Setahun Berlalu PAN Tiada Indentiti Diri Yang Jelas



21 September 2016, puak-puak PAN telah mengadakan forum ‘Setahun Amanah (baca PAN): Subur atau Terkubur’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Program ini anjuran Pemuda PAN Wilayah Persekutuan.

Mereka yang dijemput sebagai panel ialah Hisomuddin CEO Ilham Center, Fahi Aris Omar (dulu pernah bergiat dengan IRC kemudian meninggalkannya menjadi penulis dengan pemikiran bebas), Zubair Rahim PAN Wilayah, Wan Ahmad Fayhsal (katanya penganalisis) dan Ooi Heng, CEO Kajian Politik KPRU.




Tak ramai yang hadir dan itu biasa untuk program parti PAN. Gimik sahaja lebih. Kerusi dihadapan banyak yang kosong, yang hadir memenuhi kerusi belakang mungkin malu masuk dalam gambar kot!

Sepanjang forum ini berlangsung kebanyakkan ahli panel membuat perbandingan dengan PAS. Saya tak sempat nak membilang berapa kali perkataan PAS disebut. Saya rasa mungkin lebih banyak daripada perkataan AMANAH (baca PAN).

Urusetia macam cuba mengesan siapa yang hadir. Sebenar tak payah untuk hadir progam tertutup PAN, anda hanya perlu daftar sebagai ahli secara terus melalui kod ahli "000". Memang hilang keahlian parti jika anda ada ahli lebih drp satu parti tetapi jika tak tertedah siapa tahu anda ahli parti mana?

Sebelum hadir dalam forum ini, saya terfikir beberapa persoalan dalam benak kepala saya. Antaranya ialah;

Setelah setahun PAN terumbang ambing di persada poltik negara beberapa perkara perlu difikirkan iaitu jika lebih 60 tahun PAS tidak boleh berjaya menguasai Malaysia, maka apa perlunya lagi Parti kedua yang kecewa dan lari daripada PAS (PAN)?

Adakah PAN sekadar untuk menjadi bukti kukuh gagalnya mereka yang kecewa daripada parti asal dengan menubuhkan parti baharu seperti mana yang telah berlaku pada parti-parti sebelum ini?

Adakah PAN boleh bersaing selepas kemunculan BERSATU? Atau PAN akan menjadi parti seperti melukut ditepi gantang?

Sampai bila PAN akan menjadi parti suruhan DAP dan 'anak manja' perlu belas insan PKR?

Paling utama dalam benak kepala saya ialah "SAMPAI BILA PAN NAK JAJA KONONNYA PAS NAK UG DENGAN UMNO demi nak menarik ahli untuk menyertai partinya?

Fathi Aris Omar dalam penghujahannya ada membawa beberapa perkara iaitu;

1.  PAN tidak mampu bersaing dengan parti-parti sedia ada khususnya PAS yang telah wujud setengah abad lalu.

2.  PAN tiada asas ideologi kukuh hanya serpihan PAS yang kecewa kalah dalam pemilihan.

3.  Apakah Islam yang ingin dibawa PAN, tanya Fathi tengah-tengah Islam gaya PAS, Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan Perkasa/UMNO?

Di saat PAS semakin cenderung ke arah pembawaan Islam yang konservatif, PAN dilihat lebih cenderung kepada idea ‘demokrat Muslim’ bawaan gerakan Islam Ennahda di Tunisia, yang dipimpin Rashid Ghannouchi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng berkata pengukuhan ideologi merupakan proses biasa yang perlu dilalui parti baru.

“PAS dan Umno ketika fasa pertama juga berdasarkan idealisme,” kata Ooi Heng.

Ooi Heng membangkitkan beberapa perkara yang mungkin membuatkan puak-puak 'terluka hati' antaranya.

1. Rekod buruk PAN dalam pilihan raya yang disertainya sepanjang setahun penubuhan.

2. Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei lalu, 9 daripada 13 calon PAN hilang wang deposit, selain kalah di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

3.  PAN juga kalah dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kedudukan PAN yang dibantu Pakatan Harapan tidak mampu menundukkan undi PAS.


Paling lucu apabila panel Wan Ahmad Fayhsal mencadangkan agar PAN jadi macam  "Green Party". Katanya Green Party terdapat di beberapa buah negara yang menjadikan alam sekitar sebagai antara fokus utama.

Saya rasa cadangan ini bagus juga selepas ini Mat Sabu dan Salahuddin Ayub bolehlah bergambar dengan penyapu untuk membersih longkang.


Atau PAN boleh jadikan parti yang berasaskan "makanan sihat' dengan mengajar bagaimana memasak dengan baik. Ini strategi yang baik kerana lebih daripada 50% pengundi adalah wanita. Jika Mat Sabu Pengerusi PAN boleh menunjukkan bagaimana untuk memasak dengan baik dan makanan seimbang, rasa PAN boleh bertahan.


Wan Ahmad Fayhsal juga menyebut bahawa PAN masih dibayangi bayang-bayang DAP.

Mengakhiri hujah Wan Ahmad Fayhsal mengatakan PAN terlalu banyak menghabiskan masa menyerang/berbalah dengan PAS. Ini tidak membantu PAN untuk maju kehadapan.

Saya teringat kata-kata Presiden PAS bila ditanya pasal parti PAN. Beliau berkata sejarah yang lalu pada kebiasaannnya parti baru tidak bertahan lebih daripada 2 tahun.

Ramai yang beranggapan Presiden PAS berkata PAN tak akan bertahan dua tahun, walaupun beliau menyebut sejarah masa lalu.

Saya berpendapat PAN tak boleh bertahan lebih daripada 2 tahun atau selepas satu pilihanraya. Sekian





Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 23, 2016 at 3:39 PM

Salam Haji Hassan,


Saya kena tolak pandangan Haji Hassan sebab PAN ada secret weapon yg haram tak secret bernama Husam Musa

Kan Haji Wan Rahim KB kata yg 10 adun yg keluar itu adalah Husam x 10

Berdasarkan apa yg Wan Rahim cakap, PAN amat kuat. Demi kehebatan PAN, kepimpinan kanan PAN wajar meletak jawatan

Sebab Wan Rahim kata Husam power macam 10 x Adun maka untuk menyelamatkan PAN, kepimpinan wajar dibuat begini

1. Presiden - Husam Musa
2. Timbala Presiden - Husam Musa
3. Naib Presiden
a. Husam Musa
b. Husam Musa
c. Husam Musa
4. Setiausaha Agung Husam Musa
5. Timbalan Setiausaha Agung - Husam Musa
6 Bendahari - Husam Musa
7. Timbalan Bendahari - Husam Musa
8. Ketua Pemuda - Husam Musa

Penasihat Husam Musa - Wan Rahim KB.

Anonymous
September 23, 2016 at 3:42 PM

Hang jangan kutuk dia. Last warning yg pertama. Husam punya power dia boleh pecah 10. Macam Matrix Keanu Reaves. Nik Abduh pun tak boleh buat matrix

Nik amar; ustaz sanusi hang ingat boleh buat matrix ka. Saksi karamah matrix husam mr wan rahim kb.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger