hudud atau  RUU 355. INI YANG SEPATUTNYA "DIMUSYKILKAN"!!!

Ini mengikut analisis politik CAKAP BERBELIT-BELIT untuk kepentingan semasa!

Ada beberapa perkara yang Anwar patut tanya Rafizi dengan jelas (kerana Rafizi bukan boleh dipercayai sangat, suka kencing)



Pertama adakah Anwar tahu dan sedar bahawa "precouncil" Ahli Parlimen PKR pada pagi sebelum pembentangan RUU 355 sudah memutuskan untuk menolak RUU 355? Kalau Anwar masih ragu dan MUSYKIL jawapan Rafizi, Anwar boleh tanya YB Kelana Jaya, Wong Chen kerana dia ada menulis dalam FBnya  mengenai perkara ini.



Kedua adakah Anwar tahu dan sedar antara yang bangun di dalam Dewan sebelum perbentangan RUU 355 mempertikai dan menentang pembentangan RUU 355 ialah Ahli Parlimen PKR Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan PKR Alor Setar, Gooi Hsiao-Leung?


Adakah Anwar tahu dan sedar adanya pemimpin PKR (termasuk Rafizi dan Saifuddin) yang datang berceramah di Kelantan dan berikrar bersama PAN untuk merampas dan menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan? 



Adakah Anwar tahu dan sedar bahawa YB Rafizi bersama DAP dan PAN membuat sidang Parlimen selepas perbentangan RUU 355 dengan membuat tuduhan ada pimpinan PAS menerima wang 1MBD dan kemudian menukar kepada kenalan rapat pimpinan dan menukar lagi kepada bekas pimpinan PAS?

Itu sebahagian kecil, kalau lebai senaraikan semuanya sudah pasti tak larat nak dibaca nanti.

Harap selepas ini Anwar Ibrahim TIDAK MUSYKIL lagi...


Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
May 14, 2017 at 9:49 PM

Rajyat yg semakin keliru. TGHH PRESIDEN KATA TAKNAK DGN BN SEBAB PIKUL BIAWAK DGN LAGI BESAOR BIAWAK. Tiba2 hasim jasin musidul pulak kata bole kejasama dgn umno. Semakin keliru inikah yg dikatakan dlm hadis ttg agamawan yg menjual agama diakhir zaman. Cakap semuanya bebelit2. Rakyat semakin derita dgn kos sara hidup. Sosial semakin parah. Agamawan mencari habuan duniawi. Isu rakyat diketepikan hanya seronok petahan prinsip diri aje. Muktamar pun jadi tempat maki hamun ikrar jahamanam dgn guna ayat2 Allah. Malulah dgn bukan islama yg melihat agamawan islam bak pelawak dan clown dlm sarkas. Tak takutke dgn kemurkaan Allah wahai irg2 yg berilmu tetapi berakhlak bruruk. Yg pastinya pakaian tak melambangkan diri sebenar kamu.

May 14, 2017 at 10:35 PM

Anonymous May 14, 2017 at 9:49 PM
Awak tak faham politik. Itu kenyataan politik untuk menyerat UMNO kerana PAS sekarang menyasarkan ahli UMNO.

May 14, 2017 at 11:39 PM

apsal tak komen arwah tgna cakap bubar pas bila umno terima bubar dasar kebangsaan dan tukar kepada dasar islam ? rajin2 la bukak harakahdaily berlambak artikel bela hak rakyat,1mdibibid, rasuah, hatta pasal babi pun ada. kebod rosak ke apa.. hadooiii

Anonymous
May 14, 2017 at 11:59 PM

1 kata nak jerat yg 1 kata dlm harakah pun ada pasal babi. Duk baca aje pun tak guna yg buat nya lain. Seronok dibodohkan oleh tulisan2 dlm majalah. Cuba tgk anugerah abph mlm ni. Duk peluk2 bukan muhrim takda ke walaun nak protes ke demo ke. Pasal selena gomez beria2. Dah tentu diatu bukan islam. Yg ni majoriti islam. Takkan tutup mata aje. Kata hebat islamnya. Kat jalah ada kuar tak esok

Anonymous
May 16, 2017 at 10:00 PM

Kesian Anwar dan Kak Wan...nak kuasai ph gagal. Nak mendominasi politik negara pun gagal. Baikilah diri.

Anonymous
May 16, 2017 at 11:20 PM

Anon 11:59

Konsert selena gomez ditegur adalah baik...Abph yg berpeluk tu pun baik juga bila anda tegur. Terima kasih kerana memberi kepercayaan dan mengharapkan agar Pas yang menegur instead of kerajaan memerintah yg menegur. Saya juga faham anda juga tidak boleh mengharapkan pakatan liberal untuk menegur...

Diatas kepercayaan kamu itu nanti pilihlah Pas didlm Pru14... mencegah itu lebih baik... sepertimana mencegah konsert2 terbuka adunan barat yg cuba menyelinap masuk kedalam masyarakat. Jika budaya negatif itu sudah masuk mmg agak sukar serta mengambil masa untuk diperbaiki sepertimana budaya peluk didlm Abph tu, akibat kealpaan kerajaan sekarang. Jadi terima kasih sekali lagi kerana memberi kepercayaan kepada Pas untuk memperbaiki kerosakan budaya yg telah berlaku diMalaysia ini InsyaAllah...

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger