Agus & Akhbar PAN cuba spin pemikiran pembaca



Lebai terbaca akhbar PAN yang memberitakan kononnya PAN dan Bersatu semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan, khususnya di kalangan pengundi muda (21-40 tahun), kata pengkaji politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.

Pertama lebai nak tanya Profesor Datuk Dr Agus. Daripada mana Dr Agus mendapat maklumat yang mengatakan pengundi muda 21 hingga 40 tahun menyokong PAN dan Bersatu? Dr Agus menggunakan kaedah Rafizi ke?  "HEARSAY"?

Perenggan pertama artikel ini sudah fail.

Sekarang Profesor bukan zaman andaian. Kadang kala kajian pun boleh jadi tak tepat kerana manusia sudah bijak menyembunyikan sikap sebenar.



Macam Kajian si Rafizi guna telefon. Boleh percaya ke? Kajian lebih tepat jika kita berhadapan dengan sasaran, melihat mimik muka. Kalau telefon orang boleh kelentong. Pasal itu RAFIZI GAGAL dan memalukan.

Prof. Agus berkata "Begitupun, saya dapati ceramah Pas sudah semakin kurang diminati kerana penceramahnya tidak mampu memberikan gagasan baru untuk memerintah Kelantan ke depan."

Saya tak pasti daripada mana Prof. Agus membuat kesimpulan ceramah PAS kurang sambutan. Kedudukan ceramah PAS masih macam biasa dan ceramah PAN memang saya rasa tak banyak yang hadir melainkan ceramah Mega bersama dengan Bersatu. Itu pun rakyat Kelantan lebih kepada ingin mendapatkan maklumat terkini terutamanya mengenai isu-isu dalaman UMNO.

Saya tidak menolak, kehadiran PAN yang agresif menyerang PAS dalam setiap masa memberikan sedikit tamparan kepada jentera PAS terutamanya Jentera Penerangan PAS Kelantan. Rakyat terutama penyokong PAS tidak mendapat maklumat yang jelas dalam beberapa isu mungkin mempengaruhi undi PAS untuk pertandingan 3 penjuru.

Tapi itu bukanlah suatu masalah besar kerana PAS juga mendapat laba daripada kehadiran BERSATU di Kelantan kerana ini sedikit sebanyak membantu PAS menarik orang-orang UMNO untuk bersama mereka.

Pandangan Prof. Agus tidak lebih daripada satu pandangan 'menghukum' PAS kerana PAS tidak bersama dengan PAKATAN HARAPAN. Pandangan yang tidak disertakan dengan data dan maklumat yang tepat hanya sekadar untuk menyedapkan hati pembaca akbar AMANAH (PAN) sahaja.



Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
May 8, 2017 at 9:47 PM

BĂ nyak sangat andaian dan persepsi dibuat utk sedapkan hati Pan. Hakikatnya ramai yg tak suka parti yg diketuai oleh seorang yg pernah ditangkap khalwat dgn isteri org di Klntan satu masa dulu.

Anonymous
May 9, 2017 at 1:07 AM

Tak usah gebang banyaklah...jualan akhbar Harakah pun merudum, rabun ke? Jika ramai rakyat berminat lagi dengan PAS, tidaklah sampai disarankan dalam muktamar baru-baru ini supaya setiap ahli membeli Harakah yang lesu itu. Pergi tengok cermin dululah weh!!!

May 9, 2017 at 8:17 AM

Jualan akhbar amanah banyak sangat ke? Nak galakkan ahli beli pun salah ke kat muktamar ? ye kalau kurang, kena la kerja/promosi kasi orang beli. Zaman sekarang zaman IT , even ada yang masih beli akhbar bercetak, tapi dah kurang. Semua akhbar terkesan, company besar macam berita publishing pun gulung tikar dan tarik semua majalah2 dari pasaran. gebang biar jelas hehe..

Anonymous
May 9, 2017 at 12:05 PM

Guna lojik kau balik:
Kalau pas yg ceramah beribu2 org datang dan jualan harakah yg rendah kau kata pas nk mampus...apa gebang kau bila bg free pun org xnak paper kau tambah lagi bila ceramah lebih ramai jin dan kerusi malah lebih ramai yg atas stage dari bawah stage! Lagi kau dan angus mau ckp besar ke? Ada logik atau logik apa kau pakai? Guna fakta la...jgn asyik auta

May 11, 2017 at 6:48 AM

Galakkan ahli beli akhbar Harakah sejak tahun 80-an lagi... tak caya nkau tanya pengarangvakhbar PAN yg tak laku tu...

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger