Puak PAN ni lebih “BIADAP” daripada UMNO pasal hina ulama


PAS berlawan dengan Umno sejak daripada Pilihan raya 1955 kerana dasar, bukan kerana Umno sebuah parti rasuah dan hilang integriti. Perjuangan Umno ini rosak bukan sekarang, bukan zaman Najib yang mana kita bersama Tun Mahathir untuk menjatuhkannya.

UMNO ini rosak semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Pemimpin silih berganti tetapi dasar UMNO tak pernah berubah. Kalau mereka bergaduh sehingga pecah dan parti baru ditubuhkan bukan kerana untuk menegakkan hak rakyat tetapi untuk kepentingan diri masing-masing.


Dalam kita berjuang yang penting ialah akhlak perlu dipelihara dan dijaga, supaya kita tidak ditempelak, berprinsip tetapi tidak berakhlak.  Sabda Rasulullah SAW  bermaksud "Siapa yang mencari Redha Allah, manusia akan marah,sedangkan Allah Ridha. Akhirnya manusia juga akan redha. Siapa yang mencari Redha manusia, Allah akan murka dan akhirnya manusia juga akan marah".

Sikap PAS ialah mengamalkan politik matang dengan mengambil pendirian tidak bermusuhan dengan pemimpin UMNO sebaliknya mengekalkan pada tahap parti UMNO. Jadi tidak hairan dalam kita bermusuh dengan UMNO, UMNO walaupun tidak banyak mengamalkan ajaran Islam mereka tidak sampai menghina pemimpin PAS seburuk-buruknya.

Memang dalam politik ada emosi tetapi kita belum jumpa lagi pemimpin UMNO menghina ulama PAS bila mereka meninggal dunia.

Kita lihat apa yang UMNO tak kata kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz? Saban hari dalam akhbar dan media TV menyerang Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Najib datang ke Pulau Melaka ketika TGNA Meninggal dunia.
Tapi bila Tok Guru meninggal dunia, ramai pimpinan UMNO datang untuk mengucapkan takziah dan kata-kata baik. Mereka tak menghina bila ada pimpinan PAS meninggal dunia. Begitu juga PAS bersikap dengan UMNO.

Tapi berlainan sekali dengan parti serpihan PAS akibat daripada kalah pemilihan. Mereka dan ahli parti PAN sangat kurang ajar dengan pimpinan PAS, sedangkan dulu mereka yang banyak men'jilat'. Mereka menepikan ajaran Islam. Bila mereka rasa gagah kerana disokong oleh DAP, berkawan dengan orang kapir, mereka sanggup menghina ulama Islam, pemimpin Islam demi meraih undi orang kapir.

Mereka sanggup menepikan kepentingan Islam termasuk RUU 355 atau hudud demi untuk mencapai cita-cita untuk menang pilihan raya, meraih undi bukan Islam (kapir).

Sejahat-jahat UMNO tak celepur seperti ahli PAN. Mana orang IKRAM dalam PAN? Kenapa membisu dan menjadi bodoh?


Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger