Buat Seminar Tok Guru Nik Abdul Aziz, Bila Mahathir Kutuk TGNA, Senyap Macam Tikus


Malam semalam siri 1, Jelajah SEMARAK (Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat) bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YB Dato' Seri Mukhriz Mahathir telah diadakan di Jitra Kedah.

Tun Mahathir dalam ceramah berkenaan banyak menyerang PAS termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Dia dah balik perangai macam 80an dulu.

Jelajah Semarak yang berojektif untuk selamatkan Malaysia daripada kerangkusan Najib telah menjadi medan menyerang PAS dan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang telah lama meninggal dunia.


Lebai tunggu juga komen atau bantahan daripada PEMUJA TOK GURU yang dulu buat seminar berebut dengan PAS dan keluarga Tok Guru kononnya Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah idola mereka.

Tak ada pun senyap macam tikus berada dalam beras.


Lebai cari juga komen daripada 2 penasihat parti PAN. Kalau dia tak bela PAS pun memang boleh diterima, tapi sekurang-kurangnya mereka menegur cara Mahathir bercakap dan membuat tuduhan yang tak betul atas diri Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Idola parti PAN yang tak dapat membela diri kerana sudah meninggal dunia.

Rupanya puak-puak PAN lebih takut dedak yang dijanjikan RM500 juta oleh Tun Mahathir untuk membantu PAKATAN HARAPAN tidak dapat untuk parti PAN.


Pendakwa dia anak murid Tok Guru Nik Abdul Aziz dan mimpi 15 kali jumpa Tok Guru Nik Abdul aziz juga membisu sepi... Mungkin tak datang mimpi.

Yang peliknya bila ada teguran mengenai gerakan kritianisasi oleh pimpinan DAP Hannah Yeoh terus dibela oleh puak PAN dan mereka boleh mengada sidang akhbar untuk perkara ini tetapi MEMBISU KELU untuk membela ISLAM yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


Sangat jelas mereka menjual agama demi untuk mendapat undi bukan Islam. Ini pengkhianatan yang menjadi sejarah akan datang untuk anak cucu kita melihat bagaimana mereka yang bercakap Islam tetapi menjual diri untuk mendapat sedikit habuan kedunian sanggup mengkhianat parti Islam yang telah mereka dokong berpuluh-puluh tahun.

Share this article :
 

+ comments + 5 comments

May 18, 2017 at 10:39 PM

Bak kata naib, tun m makan keliling :)

May 19, 2017 at 7:11 AM

PARTI-PARTI PEMBANGKANG sibuk kutuk PAS seolah-olah PAS adalah kerajaan yang memerintah Malaysia PATUT sabar sehingga PAS diisytihar menang pada PRU14.
TAKBIR!

May 21, 2017 at 5:48 PM

Slm Tuan..anda tidak boleh berbohong fakta yg lalu masih tercatat sana sini dlm internet.Pada pndgn ambe.allahyarhanm Nik Aziz Nik Mat tetap konsisten menolak kerjasama dg UMNO hgga akhir hayat beliau..dn Haji Jadi Awang semasa arwah masih hidup lebih condong kpd kerjasma dg UMNO..bagi ambe PAN lakukan apa yg ditegaskn oleh arwah semasa hidup dn Haji Hadi meneruskan hasratnye untuk lebih berkopromi dg UMNO..dn bg ambe inilah sepatutnya demi umat Islam di negara ini..ambe dr dulu lg x bersetuju kerjasama politik PAS DG DAP atau PKR..

Anonymous
May 22, 2017 at 1:26 PM

TGNA yang berpegang teguh pada agama Islam tidak akan bersekongkol dengan DA-Pig jika beliau masih hidup dan menyaksikan sikap DA-Pig yang bersifat perkauman dan cauvinis dan amat memusuhi agama Islam dan menindas umat Islam.

Hanya parti-parti pengkhianat seperti parti PANdir dan Parti Kencing Rakyat sahaja yang bersekutu, bekerjasama dan bersekongkol dengan DA-Pig yang amat memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Mengapa pemimpin-pemimpin PANdir dan Parti Kencing Rakyat berdiam diri setiap kali pemimpin menghina agama Islam dan menindas umat Islam? Bukankah berdiam diri itu bererti bersubahat dan merestui tindakan DA-Pig ?

Anonymous
May 23, 2017 at 7:33 PM

Masih ada lgi yg percaya fitnah kerjasama pas umno. Itulah tajamnya fitnah. Hingga kini tak wujud pun kerjasama yg diperkatakan melainkan sekadar tuduhan dan andaian. Lebih jahat lgi guna nama tgna utk burukkan tghh. Kerja karut yg menyalahi fakta.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger