Siapa Yang “Dipersetakan” oleh Azmin? Parti PAN atau Razifi?


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, meminta rakyat negeri itu agar 'mempersetankan' pihak yang mengadu domba mengenai kestabilan politik di Selangor.

Malah, Azmin yang juga timbalan presiden PKR memberi jaminan, pentadbiran kerajaan negeri akan kekal stabil dan utuh demi kesejahteraan rakyat Selangor.

"Kita persetankan yang mabuk mencari publisti dan populariti murahan.

"Mana-mana pihak temasuk individu atau kumpulan yang cuba mengkhianati amanah ini akan kita perangi habis-habisan.

"Kita akan terus fokus untuk menggalas amanah ini, demi memberi perkhidmatan terbaik," kata Azmin ketika berucap di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Anugerah Jasamu Dikenang 2017 di Shah Alam, hari ini.

Kenyataan Azmin Ali adalah ekoran daripada saranan Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin, yang menyaranan exco PAS diketepikan segera daripada Selangor dan meengantikan exco daripada PAN.

Ini bukan kali pertama Azmin MEMPERSETAKAN pati PAN kerana menganggu gugat kerajaan Selangor kerana tamakkan jawatan Exco.

November 2015 selepas krisis Selangor PAN cuba ambil kesempatan. Malaysiakini membuat laporan pada 12 November 2015, ekoran kesibukan menteri besar menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) hanya dapat membuat kunjungan hormat ke pejabat Mohamed Azmin Ali, pagi ini lapor Malaysiakini.

Selain Anuar, turut hadir ialah Pengarah Strategi PAN, Dr Dzulkefly Ahmad dan pengarah komunikasi parti itu, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.



Mengikut sumber pertemuan itu adalah untuk menyelesaikan tuntutan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya Pakatan Harapan menandatangani perjanjian bersama kerajaan Selangor.

Desakan itu dibuat kerana setakat ini Selangor belum mengisytiharkan negeri itu ditadbir oleh gagasan Pakatan Harapan walaupun Pakatan Rakyat yang ditubuhkan dengan PAS diumumkan telah berkubur.

Apa reaksi Azmin Ali kepada tuntutan PAN... dia juga PERSETAKAN parti PAN. Tapi semasa itu bahasa Azmin lembut sikit, pasal itu dia tegur lebai PAS guna bahasa kasar. Dia tak apa....

Mengikut sumber Azmin bukan sahaja persetankan parti PAN, dia juga PERSETAKN Rafizi and dengan Geng yang kini menjadi MASALAH kepada hubungan PAS-PKR. Menurut Azmin dalam mesyuarat tertutup PKR sebelum Konvesyen PKR di Pulau Pinang PKR mesti ada hubungan dengan PAS walaupun tahaluf dibatalkan oleh PAS. Perkara ini disokong oleh Tian Chua dan beberapa orang yang sependapat dengan Azmin.


Malangnya Azmin melihat ada geng (Rafizi) yang cuba mesabotaj keputusan mesyuarat berkenaan. ITU dipersetakankan dengan istilah MABUK PUBLISITI.

Kenapa Azmin Pertahankan PAS??

Azmin adalah MB yang mempunyai bilangan sokongan yang terbanyak iaitu 13 daripada PAS, 5 daripada yang menolak SD dan 12 daripada UMNO. Tidak wujud sokongan daripada PKR dan DAP. Sultan Selangor lantik beliau atas dasar kelebihan sokongan ini. Itu sebab PKR dan Anwar Ibrahim terpaksa tukar strategi dalam isu Azmin sebagai MB walaupun sebelum giler-giler mahukan Wan Azizah hingga nak buat demo di Istana.

Mari kita imbau kembali SEJARAH AZMIN Jadi MB Selangor daripada Nordin Ali.

Wujud krisis yang besar dalam PKR. Team Azmin lawan Team TS Khalid. TSKI menunjukkan kuasanya sehingga Saifudin Nasution (Setiausaha masa itu) yang dihantar untuk pantau kerajaan Selangor dibekukan di bilik tingkat 4 Pejabat Kerajaan Negeri.

Rafizi, ni pakar strategi PKR mencadangkan langkah Kajang untuk menyelesaiakan masalah ini dengan Anwar Ibrahim akan bertanding di Kajang. Langkah Kajang tanpa perbincangan dengan Pakatan Rakyat (PR). Rafizi mengunakan AIR MATA untuk menipu kononnya Selangor akan jatuh jika Team Mahathir akan menguasai UMNO menjatuhkan team Najib.


Maka menangislah penyokong PAKATAN RAKYAT masa itu bersama Rafizi bimbing Tun mahathir akan merampas Selangor... Sekarang Rafizi dan Penyokong PAKATAN HARAPAN dah 'sembah' Mahathir. Mahathir sudah suci.

 
Mereka cuba panggil Presiden PAS untuk maklumkan perkara ini, tapi Abdul Hadi sibuk dan atas desakan itu Cikgu Pa dan Dr Samsuri dihantar. Semasa pertemuan tersebut Anwar memaklumkan dia akan ambil alih jadi MB Selangor untuk Langkah Kajang. Wakil PAS tak setuju. Mereka cakap Husam Musa dah setuju (Rupanya mereka dah bincang dengan Husam lebih terdahulu... maklumlah bakal Timbalan Perdana Menteri bila PR boleh tawan Putrajaya)

PAS tanya adakah DAP tahu? (esok nak umum perletakan jawatan Lee Chin Cheh iaitu pada 27 Januari 2014). Mereka berbohong kononnya DAP tahu. Tapi sebenarnya mereka tak maklum pun kepada DAP. PKR tahu politik DAP akan mengiyakan apa PKR buat kerana DAP memang suka mengambil kesempatan. Tak hairan PAS sentiasa tersempit pendapat antara DAP dan PKR. Mana memang 2-1.

Sehari selepas langkah Kajang Lim Guan Eng membuat kenyataan (28 Januari 2014)

"I was not told about the developments in Selangor about the resignation or the Menteri Besar’s post.

"It is best for Anwar to answer. It is not right for me to talk or give views. My feelings on this matter are not important," he told a press conference in Penang.
PAS buat keputusan untuk akur dengan Langkah Kajang tetapi siapa MB Selangor akan dibincang kemudian.

Anwar tak puas hati. Timbul cakap.. "Apalah aku nak jadi PM pun tak setuju, aku nak jadi MB depa pun tak setuju."

Tiba-tiba Anwar tak boleh bertanding pasal kes liwat II. PKR membuat keputusan Wan Azizah jadi calon dan MB Selangor jika menang PRK Kajang. Semasa itu dah wujud kumpulan dalam PKR nak Azmin jadi MB Selangor. Tapi Azmin cerdik dia tak tunjuk gerak geri yang mecurigakan.

TSKI cool aje dalam permainan politik PKR, malah dia jadi pengarah pilihan raya kecil Kajang.

PAS kekal dengan keputusan soal MB Selangor akan bincang selepas PRK Kajang.

Rakyat dimomok kononnya langkah Kajang adalah strategi tawan Putrajaya dan menjatuhkan UMNO. Bila sebut nak tawan Putrajaya nak jatuhkan UMNO terutama Najib... ooi rakyat seronok.. semuanya dah jadi betul. Maklumat lain palsu. Apatah lagi Rafizi jual air mata dalam forum. makin percayalah rakyat ini satu-satu strategi nak jatuhkan UMNO. PAS juga jadi mangsa.



Biasalah yang bohong akan terbongkar, Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias berkata, 'Langkah Kajang' yang dicipta Rafizi pada asalnya bertujuan untuk merangka strategi bagi menawan Putrajaya.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, matlamat 'Langkah Kajang' kini telah jauh tersasar sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan akar umbi PKR.

"Rafizi ingin merealisasikan 'Langkah Kajang' di dalam pemilihan parti bagi menggantikan Abdul Khalid dengan pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan.

"Kita di peringkat akar umbi kesal dan kecewa dengan usaha mendesak Abdul Khalid meletak jawatan. Sepatutnya 'Langkah Kajang' tidak berlaku demikian," katanya ketika dalam sidang media pada 7 Julai 2014.


Sultan Selangor panggil Presiden PAS secara persendirian dan menawarkan MB Selangor kepada PAS. PAS kata mereka terikat dengan Pakatan Rakyat dan cadangan untuk Wan Azizah jadi MB. Sultan tak setuju Wan Azizah, antara isunya wanita.

Abdul Hadi maklum kepada PKR tentang perkara ini, tetapi PKR masih berkeras nak Wan Azizah jadi MB. PAS juga tak berstuju dengan Wan Azizah dan memberikan alternatif kepada Azmin Ali. Tapi PKR tak setuju. Akhir keputusan jadi tergantung. Manakala dalam PKR makin bergolak antara team Wan Azizah, Team Azmin dan Team Khalid Ibrahim.


TSKI ambil kesempatan tak nak letak jawatan dan dia mengatakan dia ada majoriti dalam Kerajaan Selangor. Masa itu ada 5 Adun PKR sokong TSKI termasuk Elizabeth Wong. 



TSKI pecat exco PKR dan DAP kerana tak sokong mereka. PAS ambil sikap menyelamatkan kerajaan Selangor daripada dibubar dengan menyokong TSKI. Tindakan dikecam oleh PR dan rakyat pada umumnya yang tak faham situasi.


PKR ambil langkah memaksa Adunnya menanda tangani perjanjian Akuan Sumpah (SD). TSKI keseorangan. Dengan Sokongan PAS dan UMNO, TSKI masih kekal sebagai MB Selangor. (PAS 15, UMNO 12 dan dia Bebas 1). Kedudukan 28-28 memberikan TSKI kekal sebagai MB.

PAS mendapat kecaman makin kuat dan tekanan makin besar.

PKR Cuba Beli ADUN PAS


PKR telah membuat tawaran kepada beberapa Adun PAS, maklumat ini bocor kepada Presiden PAS yang pada masa itu banyak berada di Rusila. Tak sempat untuk menyuarat PAS Pusat (2 hari sebelum mesyuarat) 2 Adun PAS telah bersama PKR dan DAP tandatangan Akuan Sumpah. Kedudukan telah menjadi 30-26.

 
Pengkhinatan 2 Adun PAS Saari Sungip, Adun Hulu Kelang dan Hasnul Baharudin Adun Morib membuka lipatan sejarah pengkhiatan kumpulan yang dinamakan IRC/JIM dalam PAS. Selepas JIM berpecah maka timbul pula IKRAM yang mewarisi pengkhianatan dalam Jamaah Islam PAS.

Doa Ustaz Harun Tain dalam Muktamar yang meminta Allah menyelamatkan PAS daripada musuh luar dan dalam PAS menjadi viral. Malah veteran PAS, Subky Latif juga membuat posting berkenaan isu ini.



Sudah menjadi kebiasaan musuh dan pengkhianat PAS akan disanjung oleh DAP. DAP sebenarnya sudah lama tidak senang dengan PAS kerana DAP memang musuh Islam yang dibawa oleh PAS.



TSKI sangat 'smart' dalam hal ini, bila dia tahu dia tidak lagi cukup majoriti dalam kerajaan Selangor dia mengatakan akan melepas jawatan dan proses pengundurannya akan dibuat. Ramai buat tuduhan Dun akan dibubar, tetapi TSKI mengambil jalan yang baik untuk PR. Dia tidak rosakkan Selangor dengan Pilihanraya kecil, malah dia kekal Selangor kepada Pakatan Rakyat.

PKR dapat sokongan 30 Adun, Tapi Sultan Masih Tak Nak Wan Azizah

Bila SD ada 30 tetapi Sultan masih tak mahu Wan Azizah jadi MB. PKR masih berkeras sehingga ada yang nak menggunakan saluran perundangan.

Anwar ke Kuala Terengganu untuk jumpa Presiden PAS dan memaksa Presiden PAS menerima Wan Azizah Jadi MB. Abdul Hadi tetap dengan kaedah Islam dan mencadangkan Azmin tetapi PKR tak setuju.

Ini membuatkan Abdul Hadi marahkan Anwar "Semuanya berpunca daripada enta, enta masih tak serik setelah di penjara". Anwar 'tension' terus pulang dan gambar rambutnya yang tak terurus selepas pertemuan tersebut menjadi viral.

 
Dalam krisis ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyembelahi Presiden PAS sehingga keluar daripada mulut beliau "PKR ni anak manja".

Sultan minta semua parti menghantar cadangan nama. PAS kemuka nama MB semuanya adalah PKR walaupun sultan berharap PAS mengemukan tokohnya. Tapi media dengan sokongan pimpinan dalam PAS memainkan isu kononnya PAS (Presiden) kemukakan 3 nama daripada PAS bertujuan untuk menyerang peribadi Presiden PAS. Allah Maha Kaya, manusia yang manipulasi isu dan keadaan ini akhirnya tercicir yang kini dikenali parti PAN. Rasanya tak perlu saya sebut namanya satu persatu anda mungkin dah boleh mengenalinya.

5 ADUN PKR, DAP Tarik SD

Tiba-tiba 5 Adun yang sokong Wan Azizah menarik akuan sumpah mengatakan akuan sumpah itu paksaan. Mereka ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).



Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas)


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Ng Sze Han (DAP-Kinrara)


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda)


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing)


Akuan bersumpah yang didakwa ditandtangani oleh Amirudin Shari (PKR-Batu Caves)

Bila Sultan panggil Wan Azizah, Azmin dan Iskandar Samad. Macam sebelum ini Iskandar menyatakan pendirian PAS yang mahukan Azmin jadi MB.

Wan Azizah pula hanya ada 25 sokongan termasuk 2 yang di curi daripada PAS.

Azmin telah disokong oleh 5 yang tarik SD, 13 daripada PAS dan UMNO ambil kesempatan sokong Azmi. TSKI berkecuali mungkin perang dengan Azmin masih belum reda.


Kini Azmin ada 31 termasuk dirinya sendiri.

Kesimpulannya AZMIN adalah MB sokongan PAS dan UMNO bukan PAKATAN RAKYAT.

Kerana itu Azmin lantik timbalan speaker daripada PAS walaupun DAP tak setuju. Azmin juga selalu sebut Selangor tak ada kaitan dengan Pakatan Rakyat. Malah dia kata PAKATAN HARAPAN dan Selangor berbeza.

Hanya geng AMANAH (PAN) sahaja bodoh dalam hal ini.

Itu sebab saya rasa bodoh Husam dalam hal ini bila dia kata Abdul Hadi nak buat UG dengan UMNO dan beberapa orang PKR. MEMANG DAH BUAT PUN. Adakah itu UG??

Mereka sebenarnya memutar belit fakta bagi mengelirukan rakyat untuk kepetingannya. Husam sudah termakan dengan janji Anwar sehingga sanggup rosakkan parti sendiri dan membelakangi Tok Guru Nik Aziz.

PAS banyak tercalar, rosak dan hampir musnah kerana LANGKAH KAJANG. Tapi sifat Jamaah Islam yang 'nawaitul'nya masih memperjuangkan Islam PAS terselamat daripada bencana berlaku malah Allah membersihkan PAS daripada anasir perosak dalaman IKRAM/IRC dan juga pimpinan yang mengkhinati perjuangan menengakkan Islam kerana ter'mabuk' Putrajaya.

Itulah sejarah panjang bagaimana PAS tetap mepertahankan prinsip perjuangannya walaupun fitnah betubi-tubi. Akhirnya pembaca boleh lihat siapa yang benar siapa pengkhinat....


Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger