Daging KURBAN kena undi parti “PAN” pun ada



Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan)tergantung niatnya). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Shahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

Hadis mengenai niat ini menjadi keutamaan dan banyak kitab-kitab besar meletakkan hadis ini sebagai hadis pertama kerana keutamaan untuk menunjukkan kesucian setiap perbuatan seseorang muslim.

Jangan hairan sesuatu perkara dibuat dengan niat yang jelas, sahih dan benar akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Manakala perbuatan yang dibuat atas dasar lain misalnya tak puas hati, rasa marah lain-lain bukan kerana Allah maka perkara tersebut akan menjadi lalai, lara dan tidak akan sempurna.

Sebab itu ulama juga banyak menulis Jamaah/pertubuhan atau kumpulan yang ditubuhkan atas dasar tersebut, yakni tidak puas hati atau rasa kecewa dsbnya tanpa diasaskan atas kehendak Allah SWT maka kumpulan tersebut tidak lama hayatnya.

Berbalik kepada perbuatan kita bergantung kepada niat. Begitu juga di Raya Kurban ini kita berniat menunaikan kurban kerana Allah s.w.t. tetapi malang jika ada yang menyeleweng niat daripada apa yang diasaskan oleh Islam.

Tahun ni, kita disajikan dengan daging korban "kempen Pilihan Raya". Niat yang membuat kita tak tahu hanya Allah sahaja. Tapi perbuatan ini nampak sangat 'melampau' daripada apa yang diajar oleh Islam. Jangan terdesak sehingga amalan kurban pun kita nak tunjukkan kita 'pergunakan agama'.

Terlintas dihati, ambil daging ini kena undi parti berkenaan. Saling tak tumpah dengan satu parti yang dah rosak sampai ke usus semua yang diberikan kepada rakyat disebut atas nama UMNO dan BN.


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 15, 2016 at 7:02 PM

nak tanya pak haji sikit, orang pan ni tak islam ke pak haji, sampai mcm tu punya benci pak haji kepada mereka

cuma satu yang saya musykil pak haji, kenapa pas dah tak hentam umnu mcm dulu dulu tu...punya la kuat kami takbir bila ucapan umnu taghut oleh ostad ostad kita dulu dulu...rindu pulak suasana mcm tu lagi..

la ni dok kutuk pan mcm tak ada roh takbir..lebih kepada emosi dan dendam kesumat.

ada ostad kita dok ceramah politik dlm masjid dok sebut "berlindung dengan Allah" dari kami berkawan dengan orang pan....boleh pak haji ulas sikit ke..

saya yang tak tinggi ilmu ugama tapi penyokong kuat pas selama ni dah mula konfius dengan akhlak pemimpin pemimpin parti pas

Anonymous
September 18, 2016 at 9:34 PM

Pak Haji upahan UMNO...baik jaga cucu ..kalau tak dapat dedak..kalau dapat dedak ...teruskan serang Amanah..sebab dah makan gaji walaupun haram...nanti raya jumpa dan mohon maaf...itupun kalau masih hidup lagi hj ooi..

September 19, 2016 at 7:06 PM

Islam versi PAN merangkumi:

a. Doa
b. Fitnah

Selain di atas akan dianggap oleh PAN sebagai telah menjual agama dan menipu Allah..

Sebab itu kini harbi pun amat dapat merasai bahawa islam versi PAN memang selari dan sesuai sangat dgn kefahaman harbi itu sendiri mengenai islam.. malah mungkin boleh mencapai sehingga ke tahap harbi sendiri pun merasakan bahawa mereka sudah pun menjadi islam; jika islam versi PAN inilah yg menjadi sandaran harbi..

Patutlah G18 amat marah pabila majoriti ahli PAS tak mahu langsung mengikuti jejak langkah mereka utk masuk PAN! Kerana PAN masih menyangka bahwa semua org perlu tunduk kpd harbi spt mereka! Yg lucunya PAN tak perasan pun bhw sebenarnya selama ini hanya PAN sahaja yg tergamak utk tunduk kpd harbi! kih kih kih..

Sebab tu dalam PAN boleh:

a. Membiarkan tonggang arak secara terang2an spt acara Octoberfest selagi mursyidul am PAN redha dan langsung tidak bersuara!

b. Perjuangkan hak2 pengamal LGBT asalkan PAN boleh meraih sebanyak mungkin akan sokongan bukan islam serta harbi!

c. Perjuangkan hak2 pengamal murtad kerana PAN sedar bahawa ianya adalah amat selari dgn perjuangan harbi yg dikasihinya!

d. Fitnah parti islam dgn melanggar sumpah bai'ah kerana katanya parti islam telah "mengkhianati" rakyat walaupun secara faktanya ialah G18 yg kecewa lantaran tewas dalam muktamar parti islam lalu menubuhkan PAN!

e. Fitnah para pewakaf dgn merampas harta wakaf mereka di mana org2 yg telah wakafkan harta kpd parti islam sejak dulu samada yg masih hidup atau yg telah mati dianggap "sudah pun tahu" bahawa G18 akan keluar parti islam lalu "diserahkan" hak wakaf tersebut kepada PAN!

f. Fitnah dgn membuat ramalan tok nenek mereka jika sipolan2 itu dan ini masih hidup adalah diyakini akan turut serta jadi ahli PAN!

g. Fitnah parti islam berUG dgn UMNO tapi jika PAN dgn parti harbi tidak mengapa!

h. Fitnah ada 10 org ADUN akan lompat parti tapi jika tak menjadi kenyataan PAN hanya perlu buat muka bodo!

i. Membentak seorang mufti kerana menyokong RUU 355 tapi jika harbi MENENTANG RUU 355 tak mengapa kerana ini yg PAN katakan rahmatal lil aalamiin!

j. Fitnah parti islam habis2an dgn hanya bersandarkan berita dari sumber asing SR. Al-maklumlah kini sumber tersebutlah yg kini diimani oleh PAN berbanding sumber dari alQuran yg terang2 perintah org2 beriman agar melaksanakan hukum Allah. Ini juga lantaran PAN amat takut (berbanding takut kpd Allah) jika nak laksanakan hukum Allah kerana pasti mendapat tentangan hebat dari golongan harbi yg dikasihi serta ditunduki mereka!

Sekian seadanya kehidupan terkini para sang pengkhianat!!

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger