Psywar PAS untuk UMNO @ BN, Lucunya yang “termakan” Lim Kit Siang!


Perang Saraf (PsyWar) adalah suatu proses komunikasi saling melakukan kegiatan propaganda antara seorang figur politik dengan figur politik lain, antara suatu kelompok dengan kelompok lain, dan antara suatu negara dengan negara lain, dengan tujuan untuk saling menekan dan menjatuhkan nama orang atau kelompok atau negara lain tersebut

PsyWar menurut William E.Daugherty dan Morris Janowitz dalam bukunya , A Psychological warface casebook , menyatakan bahwa perang saraf (psywar) dapat di definisikan sebagai berikut :
Penggunaan secara berencana propaganda dan kegiatan-kegiatan lainnya yang direncanakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap, dan perilaku pihak musuh, pihak nuetral dan pihak kelompok asing yang bersahabat dalam rangka mendukung pencapaian sasaran dan tujuan tertentu.

Menurut Prof. Drs. Onong Uchjana Effendy, MA. perang saraf  (psywar) dapat di definisikan sebagai berikut

" Suatu metod komunikasi yang secara berencana dan sistematis berupaya mengubah sikap, pendapat, atau perilaku seseorang atau sekelompok orang dalam bidang ketenteraan, politik, ekonomi dan lain-lain untuk meraih kemenangan."

PAS membuat satu perang saraf yang sangat baik bila menyatakan Umno akan serahkan kepada PAS sebanyak 40 kerusi Parlimen dan 5 kerajaan negeri dipimpin PAS dalam budaya politik matang dan sejahteranya (BPMS) dengan berbaik-baik bersama UMNO.


Kenyataan ini disebar luar lagi dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, membayangkan PAS benar-benar bakal mentadbir negeri itu daripada BN dengan cara PAS akan meletakkan calon di 30 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan berhasrat serta berdoa supaya Umno tidak meletakkan calon mereka di situ.

Kenyataan ini telah disiarkan oleh Malaysiakini dan anda boleh baca di sini.

Sebelum ini lebai ada berhujah dengan beberapa orang kawan, dulu PAS kini PAN yang mengatakan PAS mengarut dalam membuat kenyataan. Lebai kata ini 'psywar' untuk UMNO. Puak PAN ni kata, mana ada orang boleh percaya UMNO akan berikan kerusi untuk PAS.

 
Lebai kata kepadanya 'psywar' politik ini kadang kala perkara yang tak logik boleh berlaku. Kata lebai lagi lihat bagaimana Anwar dan Mahathir boleh berbaik-baik. Apa Mahathir tak buat kepada Anwar. Tuduhan liwat ini sangat mengaibkan, apa tah lagi disiar dalam media massa sehingga budak tak sekolah pun tahu... Mahathir tak pernah minta maaf... Tapi Anwar boleh maafkan Mahathir demi politik?? Siapa kena 'psywar' antara 2 orang ini?? Kita boleh lihat nanti!!

Mesti anda yang akan jadi MANGSA!!

Hari ini Free Malaysia Today menyiarkan bagaimana Lim Kit Siang mengatakan di sebalik kerancakan arena politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bagaimana Umno sanggup menyerahkan 40 kerusi Parlimen dan kuasa di 5 negeri kepada PAS.

Ketua DAP di Parlimen itu berkata, persoalan yang memerlukan jawapan sama ada Umno, yang dilihat menjalin hubungan mesra dengan PAS, sanggup berbuat demikian bagi memenuhi matlamat parti Islam itu.

“Keadaan politik dari hari ke hari semakin jelas, misalnya, resolusi dan keputusan Muktamar PAS dan Majlis Syura baru-baru ini.

“Persoalan terbaru yang muncul dalam arena politik menunggu jawapan. Satu persoalan itu ialah sama ada Umno akan serahkan kepada PAS sebanyak 40 kerusi Parlimen dan 5 kerajaan negeri dipimpin PAS yang telah isytiharkan sebagai objektif mereka dalam PRU14,” kata beliau.

Anda boleh baca di sini.

Engkau orang kenal tak siapa Lim Kit Siang?? Berapa lama dia berada dalam politik Malaysia?



Lim Kit Siang ni semenjak 1969 lagi menguasai DAP dan corak pemikiran masyarakat Cina di Malaysia yang tak boleh dibuat oleh MCA dan Gerakan.

Engkau faham tak apa yang lebai nak sampaikan??

Kenapa Lim Kit Siang begitu prihatin dengan kenyataan PAS bertanding 80 kerusi dan Insya-Allah PAS akan dapat 40 kerusi. Kenapa dia ambil serius perkara ini? Bacaan politik LKS tak sama dengan bacaan politik macai PAKATAN HARAPAN yang menyerang PAS dalam facebook, whatsapp dll

Cybertropper PAKATAN HARAPAN yang makan gaji mana mengerti perkara ini, hanya tahu kutuk aje...

PAS melalui Presidennya Abdul Hadi Awang dengan team ulama mempunyai suatu perancangan politik yang sangat baik. Walaupun PAS difitnah dengan dengan pelbagai tuduhan. Serangan demi serangan tetapi PAS mampu melaksanakan satu perancangan politik Islam yang sangat baik dan jitu.

Setiap kenyataan PAS, setiap gerak geri PAS menjadi perhatian kepada musuh politik PAS samada daripada musuh asal UMNO/BN dan musuh-musuh pencilan seperti PAN, DAP, PKR dan lain-lain yang dulunya rakan sekutu PAS.


Ini politik PAS yang sukar difahami.
Jadi tak hairan ada penulis hebat PAS dulunya seorang bekas ketua editor Harakah mengaku tak faham politik Ustaz Hadi.

Sebenarnya lebai belum habis lagi pasal psywar PAS ini...
Tapi untuk malam ini cukuplah untuk ceritakan bagaimana LKS termakan.... dan mungkin termuntah!! Habislah PAN, PKR dan BERSATU terkena pecikan muntah LKS ini.



Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 16, 2017 at 9:57 PM

Ph dah mula rasa cita2 nak ke putrajaya semakin pudar sbb rakyat mula buka mata dgn permainan politik kepentingan diri.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger