Dah Kata Saman Tu Hussam Buat Gimik AJe!


Hari ini menurut The Hollywood Reporter, Husam Musa dan peguam Matthias Chang membatalkan saman mereka terhadap Red Granite Pictures, dan pengasas Riza Aziz dan Joey MacFarland.


Tidak jelas mengapa mereka membatalkannya kata Hollywood Reporter.
“Mereka secara sukarela membatalkan saman itu tanpa prasangka, menurut dokumen mahkamah yang difaikkan pada Jumaat, supaya mereka boleh mencuba sekali lagi,”

Peguam plaintif Louis Burke belum memberi respon tetapi menyatakan pembatalan itu tidakan yang wajar kerana “tuntutan undang-undang tidak serius”.

Pada Ogos 2016, Matthias dan Husam memfailkan saman “bagi pihak semua rakyat Malaysia” menuntut ganti rugi dan pemulangan harta dan aset yang mereka dakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad.

Tuntutan mereka mendakwa wang yang dijana melalui tawaran bon oleh 1MDB digunakan untuk membiaya Red Granite, yang membiaya filem Wolf of Wall Street.

Ramai penganalisis melihat Hussam Musa pada ketika itu dalam delima, mencari indetiti politik setelah dia kena pecat oleh PAS. Dalam terumbang ambing Husam perlu satu sokongan media yang baik untuk menaikan nama dan dirinya.

Matthias pula adalah bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, yang lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Red Granite diasaskan pada 2010 oleh Riza dan kawannya, McFarland.

Riza antara mereka yang dinamakan dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih US$3.5 bilion dilencongkan daripada 1MDB, yang diasaskan Najib pada 2009 selepas menjadi perdana menteri. Riza adalah anak tiri Najib.

Tuntutan sivil itu mahu merampas US$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan dan disalur ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong.

DoJ mendakwa kesalahan itu dilakukan selama empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai warga Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berpakat untuk melencongkan wang berbilion dollar daripada 1MDB secara tipuan.

Selain Riza, ia menamakan Jho Low, dan pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 28, 2016 at 10:53 PM

Itulah Husam...saman..tarik..saman..tarik. Takkan berani pun. Kaki kelentong.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger