2009 Tok Guru Cadang Husam letak “JAWATAN EXCO”


Kawan-kawan PAN dan IKRAM berkata kepada saya, Tok Guru sebenarnya nak Husam ganti beliau menjadi MB. Saya gelak dan bertanya siapa yang reka cerita ini? Mereka sebenarnya tak ada hujah sekadar buat cerita bukan-bukan dan menuduh bukan-bukan sehingga berlaku hura-hura dalam gerakan Islam.

Saya memberi tahu mereka, kalau ikut pendapat Tok Guru Husam bin Musa ini bukan nak dilantik jadi MB, malah jawatan exco pun Tok Guru minta dia letak, tapi dia ni jenis degil.

Saya kata boleh rujuk kepada Kickdefella (Syed Aziz Syed Abdul Aziz) semasa Husam Musa baik dengan dia. Masa tu Kickdefella dengan Husam boleh "berpeluk dan cium". Jadi tulisan Kicdefella boleh dijadikan sandaran. Macam Husam dengan Mohd Sayuti Omar (MSO) juga sebelum itu boleh berpeluk cium, tapi bila mereka bergaduh MSO tulis pasal perempuan Cina dan Pangsapuri. Tapi nak berbaik semua MSO mengampu macam "anjing yang makan taik" semua yang Husam buat betul berlaka apa yang pimpinan PAS Kelantan buat semuanya salah belaka.

Kicdefella menceritakan sewaktu awal kemelut politik Kelantan setelah dia ditamatkan kontrak, khabar-khabar angin mula kencang tentang Husam Musa akan mengosongkan jawatan exco yang disandangnya.

Ceritanya bermula setelah pertemuan Husam dengan Tuan Guru MB yang berakhir dengan kedua-dua mereka menangis dan Husam mengambil cuti beberapa hari.


Antara mesej yang Husam sampaikan kepada Kicdefella waktu awal-awal kemelut itu ialah, “langit belum runtuh, kalau runtuh, ambo pun tertimpa sama tak sempat angkat bendera putih.”

Jawapan Kicdefella kepada Husam, “Dato’ yakin matlamat boleh menghalalkan cara, tetapi bagi saya yang haram tetap haram, kalau nak buat, buatlah tetapi jangan cakap ia tak haram.”
Makna Kicdeffela yang perangainya bukan baik (saya tak nak cerita banyak sangat) pun tahu mana yang baik dan buruk. Oleh kerana Kicdeffela tak mahu ikut cara Husam, dikatakan persahabatan mereka pun tergendala.

Selepas cuti, Husam telah mengubah sikapnya. Apa yang dia cakap kepada Tok Guru menangis keduanya telah hilang. Husam menulis dalam blognya.

Pada 22 November 2009, Husam menafikan bercadang meletakan jawatan exco dan menulis di blognya,
Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?
Ini yang dikatakan Husam bin Musa pandai main isu dan manipulasi keadaan.



Pada hari yang sama Kicdefella ada menulis,
Satu malam saya gempur Husam dirumahnya, “Dato’…” kata saya sambil letakkan sepucuh surat permohonan balak yang seorang anggota parti bawa ke rumah saya dengan alasan minta Husam minitkan dan menjanjikan saya lebih RM100, 000.

“Kalau ini cara Dato’ mahu menguji saya, tak perlu… kalau Dato’ nak berikan saya wang, saya akan akan ambil dari Dato’ sendiri. Saya tidak akan ambil yang bukan hak saya…”

“Orang ini bawak surat ni ke rumah saya, dia kata Dato’ dah setuju dan suruh datang jumpa saya. Dia tanya saya nak berapa duit? Saya tak suka cara macam ni Dato’. Dato’ boleh jawab dan boleh tidak jawab pada saya…” ujar saya lagi.
 Ramai orang PAN dan IKRAM kata balak Kelantan habis kerana Ustaz Ahmad Ya'akub dan Mohd Amar. Tapi mereka tak sedar mereka ini baru 3 tahun ini, tapi 22 tahun sebelum ini siapa exconya.

Husam bersama Azman Mohd Yusoff a.k.a Man Pauh Lima (kiri)

Siapa yang main balak??

Tapi Husam bin Musa pandai manipulasi keadaan dan isu. Yang bodoh hanya puak PAN dan IKRAM kerana termakan fitnah!


Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
September 4, 2016 at 11:29 PM

TAKTIK HUSAM "JAJA NAMA" NIK AZIZ MEMALUKAN!!!

"Mulia" sangat ke Politik Si Husam ni bila dia jaja nama
Allahyarham Nik Aziz???
Memang takde apa yang perlu nak dinafikan mengenai perkara ini. Tapi agak menghairankan juga bila ada orang boleh terima taktik Politik Keji yang digunakan oleh Si Husam ni.

Bagaimana mungkin mereka yang suatu ketika dahulu menghormati seorang pemimpin sanggup mempergunakan namanya demi untuk meraih sokongan Politik Murahan semata - mata.

Apatah lagi jika nama yang dijaja itu sudah pun meninggal dunia. Nampak sangat yang Si Husam ni jelas tidak menghormati Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) secara terbuka.


Kenyataan Anak Saudara
TGNA terhadap Husam
Jika dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Husam tu mendakwa dia seorang pemimpin yang 'Cool' dan mengajak agar pengikut - pengikutnya juga mengamalkan Politik 'Cool'.

Tapi hakikatnya, Si Husam tu sedang berada dalam 'Kepanasan Yang Teramat Sangat' sehingga memaksa dia mengambil tindakan mengamalkan Politik Jijik dengan menjual nama TGNA.

Seperti mana yang dikatakan oleh Nik Abduh semalam, Si Husam ni seorang anak murid yang 'RARE' kerana mendakwa Allahyarham TGNA akan menurut segala arahan dan perintahnya.

(Baca: NIK ABDUH KATA, HUSAM NI ANAK MURID PALING "RARE"!!!)

Kalau difikirkan dari sudut logiknya, mana pernah Tok Guru ikut cakap anak murid? Sepatutnya anak murid ikut cakap Tok Guru. Tapi dengan Si Husam ni semuanya habis terbalik.

Kalau betul Si Husam tu kata Allahyarham TGNA akan mengikut segala kehendak dan kemahuannya (termasuk keluar PAS dan menyertai PAN), kenapa dia tak dapat jadi MB Kelantan?

Tidakkah itu membuktikan ada sesuatu yang tak kena dimata TGNA dengan diri Si Husam tu sendiri sehingga dia tidak dicalonkan bagi menggantikan tempatnya selaku Menteri Besar?

Walaupun Si Husam tu kata dia cukup menghormati TGNA, namun tindakan yang dilakukan itu juga boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap Allahyarham Tok Gurunya sendiri.

Persoalannya, mulia sangat ke Politik menjual nama Allahyarham Nik Aziz yang digunakan oleh Si Husam tu sehingga takde seorang pun dikalangan pemimpin PAN tu yang berani menegurnya?

Apa yang jelas, tindakan JIJIK yang dilakukan oleh Si Husam tu membuktikan yang dia sedang berada dalam keadaan terdesak. Maka sebab itu dia sanggup menjaja nama orang yang dah meninggal dunia demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri!!!


Semut Hitam at Ahad, September 04, 2016

Anonymous
September 4, 2016 at 11:37 PM

Kami mau Husam !!! Mat Sabu tak da kualiti. Hanya Husam boleh selamatkan Khadam DAP yakni PAN.

TOLONG BASI
MALAGASY WAVES
Blogger PAN Kaki Kelentong

Anonymous
September 5, 2016 at 6:17 AM

Ada kredibiliti kah tulisan begini

Anonymous
September 5, 2016 at 7:12 AM

Tulisan yg prejudis & hanya bersandar kpd kickdefella, bloger kontroversi sbg saksi! Malang sungguhlah politik malaysia jika tulisan sampah sebegini pun boleh dijadikan sumber hujjah :)

Anonymous
September 5, 2016 at 7:58 AM

Ialah tu nak kira Mujahid tu pun 2x5 lickdafella

Anonymous
September 5, 2016 at 7:59 AM

Mat Sabu lagi teruk cakap.pusing2 kalah blogger picisan

Anonymous
September 5, 2016 at 8:04 AM

Bukti President PAN cakap pusing2.
Balikla PANdusta


Pada 16 September 2014 lalu Mantan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan anggota PAS khususnya perwakilan Pemuda PAS supaya tidak
menubuhkan parti politik atas nama Islam, akibat perbezaan pandangan sebaliknya digalakkan menubuhkan NGO yang bersama Pakatan.

"Macam mana sekalipun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. (Tubuh) NGO tak apa, NGO tubuhlah banyak bersama Pakatan itu lebih baik.

"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita dapat lihat seperti di Indonesia ada (banyak) parti Islam... Tapi hantar calon presiden pun tak upaya.

"Bukan kita tolak mereka, tidak. Semua yang ada jadi pengajaran kepada kita. Kita berhujah, beri pendapat dalam parti. Pimpinan boleh datang pergi.

"Abang Mat ada di sini, belum tentu tahun depan. Usiaku semakin lanjut. Tetapi parti Islam ini perlu dipelihara terus," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor.

Anonymous
September 5, 2016 at 8:07 AM

Blogger cerita2 mistik pun tak pusing2 cakap macam Husam Mujahid dan Mat Sabu

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger