Malaysiakini tak payahlah buat berita bodoh macam Utusan & TV3¼


Lebai ada membaca artikel Zikri Kamarulzaman, wartawan Malaysiakini yang menulis artikel "Pertembungan PAS-PKR: Apa kata ahli akar umbi". Malaysiakini cuba membina persepsi pembaca supaya menerima aliran pemikiran mereka dan menolak mana-mana aliran yang tidak disenangi.

Cara ini membelakangi etika kewartawan yang bersifat melaporkan perkara yang sebenarnya tanpa prajudis atau membuat persepsi terhadap apa yang diloporkan.

Dalam isu politik pembangkang, PAS cuba bersendirian dan membina satu block politik yang baru yang bersifat matang yang dinamakan GAGASAN SEJAHTERA. Gagasan Sejahtera (GS) mengambungkan parti-parti politik, NGO-NGO dan individu-individu perseoangan dalam satu aliran politik baru yang bersifat mengkritik, membina dan mengadakan hubungan untuk ke arah Malaysia yang lebih baik masa akan datang.

Walaupun penyertaan Gasasan Sejahtera ini tidak begitu nampak mengugat politik Barisan Nasional kerana disertai oleh parti-parti yang tidak dikenali dan tidak terserlah, tetapi ini menjadi satu titik perpisahan dengan blok pembangkang yang sedia ada, PAKATAN HARAPAN. Titik ini akan ancaman kepada PH jika PH masih mangamalkan politik seperti sekarang.

Budaya politik yang berbeza diantara GS dengan PH ini membuka mata rakyat Malaysia yang inginkan Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang membuatkan sedikit sebanyak PH mungkin tercicir dalam perebutan mendapatkan pengaruh kerana PH mengamalkan politik yang kurang beretika dan berakhlak sekiranya diteliti tidak banyak beza dengan BN.

Bila PAS serius dengan GS dan terakhir memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR. Ini adalah tamparan hebat kepada PAKATAN HARAPAN kerana tanpa PAS dalam PH cita-cita untuk ke Putrajaya dan menjatuhkan BN menjadi makin tipis.

Ini bukan kenyataan lebai tetapi adalah kenyataan daripada "MAHA ALIM" (anda boleh baca di sini yang kini menerajui PAKATAN HARAPAN meng'hijack' Anwar Ibrahim.



Oleh itu jangan hairan, mereka (PH) menyerang PAS macam orang giler. Malah dalam ceramah mega membongkar kezaliman BN tetapi isi ceramah menyerang PAS. Bongkar BN, PAS yang kena.

Mereka mencipta satu persepsi supaya semua rakyat percaya PAS akan bergabung dengan UMNO. Mana kata-kata yang boleh dijadikan sandaran maka mereka persarkan. Contoh bila Mursyidu AM PAS baru Tuan Guru Hashim Jasin berkata PAS "MUNGKIN" bertahaluf dengan UMNO bila ditanya wartawan adakah mungkin PAS bertahaluf dengan UMNO.

Kenyataan ini sama dengan Mursyidur Am sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang pernah berkata PAS akan bubar dan tidak akan melawan UMNO jika UMNO melaksanakan ISLAM. Maksud yang sama, bahasa sahaja berbeza, tapi macai PAKATAN HARAPAN dia orang bukan mahir bahasa.

Atas kerana tidak puas hati dengan sikap PAS tak nak bersama mereka, tak nak jadi tangga untuk dipjak, mereka tidak puas hati. Mereka menjadi hilang rasional, mereka sanggup membantu BN menyerang PAS Kelantan, untuk cuba menjatuhkan PAS Kelantan dan menjadi tongkat kepada BN semata-mata nak ugut PAS supaya bekerjasama dengan mereka.

Anda kalau berfikir rasional akan rasa pelik, PAKATAN HARAPAN termasuk DAP yang menyerang PAS setiap masaa masih lagi mengharapkan PAS bersama PAKATAN HARAPAN dan membuka pintu untuk PAS. Ini bukan berita 2 atau 3 bulan lalu... ini berita 16 Mei 2017.

Untuk mencapai cita-cita supaya PAS bersama PAKATAN HARAPAN, maka mereka membuat macam-macam kerja. Si Rafizi dengan INVOKEnya cuba sasarkan golongan intelek dengan pelbagai kajian yang kononnya PAS akan rugi kalau bertanding sendiri. Mereka manipulasi keputusan kajian untuk memberikan angka-angka tapi semuanya menjerat diri mereka sendiri.

Mereka sedar, jika PAS tak berjaya dipujuk
LANGKAH kedua mencuri penyokong PAS.
Untuk itu penyokong PAS perlu ditipu supaya penyokong ini ada simpati jika mereka undi PAKATAN HARAPAN mereka membantu BN dan Najib jatuh.

Akhbar pembangkang seperti Malaysiakini mula membuat berita setiap hari mengenai PAS yang semuanya akan menunjukkan PAS akan terpencil jika bertanding sendiri.

Sebab itu tidak hairan ada wartawan Melaysiakini berperangai macam UMNO membuat berita bodoh yang cuba membuat pembaca bodoh kononya mengambil temubual beberapa orang PAS yang tidak setuju dengan PAS sekarang dan akan memberikan sokongan kepada PAKATAN HARAPAN. Mereka harap ini menjadi ikutan.


Ini lama dah UMNO buat melaui UTUSAN dan TV3¼.
Nanti sampai satu masa orang akan MELOYA membaca MALAYSIAKINI macam membaca UTUSAN.

Berita Malaysiakini mula menjadi macam 'tong sampah', tempat najis dan pembohongan. Rakyat dalam dunia terbuka bukan lagi bodoh maklumat, maka Malaysiakini jangan buat kerja bodoh.


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

May 19, 2017 at 8:09 PM

Panggil Malaysiakona la lps ni lebai

May 21, 2017 at 4:08 PM

Dulu mmg ari2 lah aku baca mlaysiakini tapi skrg aku dh naik benci smua berita sampah. dah 1bln aku xbuka terus.. Terang2 portal berita pyebar fitnah x mendatangkan faedah kpd hati minda

Anonymous
May 21, 2017 at 8:40 PM

Jika kita membaca msiakini, kita akan dapati msiakini adalah media massa ultra kiasu yang bersikap perkauman dan cauvinis yang digunakan oleh puak kafir harbi dan puak munafik liberal untuk menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, institusi Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini. Bahkan msiakini membenarkan puak kafir harbi dan munafik liberal menulis pelbagai komen perkauman untuk memaki hamun dan menghina agama Islam dan umat Islam.

Hanya manusia buta, pekak, bisu, jahil dan dungu sahaja yang akan mempercayai propaganda karut msiakini ! Sepatutnya nama msiakini ditukar kepada msiakarut !

Anonymous
May 23, 2017 at 7:28 PM

Malaysiakuno rasanya lebih sesuai utk portal yg putar belit.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger