Presiden PAS “BUNUH” Tsunami Mahathir & Bersatu?


Sebelum ini lebai terbaca analisis Ahmad Lutfi tentang tsunami Mahathir. Seperti biasa Lutfi lebih mengulas kenyataan FB Prof. Agus, mentornya. Lutfi menulis kenyataan Agus dalam artikel analisisnya, "Setelah meneliti ceramah oleh ketiga-tiga pemimpin tersebut (Najib, Mahathir dan Abdul Hadi), dalam tiga majlis berasingan, sekitar Februari dan Mac lalu, Dr Agus membuat pertanyaan penting: "Mungkinkah yang muncul dalam PRU14 nanti ialah Tsunami Mahathir?"


Satu lagi sumber rujukan Lutfi ialah Pensyarah kanan Perdana School, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali. Lutfi mengulas Dr Mazlan Ali berpendapat, Dr Mahathir secara bersendirian memang tidak boleh mencetuskan satu gelombang besar, tetapi hari ini satu-satunya kemampuan yang beliau miliki adalah sikap yang jelas dalam hala tuju politiknya.



Lutfi menulis lagi kenyataan Dr Mazlan Ali, "Dr Mahathir tidak perlu menarik undi bukan Melayu kerana 85 peratus sokongan bukan Melayu sudah berada dalam genggaman Pakatan Harapan. Beliau hanya perlu mengalihkakn antara 13 hingga 15 peratus sahaja undi Melayu kepada Pakatan Harapan, dan jika ia berjaya direalisasikan, negara ini bakal menyaksikan pembentukan kerajaan baru pasca PRU14."

Bersatu Memerlukan PAS

Dalam parti BERSATU terdapat dua kumpulan satu kumpulan yang lebih berminat untuk membentuk kerjasama dengan PAS dalam menghadapi PRU-14 nanti terutama di negeri-negeri Melayu. Satu kumpulan lagi yang UMNO sejati, yang fobia dengan Islam dan pendekatan Islam. Yang ini tidak begitu suka kepada PAS.

Memang sukar untuk PAS nak bersama dengan Bersatu kerana memang PAS tak boleh bersama dengan PAN dan DAP. Syarat ini membuatkan perbincangan antara PAS-BERSATU menjadi sedikit rumit dan panjang.

Malangnya dalam usaha ke arah itu, Tun Mahathir seolah-olah kurang bersabar dan banyak kali menyerang PAS. Serangan secara terbuka membuatkan ada pimpinan PAS tidak senang dan ada kenyataan balas yang membuatkan perbincangan PAS-BERSATU menjadi makin rumit.

Hubungan PAS-BERSATU Putus

Apabila Mahathir membuat pengistiharan BERSATU bersama PAKATAN HARAPAN, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah membuat kenyataan hubungan PAS-BERSATU putus. Kenyataan Presiden PAS ini dilihat tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama dan tidak juga bersumberkan Dewan Harian PAS melainkan perbincangan beberapa orang termasuk dengan Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja.

Keputusan ini sangat berbeza dengan hubungan antara PAS-PKR, walaupun ada usul melalui muktamar meminta memutusakan tahaluf, PAS dilihat tidak gopoh dalam membuat keputusan dan masih menunggu kenyataan rasmi daripada Majlis Syura Ulama.

Ada berpendapat keputusan putus hubungan dengan Bersatu lebih kepada "Ijtihad Hadi".

Bagi lebai, keputusan putus hubungan dengan Bersatu menyebabkan Bersatu terus lumpuh. Mahathir juga lihat tidak bermaya. Malah Muhyiddin sendiri tidak nampak mampu membawa Bersatu lebih kehadapan. Isu-isu dan berita mengenai Bersatu sudah hampir tidak lagi memenuhi media.

Hadi Bunuh Bersatu dan Tsunami Mahathir?


Ahmad Lutfi ada mengambil kenyataan Mahfuz Omar yang kononnya Bersatu mempunyai ahli sekitar 3,500 hingga 4,000 orang setiap DUN dan lebih kurang 95 peratus daripadanya adalah bekas ahli Umno.

"Secara simulasi mudah, jika diandaikan seorang ahli boleh membawa tiga lagi anggota keluarganya untuk menyokong Pakatan Harapan, bermakna pertambahan lebih 10,000 orang bakal menyokong pembangkang dalam PRU14 untuk setiap kawasan Parlimen kata Mahfuz menurut Lutfi.


Lebai tak pasti daripada mana sumber Mahfuz yang menjadi rujukan Lutfi dalam membuat analisis untuk Bersatu. Mungkin inilah satu-satu sumber Lutfi berkenaan PAS daripada seorang yang masih ahli PAS. Lebai ada statistik terkini keahlian BERSATU iaitu 6214 orang sahaja untuk seluruh Kedah.

Bersatu menaruh harapan yang sangat kuat di Kedah. Bila PAS putus hubungan dengan Bersatu? Agaknya di mana Bersatu boleh menang bertanding di Kedah? Jerlun dan Langkawi?

Mana-mana kawasan Bersatu bertanding di Kedah sudah pasti Bersatu akan berhadapan dengan PAS dan UMNO. Ini akan memberikan kelebihan kepada PAS kerana Bersatu memang menarik ahli UMNO. PAS mungkin perit jika PAN yang bertanding kerana PAS pengkhianat menarik ahli PAS dengan sendiri membantu UMNO.

Bagi lebai dimana sahaja BERSATU bertanding sudah pasti mereka akan bertembung dengan PAS dan UMNO. Siapa boleh mmeberikan keyakinan kepada lebai bahawa BERSATU akan menang dalam mana-mana pertandingan 3 penjuru ini. Sudah pasti BERSATU dan Mahathir akan kecewa dan merana selepas PRU-14.

Jika bersatu ini bertanding di Selangor kawasan bukan Melayu, Agakanya DAP dan PKR akan memberikan kerusi mereka kepada Bersatu? Itu suatu masalah kepada PH hanya tunggu masa kita melihat mereka 'berkelahi' antara satu sama lain.

Di Terengganu, BERSATU tidak dapat menarik ahli UMNO, malah UMNO Terengganu antara UMNO paling setia walaupun mereka dicantas. Habis agaknya kawasan mana BERSATU nak bertanding di Terengganu.

Di Kelantan pun sama.

Pasal itu lebai kata sebenarnya Hadi membunuh tsunami Mahathir dan Bersatu sehingga bersatu tidak lain melainkan mejadi masalah dalam PAKATAN HARAPAN. Setelah PAN menjadi duri dalam daging PAKATAN HARAPAN, kini BERSATU pula menambah beban.



Kini mereka cuba menyalahkan PAS dalam isu putusnya hubungan PAS-BERSATU. Ada suara-suara nak jadikan Hadi kambing hitam. Anda boleh baca kenyataan Datuk Rais, Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Tapi mereka tak ke mana kerana mereka berada dalam persimpangan yang tersimpul...

Oleh itu tidak ada apa-apa yang kini boleh bangga dengan BERSATU untuk menjadi sandaran dan harapan kepada rakyat. Sebagai orang Islam harapan kita adalah kepada POLITIK ISLAM kerana itulah satu-satunya politik yang diredhai.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger