Mengingau Syair-syair Jahiliyyah buat Sayuti


Syair di zaman Arab Jahiliyyah mempunyai tempat yang tinggi. Dengan syair orang Arab Jahiliyyah menyampaikan idea dan tujuan tertentu. Ada yang menjadikannya sebagai mata penceraian untuk mengaut keuntungan dan kekayaan.

Syair ada permainan kata-kata yang diungkap untuk menyampaikan sesuatu perkara supaya lebih mengasyikkan sehingga pendengar atau pembaca menjadi lari daripada maklumat sebenar kerana terlalu asyik dengan bahasa yang berbunga-bunga.

Menurut Ibnu Khadum dalam Kitabnya Muqadimmah, Syair adalah pembicaraan yang fasih, baligh yang didasarkan kepada metapora dan deskripsi-deskripsi dengan matra, wazn dan ritma.

Apabila orang Arab Jahiliyyah tidak dapat menyaingi kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. maka mereka menggunakan syair kebanggaan Arab masa itu sebagai satu senjata untuk menarik perhatian orang kepada isu politik untuk menjadikan Rasulullah s.a.w. seolah-olah orang yang tidak mengikut peradaban Arab.

Bagi lebai tidak hairan kalau ada manusia sekarang ini menggunakan kata-kata manisnya untuk membuat fitnah dan tohmahan jahat kepada Presiden PAS atas isu UG dengan susunan kata-kata yang mungkin menarik dibaca tetapi sebenarnya hanya hampas dan najis!

MSO menulis "Semuanya adalah kerana Ayah Chik mengamalkan politik MATANG dan SEJAHTERA yang membawa PAS ke arah bergabung dengan Umno."
Kenapa Sayuti yang menjadi penulis politik bodoh untuk memahami BPMS? Mungkin MSO rasa politik mesti mengikut bacaan dan fikirannya barulah politik itu betul? Kerana MSO rasa dia orang pertama menyiarkan berita ceramah Ayah Chik di Bukit Abal Pasir Puteh dalam akhbar Watan.

MSO sendiri keliru UG

Bila lebai baca warkah itu MSO lebai rasa MSO sendiri keliru dengan UG? Sekali MSO kata UG adalah kerajaan tanpa pembangkang, sekali MSO kata kerajaan gabungan UMNO-PAS. Yang mana satu MSO?

MSO menulis "Ayah Chik harus ambil pendirian tegas dan berani untuk menyatukan PAS dengan Umno."
Bila pula PAS dan bersatu dengan UMNO? Kalau PAS nak bersatu dengan UMNO pun ingat mudah ke? Kenapa MSO penulis politik menjadi begitu bodoh untuk memahami politik PAS yang kini lunak dengan UMNO atas beberapa isu?

MSO hanya kambing Zulaimi

Kalau bukan kerana seorang pembaca blog lebai fryshadow meminta untuk mengulas dan memberikan link tulisan MSO nescaya lebai tak akan membaca warkah 'rubbish' yang tak ada isi dan fakta. Lebai tak hairan dengan MSO yang kini menjadi 'kambing' Zulaimi Kazim, yang dahulunya dulu tokey Kopi Janda. Sepatutnya MSO bergantung sumber maklumat yang sahih. Malu penulis yang meniti usia tua masih diperbodohkan oleh budak-budak hingusan  dengan maklumat yang tidak benar.

Akhirnya lebai teringat kisah.


Tersebutlah kisah di zaman jahiliyah seorang penyair terkenal yang lahir dari keluarga penyair. Saudara-saudaranya penyair, bapanya juga penyair dan saudaranya juga penyair. Namanya adalah Ka’ab bin Zuhair bin Abi Sulma. Dia pernah menulis sebuah syair yang menghina Rasulullah sampai syair tersebut menyebar ke penjuru tanah Arab. Rasulullah sempat menghalalkan darah Ka’ab bin Zuhair dan bertitah kepada siapapun yang bertemu Ka’ab untuk membunuhnya.

Ka'ab bin Zuhair diakhir hanyatnya memeluk Islam dan meminta maaf kepada Rasulullah s.a.w. atas kejahilannya dalam memahami politik Rasulullah s.a.w. Harap ada yang mengikuti jejak Ka'ab Zuhair ini.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger