Sekarang musim fatwa, PAN pun berfatwa juga!


Sebelum ini isu pokemon dimana "Permainan Pokemon GO bukan saja melalaikan malah turut membahayakan nyawa pemain apabila terdapat laporan menyatakan segelintir individu sanggup memasuki kawasan larangan serta keluar pada waktu panas tengah hari, semata-mata untuk menangkap raksasa Pokemon. Ada beberapa kes kemalangan jalanraya juga melibat permainan ini.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilaporkan sebagai berkata tindakan menggugurkan janin boleh diambil jika janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.

Pandangan beberapa orang mufti yang wanita hamil dijangkiti virus Zika dibolehkan menggugurkan janin yang belum mencapai usia 120 hari, adalah pandangan bersifat individu dikatakan bukan fatwa oleh pihak kerajaan.

Beberapa hari lalu Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir berkata adalah ‘berdosa’ jika PAS tidak mahu berunding untuk mengelakkan pertindihan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


"Kita akan berunding dengan siapa saja. Berdosa kalau tak nak berunding. Kalau PAS ajak kami berunding, sudah tentu kami akan berunding,” katanya.

AMANAH bersedia untuk mengadakan sesi meja bulat bagi mengelak pertindihan kerusi pada PRU akan datang, kata beliau kepada Antarapos di pejabatnya di Selayang.

Cuba anda bayangkan mereka membawa lari kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS, walaupun mereka telah berbai'ah iaitu bersumpah dengan nama Allah dan ada diantara mereka bersumpah cerai talak tiga isteri. Tapi kerana kedudukan dan matlamat mereka sanggup langgar sumpah dengan Allah.

Sekarang mereka kata orang yang tak nak berunding dengan mereka atas kerusi yang mereka bawa lari pula berdosa? Itulah parti PAN yang rata-rata ahlinya adalah IKRAM yang banyak bercakap pasal Islam.

Perbandingan mudah ialah ada perompak yang merompak rumah kita, sebahagian harta kita dia orang bawa lari. Bila kita nak tangkap mereka, mereka ajak berunding nak bahagikan harta berkenaan. Bila kita kata tak nak dia pun kata BERDOSA tau tak nak berunding!!

ITULAH PAN, nampaknya profesional tapi sebenarnya akal mereka pendek!


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 18, 2016 at 9:43 PM

Kempen bantah pindaan Akta 355 diteruskan walau dialog dengan Hadi
• akta355
• abdulhadiawang
Lu Wei Hoong Hari ini, 3:21 petang Hari ini, 4:37 petang
________________________________________
1.2K

Walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir memberi penerangan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, ia tidak menghalang Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia daripada terus mengumpulkan tandatangan untuk menolak pindaan berkenaan.
Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien, Tan Sri Khoo Chai Kaa mengakui beliau tidak memahami ucapan Hadi dan akan terus mengumpulkan tandatangan bagi membantah pindaan Akta 355 itu.
"Seperti yang saya nyatakan, rang undang-undang itu membimbangkan rakyat Malaysia. Kami keluarga besar, semua orang menerima kesan oleh (akta) parlimen.
"Ia adalah isu awam, kami mempunyai hak untuk memberikan pendapat," katanya kepada pemberita selepas Hadi mengunjungi persatuan Hokkien pagi ini untuk menerangkan cadangan PAS meminda akta berkenaan.
Ini adalah kali pertama Hadi mengadakan dialog bersama Persatuan Cina.
Semasa dialog itu, Hadi menegaskan pindaan yang dicadangkan hanya melibatkan muslim dan bukan muslim tidak terjejas dengan undang-undang itu.
Katanya, daripada 222 anggota parlimen, hanya 135 daripada mereka adalah muslim dan jumlah itu tidak sampai dua pertiga untuk melaksanakan undang-undang hudud.
"Apa yang boleh dibuat adalah untuk mengangkat mahkamah syariah," katanya.
Hadi menambah pindaan itu adalah untuk mengangkat taraf mahkamah syariah dan bukan melaksanakan hudud, qisas ataupun takzir.
"Mahkamah syariah adalah mahkamah paling tinggi bagi muslim," jelasnya.
Show 2 more replies in this thread

Mohd Salleh
Bila brjumpa ahli Pas ckp nk hudud, bila brjumpa dgn org bkn islam ckp hudud xkn d laksanakn, hj hadi ni pn mcm main wayang, mgkin demi kpentingn politik, nape x terus brtegas akn mlaksanakn hudud? desak najib n umno laksanakn hudud sbb mrk org islam yg pegang kuasa, ini kwajipan mrk, najib n umno penghalang paling besar yg prlu d atasi dlu, mufti2, ulamak2 nagamawan dlm krajaan yg sptutnya d desak mnyatakn sokongn trhadap hudud bkn stakat ruu355 saja.
Suka • Balas • 4 • 3 jam

Manas Ahmad
Setiap perkara yang baharu dalam urusan ibadat adalah Bidaah
setiap bidaah itu sesat, dan setiap kesesatan itu tempatnya di nereka
itu sabda Rasullah. Oleh itu wahai kaum muslimin jauhilah perkara perkara
Bidaah tersebut. terlalu banyak perkara bidaah yang dilakukan oleh ahli Pas
kita perbetulkan yang ini dulu tak usahlah nak sebok dengan Mahkamah
Syariah.
Suka • Balas • 5 • 4 jam

Asmawi Bin Daud •
UPM Serdang Selangor
Buka kitab muktabar tentang bid'ah...tuan tidak jelas perincian halus tentang bid'ah. Jadi sebelum mahu membetulkan orang lain muhasabah diri dulu lebih baik


September 19, 2016 at 7:08 PM

Kalau ikut kefahaman anon 9:43, traffic lights yg ada sekarang pun dikira bida'ah ler..

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger