Kajian Bebas mendapati PAS paling popular, diikuti BN dan PKR



Satu tinjauan seluruh negara yang dijalankan oleh kumpulan yang kini sudah menyertai PPBM (BERSATU) mendapati PAS parti politik paling popular di negara ini, diikuti Barisan Nasional dan PKR.  Responden juga menyukai PAS mengetengahkan lebih ramai calon ulama dan menjadikan hudud sebahagian daripada manifesto parti itu.



Pada sidang media mengumumkan hasil tinjauan itu, ahli majlis tertinggi PPBM Datuk Rais Hussin berkata tinjauan dipimpin 7 profesor universiti awam, yang tidak didedahkan identiti mereka, dan dijalankan oleh 45 pembanci yang melakukan tinjauan secara bersemuka di kawasan pilihan raya.

Kita tahu, pimpinan Bersatu bukan mesra PAS, apatah lagi bila PAS putus hubungan dengan Bersatu sebelum muktamar baru-baru ini.


Tapi mereka jujur mengemukan hasil kajian tidak seperti Rafizi mempergunakan kajian INVOKE untuk KENCING rakyat kononnya PAS tak dapat sambutan walaupun sokongan PAS 21% melebihi PH.

Tinjauan mengambil pandangan 3,000 orang di 30 kawasan Parlimen yang dimenangi BN dan pembangkang, termasuk Sabah dan Sarawak. Responden ditanya mengenai pendirian mereka mengenai parti politik.
Ketika ditanya adakah mereka menyokong PAS, 44.4% jawab sokong, sementara 38.9% tidak pasti dan 16.7% tidak. Ini bermakna daripada 38.9% PAS mampu menarik 50% sokongan PAS boleh bertambah kepada 63.9% sokongan.


Ditanya adakah mereka menyokong BN, 36.2% jawab sokong, 36.6% tidak pasti dan 27.7% tidak. Jika BN boleh marik 50% daripada yang tak pasti itu, bermajna BN boleh mendapat sokongan 54.5% dan ini masih rendah berbanding sokongan kepada PAS.

Mengenai PKR pula, 25.9% jawab sokong, 46.9% tidak pasti dan 27.2% tidak.

Responden juga ditanya adakah mereka menyokong DAP. Hanya 18% jawab sokong, 41.4% tidak pasti dan 40.6% tidak.

Maaf kajian dibuat oleh pihak BERSATU ini tidak mengambil kira parti PAN kerana sokongan parti itu dengan keahliannya tak melepas 'target' adalah tidak releven untuk dibuat kajian. JANGAN MARAH!

Mengenai MCA dan MIC pula, responden rata-ratanya terbahagi antara “tidak pasti” dan “tidak”, dengan hanya 14.3% sokong MCA dan 11.4% sokong MIC.

Responden juga ditanya sama ada PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tinjauan mendapati 38.1% menyokong idea itu, 44.3% tidak pasti dan hanya 12.1% bantah.


Mengenai apa yang PAS perlu lakukan, 38.4% bersetuju parti itu perlu ketengahkan lebih ramai calon ulama, 35.2% bersetuju hudud perlu menjadi sebahagian daripada manifesto, dan 29.5% setuju PAS perlu bersendirian.



Hanya 21.1% bersetuju PAS bekerjasama dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad, sementara hanya 14.8% berkata mereka bersetuju PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Menyentuh mengenai kerjasama PAS dengan Dr Mahathir dan pembangkang, lebih ramai responden membantah daripada menyokong, walaupun majoriti tidak pasti.

Rasanya sudah sampai masa penyokong PAKATAN HARAPAN untuk bersama PAS menjayakan agenda ISLAM. Kerana dengan Islam sahaja anda selamat. Semoga Allah berkati apa yang PAS perjuangkan demi AGAMA dan BANGSA dalam menyelamat Malaysia daripada Perompak dan Penyamum... kerana penyamum dan perompak serada menyelip dalam kem-kem Pakatan Harapan dengan suara "SUCI".


Share this article :
 

+ comments + 6 comments

May 10, 2017 at 11:33 PM

Syabas semua pengkaji.

May 11, 2017 at 11:08 AM

Invoke boleh buang ke laut lah...parti kencing rakyat je pkr ni

Anonymous
May 11, 2017 at 6:05 PM

Klu BN boleh tarik 54.5% and yet dr rais kata 50% rakyat x percaya pencerahan 1mdb...sumthing is not right dgn kajian ni

Anonymous
May 11, 2017 at 7:29 PM

3000 utk 50 kawasan parlimen atau 60 org utk 1 parlimen...boleh buat kajian tapi margin of error mesti lebih dari +/-10%. Utk bn dan pas tolak 10% utk bersatu add 10%. Aiya...mr pm 10%...sape ek? Dejavu....hahahaha igt dh pencen x main lagi persen2 ni

Anonymous
May 11, 2017 at 7:38 PM

1 parlimen lbh kurang 50 over thousands pengundi...so 60 dibahagi dgn jumlah pengundi di setiap parlimen....kurang dari 0.1%...mau percaya ke?

Anonymous
May 14, 2017 at 1:21 PM

ada link tak lebai Omar untuk kaji selidik tersebut ? Buat bacaan tambahan

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger