Latest Post

Kit Siang Sangat Sedih Pasal Pertindihan Kerusi PKR-DAP


Aku mendapat maklumat daripada sidang media di Sarawak Lim Kit Siang berkata “Saya tersangat sedih dengan apa yang berlaku ketika penamaan hari ini. Kita berhempas-pulas sejak lapan tahun lalu, untuk membina gerakan yang kuat yang boleh menggantikan BN di Sarawak dan Malaysia, telah mengalami halangan yang besar."

Katanya lagi ini peristiwa tersedih tak pernah sesedih ini.

 

Perkecilkan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan, Razif Terima Padah!


Semenjak semalam, ramai orang perkatakan tentang Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu yang ditarik kurnia oleh Sultan Mizan Zainal Abidin. Razif pula tak nak ulas pasal isu ini. SUK tutup mulut. Ramai orang tertanya adakah ini benar ataupun hanya serangan pro-paganda daripada bekas MB lalu Ahmad Said.

 

Jika Dun Terengganu Bubar Kerajaan Terengganu Akan Tumbang Ke?


Ada orang berkata jika Razif (MB Terengganu) menimbangkan untuk membubarkan Dun kerana kedudukan kerusi Dun antara BN dan pembangkang di negeri itu hampir sama selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan undi tidak percaya ke atasnya awal Mac lalu kerajaan BN akan tumbang.

 

Ada Penulis Blog Pro PAN Kata 3% Akan Undi PAS PRU-14 Nanti?


Menurut satu kajian yang dibuat oleh sebuah firma bebas, hanya 3% rakyat Malaysia sahaja menyokong 'Blok Ketiga' yang diwujudkan oleh PAS besama rakan barunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kata Blog Pro PAN. Aku rasa penulis blog ini mata rabun! (rujuk di sini)

 

Calon Muslimat PAN @ AMANAH


Ada rakan-rakan yang menyertai Parti PAN @ AMANAH berkata mereka menyertai parti berkenaan untuk mendekatkan diri kepada Allah. PAN adalah parti Islam yang tidak jumud macam PAS. Beberapa orang pimpinan parti PAN berkata mereka akan memperkenalkan ulama yang progresif dan persidangan NUNJI.

 

Husam Kini Cuba Selamatkan UMNO


Dalam banyak kali ceramah Husam Musa menyebut kononnya pimpinan PAS kini nak berbaik dengan UMNO. Katanya lagi, UMNO dah nak lemas, tapi ada pimpinan PAS cuba selamatkan UMNO.

 

Bertanding di Sarawak, Beza antara PAS dan AMANAH


PAS umum akan bertanding 11 kerusi di Sarawak. Pengarah Pilihan Rayanya Cikgu Pa dalam ucapan ada mengatakan sekiranya PAS memang kesemua kerusi PAS tak boleh memerintah dan tak akan boleh mengubah apa-apa.


 

Parti AMANAH ni nak Selamatkan Malaysia atau Nak Selamatkan UMNO?


Aku tak tahu apa yang ada dalam pemikiran pemimpin parti AMANAH @ PAN? Kalau dengan PAS dia orang marah sangat kononnya PAS nak selamatkan UMNO pasal tu berkawan dengan UMNO, lembut dengan UMNO dan macam-macam hujah kononnya PAS selamatkan UMNO daripada nak tengelam.

 

Golongan 'kopiah putih' dalam PAS


Saya terbaca artikel "Politik buruk golongan 'kopiah putih' dalam PAS" oleh Hafiz Ahmad. Malangnya saya baca artikel ini di blog pakatan rakyat dan sebahagian mereka adalah PAS. Macam gembira benar untuk menyiarkan artikel tanpa fakta yang benar dan sahih.

Memang ramai blogger Pakatan Rakyat yang PAS bercakap pasal ukhwah melebihi malaikat tetapi hati hitam lebih buruk daripada syaitan.

 

Media Sosial & Pimpinan PAS



Tidak boleh lari dunia sekarang adalah dunia IT. Siapa yang tertinggal dalam hal ini akan di'tinggal'kan. Kepimpinan harus mengikut selari dengan perkembangan semasa.

Walau bagaimanapun media sosial perlu dibatasi dengan maklumat yang jelas dan tepat dengan kehendak parti.

 

Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim

 
Semua orang tahu dan sedar kebangkitan rakyat adalah sebahagian besar dimainkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tak hairan ramai yang berpendapat Anwar adalah calon terbaik Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya.
 
Perkara yang sama berlaku di Selangor sebelum PRU-13. Rata-rata berpendapat Khalid Ibrahim adalah ikon yang memberikan semangat untuk kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Selangor. Saya mendapat maklumat PAS walaupun dapat kelebihan kerusi 'segan' untuk meminta jawatan Menteri Besar kerana faktor ini.

 

Ching Peng, Henry Gurney dan Presiden PAS

Berbicara pasal Ching Peng, ramai berpendapat PR tak perlu terlalu fokus kepada isu ini, sedangkan banyak isu dan sejarah belum diperjuangkan.

Walau bagaimanapun saya lebih suka ulasan daripada Aziz Bari, beliau mengingatkan kerajaan bahawa gencatan senjata pada tahun 1989 di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ditandatangani di antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri dalam negeri serta IGP pada masa itu.

Aziz Bari berkata bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkeras agar mayat Chin Peng tidak disemadikan di Malaysia bersifat manipulasi emosi veteran tentera dan polis.

 

Ulas Pasal Kenyataan Ustaz Ahmad Awang berkenaan Resolusi Multaqa Ulama

Aku terbaca satu kenyataan Ustaz Ahmad Awang berkenaan dengan Multaqa Ulama Se-Malaysia (PAS) di laman Tranungkite yang bertajuk Muafakat untungkan Pas.
Daripada apa yang aku baca aku buat kesimpulan Ustaz Ahmad Awang tidak faham Resolusi Multaqa Ulama (PAS). Aku bukan nak kurang ajar dengan bekas AJK Ulama' PAS berkenaan tapi itu hakikatnya.

Berbeza dengan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang memahami maksud resolusi dan memberi perhatian tentang pandangan daripada Dewan Ulama walaupun bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama sebelum PRU-13. Syabas dan tahniah kepada Ustaz Tuan Ibrahim. (Tulisan Tuan Ibrahim di rujuk)

 

Komen Tulisan Agus Yusoff

Prof. Dr Muhamad Agus Yusoff  telah membuat komen di FBnya berkenaan resolusi Multaqa Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013.

Antara lain Prof Agus berpendapat resolusi menunjukkan kepadanya betapa pemikiran ‘mereka’ yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara.

Antara tulisan Prof Agus ialah:

 

Perjanjian Geneva, Memali dan Lahad Datu.. Aku Pening!


Sebelum ini aku dah pening bagaimana sikap Kerajaan Malaysia khusus Najib Razak bila menangani Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah. Aku pening pasal banyak sangat kenyataan kononnya mereka bukan pengganas.

Najib bercakap, Sepupunya si Hishamuddin pun bercakap. Si Nazri yang keras tu pun bercakap lembut gigi daripada Lidah bahawa yang datang tu bukan nak buat masalah pun.

 

Masalah Nasharuddin kenapa nak bebankan kepada Presiden?

Saya terbaca dalam Sinar Harian mengatakan Pas akan menyerahkan kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat keputusan sama ada bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa perlu dikenakan tindakan berhubung kenyataan yang menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) berikutan pendirian DAP dalam isu hudud.

Menurut akhbar Sinar Harian, Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata,“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut"

 

Nasaruddin Mat Isa: Bagaimana Kita Menangganinya?

Akhir-akhir ini tak banyak isu-isu dalaman PAS terkeluar dalam media terutamanya media internet. Apa yang dilihat suatu yang baik dan subur terutamanya apabila hasrat untuk ke Putrajaya menjadi satu daripada misi pilihanraya ke-13 nanti.

Saya melihat ada sedikit kemantangan dalam menanggani isu-isu dalaman parti terutama jika melibat suatu perkara yang besar.


 

Plat kereta www 1 punya pasal

Susulan pembelian nombor WWW 1 oleh Sultan Johor yang berharga RM520,000 beberapa pertikaian tentang perkara ini telah wujud iaitu bagaimana kerabat raja yang menggunakan wang rakyat untuk membeli plat semahal itu, sedang banyak perkara manafaat boleh dibuat.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim berkata bahawa kerabat Diraja Johor tidak pernah ambil satu sen pun duit kerajaan malah peruntukan wang disalur kepada Yayasan.


Ulasan ini adalah menjawab sindiran tajam DS Nizar Jamaluddin dalam twitternya yang mempertikaikan kegunaan wang oleh orang-orang besar membidal plat WWW. Kenyataan DS Nizar dilihat secara umum walaupun membidas beberapa pimpinan Barisan Nasional adalah menyingong perasaaan kerabat di Raja.

 

Tubuh Ikatan, Apa motif Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir?

Menurut sumber yang hampir dan boleh dipercayai bahawa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden NGO AMANAH dan akan tubuhkan parti baru yang dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Saya tak pasti sejauh mana benar berita ini tapi itulah yang di war-warkan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit mengenai AMANAH itu sendiri.

Pertubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ialah mengamalkan pendekatan politik sebagai platform dalam menyuarakan pandangan yang dibangkitkan rakyat. Ini yang dinyatakan oleh Presiden AMANAH Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau juga menjelaskan penubuhan NGO ini untuk perjuangan menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman dan ideologi.

Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah dilantik menjadi Timbalan Presiden AMANAH.


 
 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger