Husam Musa dalam ceramahnya 2 hari lalu ada menyebut pada minit 19 bahawa Tun Mahathir berjanji akan membayar Royati kepada Kelantan jika parti UMNO jatuh dan PAN menguasai Kelantan (maknanya PAS kalah dengan PAN).
Husam Musa nak kencing pengikutnya dan pendengar dengan kata-kata yang sangat menghiburkan sehingga ramai dikalangan aktivis Royati Kelantan pun istihar masuk parti PAN.
Saya rasa bukan Husam kencing pengikutnya tapi lebih besar kemungkinan ialah Tun Mahathir KENCING Husam!
Pasal apa saya kata Husam Musa kena KENCING oleh Tun Mahathir?
Pertama, saya akan ambil hujah Mohd Sayuti Omar, satu lagi balaci Husam yang dulu mendedahkan skandal Husam dengan perempuan Cina kini jadi kaki bodek Husam.
Sayuti Omar menulis pada 28 Februari 2011 (sila rujuk di sini)
HUSAM Musa telah menulis didalam blognya mengemukakan beberapa bukti menunjukkan Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu. Tentu orang Umno dan para pengkagum bermata satu Mahathir akan marah dengan Husam dan akan mencemuh saya habis-habisan. Mungkin mereka yang otak kemetot akan nanar.Sayuti menulis lagi;
Antara bukti menunjukkan Mahathir pengkhianat Melayu yang didedahkan Exco Kelantan itu ialah, Mahathir dengan sengaja mendaratkan gas dari perairan Kelantan di Songkhla, Selatan Thailand yang jaraknya lebih 270 km berbanding kalau didaratkan di Kelantan cuma 150 km. Inilah kecerdikan dan kejahatan Mahathir.Husam juga mengatakan bahawa Tun Mahathir licik dan pandai bermain kata-kata. Tapi Husam juga percaya dan bersemangat berceramah untuk menyakinkan pengikutnya akan kebaikan Tun Mahathir. KAN DAH KENA KENCING TU!!
Kalau tidak jahat dan menganiaya orang Melayu kenapa beliau rela menaikan gas itu di Songkla? Katanya tindakan Mahathir itu satu perbuatan terancang yang memberi kesan kepada orang Melayu. Sesiapa pun tidak akan dapat memberi alasan untuk membela Mahathir atas perbuatan jahatnya itu, kecuali anak cicitnya. Tetapi Mahathir licit dia akan bermain dengan kata-kata seperti mana perlunya jambatan bengkok di Johor.
Sayuti menulis lagi;
Awal lagi saya mengatakan tindakan pemimpin Pas termasuk juga Husam silap kerana telah mengangkat semula Mahathir yang pada masa itu sudah hina kerana terjatuh dalam jambatan selepas berundur jadi PM.Sayuti sendiri mengatakan bahawa Husam kena kencing oleh bekas PM tersebut. Dalam menyerang Tun Sayuti menulis;
Tetapi malangnya pemimpin memberi pertolongan, memuja balik Mahathir sama meraikan bekas PM itu dalam satu majlis makan malam di Kota Bharu. Selalunya kebenaran itu akan hadir di hujung waktu setelah kebatilan bermaharajalela.
Sebenarnya pengkhianat Mahathir bukan di situ saja. Apa yang dilakukan ke atas Kelantan dan Terengganu itu pengkhianatannya kurba terhadap Pas. Tetapi dalam konteks Umno sendiri juga Mahathir tidak terkecuali. Sedar atau tidak dia banyak melakukan pengkhianatan yang akhirnya menjadi Umno huru hara. Permasalahan dihadapi Umno kini adalah kesenimbungan daripada sikap diktator demokrasi yang menjadi amalan Mahathir.
Beberapa sejarah telah dicatat mengenai pengkhianatan Mahathir ini. Antaranya tindakan beliau mengharamkan Umno kemudian menubuhkan Umno baru, adalah sejarah terbesar. Mahathir sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan kedudukan dan kekuasaannya. Beliau tidak memikirkan soal kesejahteraan Umno - Melayu tetapi apa yang diutamakan untuk dirinya dulu.Makna siapa yang percaya Tun Mahathir memang sah dia KENA KENCING!
4 Disember 2002, Laman Tranungkite ada menyiarkan artikel mengenai penghentian bantuan sekolah Agama Rakyat oleh Tun Mahathir. (sila rujuk di sini)
Laman web UMNO-Online yang bertajuk " Amalan ‘Membunuh Karektor’ Pemimpin Negara Di Sekolah Agama Rakyat Mesti Dihentikan Demi Menyelamatkan Masa Depan Generasi Muda" tulisan Saudara Amalan ‘Membunuh Karektor’ Pemimpin Negara Di Sekolah Agama Rakyat Mesti Dihentikan Demi Menyelamatkan Masa Depan Generasi Muda"Bayangkan Husam Musa boleh percayai orang yang menghentikan bantuan Sekolah Agama Rakyat nak berikan royati kepada Kelantan? Hebatkan Husam atau memang Husam KENA KENCING lagi dengan si Mamak Tua. Dengan orang tua pun Husam kena KENCING!
Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz Samsuddin berkata nasihat Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad supaya ibu bapa memastikan anak mereka mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan yang turut menyediakan pendidikan agama perlu diberi perhatian. Menurutnya, pendidikan asas mengenai agama Islam turut diajar di sekolah kebangsaan dengan sukatan yang disahkan Kementerian Pendidikan.
+ comments + 5 comments
PAN itulah kencing mengencing
Barua2 PAN lagi kuat kencing sesama sendiri
GREENPAN KENCING PANLANIE
PANLANIE KENCING PANDWELLER
PANDWELLER KENCING PANMARI
Buang title hj kat depan tu. Memalukan.
Malu apa? Setakat komen macam anon 11:52 bangladesh boleh cakap
Lari topik sikit. PAN ni khadam DAP. Itu sebab Jeff Ooi maki TG Haron Din, PAN pun dengan penuh redha memaki hamun orang yg meninggal. Bukti PAN ikut sunnah DAP bukan sunnah nabi. Haaa mari kita tengok kata2 hina Tulang Loser kat bawah ni
Posting Tulang Besi Kurang Ajar !
SEPTEMBER 17, 2016
AIDCNEWS
1 COMMENT
tbAIDCNews – 17/9/16 – Posting aktivis PAN, Abdul Rahman Abdul Talib di atas berkenaan Allahyarham Datuk Dr Haron Din disifatkan kurang ajar kerana mengunkit perkara negatif individu yang telah meninggal dunia.
“Dia dah tak ada tak payah la kita ungkit. Ada masanya kita perlu buang baju politik yang kita pakai dan menghormati keadaan,” kata Wan Zamzahidi Wan Zahid.
Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi menulis di Facebooknya dengan membuat pertanyaan adakah Allahyarham sebelum meninggal dunia sempat memohon maaf kepada Anwar Ibrahim di atas semua ‘pengkhianatan’ yang telah dilakukan terhadap Ketua Umum PKR itu.
Anwar yang masih hidup digambarkan Tulang Besi sebagai seorang yang ‘baik’, manakala Allahyarham pula digambarkan sebaliknya, namun aktivis PAN tidak menjelaskan dengan lebih lanjut pengkhianatan tersebut.
“Harun Din ni menyebabkan PR kalah PRU lepas. Dia bukan sorang je kena mintak maaf . Kena mintak maaf kat jutaan rakyat Malaysia,”kata Tulang Besi kepada rakannya, Zus Din.
Namun, jawapan Tulang Besi itu juga gagal merungkai tuduhan pengkhianatan yang dimaksudnya itu.
“Peguam Amerika datang percuma nak bela Anuar sebab dia nampak Anwar tak besalah. Tapi kita orang Islam bila saudara seislam dinaya cam tu. Orang Islam buat tak nampak. Dan ulamak agamawan tahu dan tahu tapi pejam mata.
Nak buat macam mana. Dah bos guna bahasa kesat anak buah apa lagi. Ngikut le.
Post a Comment