Kesian Lutfi, buat analisis tentang PAS sedangkan dia kini “buta” berkenaan PAS



Banyak kali kawan-kawan minta lebai mengulas artikel Ahmad Lutfi, bekas pengarang Harakah yang kini menulis dalam akhbar AMANAH (PAN). Seperti lebai menulis sebelum ini, analisis Ahmad Lutfi sudah tidak relevan dengan politik semasa kerana Lutfi sudah tidak mempunyai maklumat dan sumber seperti dulu. Dia hampir putus dengan maklumat terkini.

Kita masih ingat bagaimana Syed Hussin seorang penulis politik yang akhirnya hilang begitu sahaja disebab dua faktor. Satu sumber maklumatnya 'melarikan diri' dan dulu bukunya selalu diedit oleh Dinsman tetapi apabila dia menerima wang kerana penulisan Dinsman sudah tidak lagi mengedit buku-buku politiknya sehingga bukunya menjadi "tawar".


Kita juga kenal Sayuti Omar, daripada penulis yang berkrisma kemudian menjadi penulis 'rubbish' apabila dia mengambil pendekatan untuk membuat analisis memuaskan nafsu sesetengah 'kawan' atas bayaran tertentu. Dia juga hilang sumber maklumat politik daripada PAS.

Orang Sakit Perlu Motivasi


Berbalik kepada Lutfi. Pertama dia sakit. Orang yang sakit perlu motivasi untuk menyakinkan diri bagi meneruskan apa yang telah mewarnai diri dan kehidupannya dalam dunia penulisan. Lebai akui jarang orang macam Lutfi yang boleh bergerak semula setelah 26 bulan Harakah memberikan 'keistimewaan' yang jarang diperolehi oleh pekerja Harakah lain.

Dulu Lutfi boleh menulis mengenai politik UMNO. Dia juga mampu menulis dengan baik analisis politik Pakatan Rakyat. Semua ini berlaku kerana ada orang UMNO mahu Lutfi mendedahkan sesesuatu bagi tujuan tertentu. Ini dipanggil sumber maklumat.

Tapi kini Lutfi hilang semuanya.

Apabila Harakah memberhentikannya atas banyak sebab dia makin hilang dan menjadi hampir putus asa. Sedikit cahaya apabila puak-puak Harakah yang berpaling tadah membina satu akhbar bagi menyiangi Harakah yang kini dikenali AMANAH (PAN). Mereka bukan menyaingi malah cuba menghancurkan Harakah dengan menyekat saluran pengedaran Harakah. Bilangan cetakkan AMANAH pun hampir sama banyak dengan Harakah bagi menutupi pengedaran Harakah terutamanya di bandar-bandar.

Akhbar PAN akan menjadi kuat jika Zul Solong, Taufik dan Lutfi bergabung sekali membina akhbar baru, Ini ditambah pula dengan penulis-penulis Harakah lama berpengalaman yang berfikrah PAN turut membantu.



Zul Solong menggunakan nama pena apa pun dalam akhbar AMANAH (PAN) dia tidak boleh menulis melainkan isu-isu berkaiatan dengan PAS. Itulah kemampuan dia. Dulu dia kekerja dengan MalaysianInsider analisis Zul Sulong tidak labih isu-isu berkaitan dengan PAS. Zul Sulong bukan penulis politik. Malah dia gagal dan kurang berfungsi di MalaysianInsider.

Kini dia menerajui akhbar AMANAH (PAN) dan jangan hairan kalau lebai kata akbar AMANAH (PAN) akan alami nasib yang sama dengan akhbar-akhbar baru lain. Kesian kepada Khalid Samad terpaksa memikul biawak dalam akhbar AMANAH (PAN) yang Harakah dah 'calar balar' kerana memelihara biawak ini dalam Harakah banyak tahun lalu disebabkan biawak ini sangat rapat dengan Cikgu Pa.

Kenapa Lutfi mengimbau kembali Pertemuan dengan LGE 2010?

Petikan analisis Lutfi "Saya teringat pertemuan pada bulan Ramadan 2010 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Waktu itu, saya masih uzur selepas beberapa bulan menjalani operasi pembedahan jantung. Setiausaha Agung DAP itu memberitahu saya, beliau yakin hubungan baik antara Pas-DAP mampu dipertahankan sekurang-kurangnya jika masih ada dua tokoh, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang.


Saya tak pasti Lutfi sedar atau dia lupa bahawa hubungan PAS-DAP tidak baik ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih hidup lagi dan Muktamar 2015 adalah kemuncak pertembungan 2 golongan dalam PAS.

Lutfi seolah-olah meninggal dan menepikan faktor bagaimana DAP dan sesetengah pimpinan PKR cuba mempengaruhi keputusan Muktamar PAS 2015.

Atas faktor Apa Lutfi Kata Wujud Nilai Tambah Kepada PAN?
Lutfi menulis "Secara umum, Amanah akan diberikan kepercayaan mewakili Pakatan Harapan, di kawasan-kawasan yang pernah ditandingi Pas. Pada 2013, Pas menang 15 daripada 21 kerusi Dun. Dengan kehadiran satu lagi parti baru, Bersatu, dipercayai Amanah akan memberi laluan kepadanya, terutama di kerusi yang Pas kalah ataupun di kawasan majoriti pengundi Melayu, khususnya di sekitar Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Selangor."

Sekali lagi Lutfi tertinggal dengan maklumat yang sangat penting berkenaan keputusan Pilihan Raya kecil Sungai Besar. Lutfi sepatutnya membaca semula analisis Malaysiakini (tak payah rujuk analisis PAS) berkenaan keputusan PRK Sungai Besar.

Analisis Malaysiakini (sila rujuk di sini) menunjukkan apa yang ditulis dalam analisis Lutfi tidak menepati maklumat yang sebenar.
Calon AMANAH kalah teruk di kawasan Melayu Sungai Besar dengan sesetengah peti undi, parti itu gagal mendapat lebih daripada 20 undi.
Manakala bagi peti undi di kawasan Melayu, PAS masih boleh menyaingi BN. Beza undi kedua-duanya antara 50 hingga ratusan undi sahaja.

Contohnya, peti undi bagi saluran di Kawasan Melayu Sungai Leman Kampung Darat, AMANAH mendapat 25 undi, BN (275) dan PAS (105).


Manakala peti undi bagi saluran Kawasan Melayu Sek Keb Tok Khalifah pula seperti berikut: AMANAH 7, BN (157) dan PAS (100).


Bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada AMANAH dan BN dengan kebanyakannyaberbeza tidak lebih 50 undi.


Hal ini menunjukkan BN masih boleh bertanding dengan AMANAH dan mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.


Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN.


Contohnya, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan - AMANAH mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).


Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan AMANAH memperolehi  171 undi, BN (154) dan PAS (33).
Lutfi Tiada Sumber Sekadar Menjadikan kenyataan pimpinan PAN sebagai sandaran hujah analisisnya.

Seperti lebai kata sebelum ini, Lutfi tiada sumber. Dia bukan sahaja tiada sumber daripada PAS malah daripada sumber PAN pun Lutfi sudah terputus. Mat Sabu? Husam Musa? Khalid Samad?

Seperti Zul Sulonng, Lutfi sekarang ini hanya mampu menulis analisis berkenaan PAS sahaja. Untuk menulis berkenaan PAS, dia perlu sumber. Siapa sumber maklumat PAS untuk Lutfi? Ustaz Idris Ahmad? Rasanya tidak ada. Hanya ada teori-teori rakan PAN yang dulunya PAS membuat andaian itu dan ini bagi Lutfi menulis.

Bila Lutfi tiada sumber, dia menulis mengikut apa yang sekadar dia baca di media sosial. Jadi tidak hairan dia mengulas mengenai Iskandar Samad berdasar kepada kenyataan daripada Izham Hashim. itu bukan analisis. itu sekadar menyambung tohmahan sahaja.





Sepatutnya Lutfi mengambil analisis keputusan Muktamar PAS 2017 yang baru berlangsung bagaimana Iskandar Samad boleh kekal jawatan.

Pada Muktamar 2015 keputusan untuk Naib Presiden PAS adalah seperti berikut:-

Ustaz Idris Ahmad - 896
Mohd Amar Abdullah  - 710
Iskandar Abdul Samad  - 672
Salahudin Ayud  - 435
Mahfuz Omar  - 378
Husam Musa  - 317

Manakala Keputusan Naib Presdien PAS pada Muktmar 2017,

Idris Ahmad  - 1062
Mohd Amar Abdullah  - 950
Iskandar Abdul Samad  - 703
Nasruddin Hassan - 487

Lebai tak nampak penyingkiran kepada Iskandar Samad. Malang bagi Lutfi boleh membuat analisis dengan maklumat tohmahan jahat PAN kepada PAS. Lutfi mencemar dirinya cuba membuat fitnah (bahasa penulis persepsi buruk) kepada Iskadar Samad.

Lutfi cuba menghidupkan UG UMNO-PAS bagi menguatkan analisis yang kononnya akan ada ADUN PAS keluar PAS kerana ada gabungan UMNO-PAS. Lebai tak pasti Lutfi yakin dengan penulisannya sendiri atau sekadar memenuhi tuntutan kerana terpaksa menyedoalam artikel analisis setiap minggu?

Setakat ini lebai belum jumpa hujah kontrit Lutfi berkenaan ada atau wujudnya UG UMNO-PAS. Lebai rasa Lutfi kena ambil sedikit masa untuk membaca BPMS (budaya politik matang dan sejahtera) untuk memahami kenapa PAS memilih lunak dengan UMNO.

Lutfi Gagal Memahami Pengunduran Cikgu Pa


Pengunduran Cikgu Pa adalah lebih kepada permintaannya sendiri. Cikgu Pa mula tidak meminati politik semenjak berlaku krisis dalam PAS sebelum 2015 lagi. Perkara ini diluahkan kepada orang rapat dengan beliau. Hanya hubungan dia dengan TGHA membuatkan dia masih kekal dalam PAS dan muktakhir ini dia banyak bertembung pendapat dengan penasihat-penasihat Presiden.

Satu perkara Lutfi kena tahu, Cikgu Pa yang dikatakan bersikap terbuka sebenarnya SANGAT KERAS dengan PAN. Bagi dia PAN mesti dihapuskan dulu baru PAS boleh bergerak dengan jaya. Cikgu Pa tidak melihat PRU-14 tetapi lebih mendongak PRU-15 selepas PAN tidak wujud lagi.

Untuk akhirnya Lutfi juga kena tahu Cikgu Pa sekarang sudah pandai membalas SMS, berwhatsapp. Harap Lutfi tidak lagi "buta" berkenaan PAS.



Share this article :
 

+ comments + 4 comments

May 9, 2017 at 10:12 PM

Harap ada komen/ulasan tuan dari tinta MSO yang berkisar tentang UG, http://msomelayu.blogspot.my/2017/05/warkah-mimpi-yang-terganggu-buat-abdul.html . Dari dulu analisis menyeluruh, termasuk bn sekarang tertumpu hanya pada pas sahaja.

May 10, 2017 at 2:45 AM

"SHIT" masih relevant.

Anonymous
May 10, 2017 at 7:17 AM

Mantan ni resign...kene buang bkn mantan per se

Anonymous
May 12, 2017 at 8:22 PM

Penulis tu sedar pas masih kuat. Itu sbb tulis macam meroyan je..

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger