Shafie Apdal beli parti Kebangsaan Sabah PKS?



Tun Mahathir tidak berjaya mengambil alih parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA)setelah usaha pihak Tun untuk mempengaruhi Presiden BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut tidak berjaya. Akhirnya parti BERJASA bersama dengan PAS untuk gabungan block ke-3.

Akhirnya mereka tubuh PPBM (BERSATU).

Dulu PAN pun nak ambil parti KITA melalui Zaid Ibrahim tetapi ditentang oleh ramai dikalangan ahli jawatankuasa KITA, akhirnya mereka beli parti PERKEJA dan tukar kepada AMANAH (PAN).

Parti KEADILAN juga begitu, mengambil
Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) daripada Haji Wahab Yunos yang menubuh parti ini setelah keluar daripada PAS bersama dengan Dato' Asri bersama parti HAMIM dan kemudian kalah pemilihan HAMIM maka ditubuhnya IKATAN.

Di Sabah sahaja ada 11 parti, siapa banyak duit boleh beli dulu buat pelaburan, mana tahu jika ada perpecahan pula, misalnya Husam Musa jatuhkan Mat Sabu. Mat Sabu dan gengnya nak buat parti baru, boleh kita offer.


11 Parti Politik Baru yang diluluskan di Sabah iaitu
1. Parti Kebangsaan Sabah (PKS).
2. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.
3. Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).
4. Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).
5. Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).
6. Parti Bersatu Bugis Sabah.
7. Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).
8. Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.
9. Parti Cinta Sabah (PCS).
10. Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).
11. Parti Damai Sabah (PARTI SPP).

Dikatakan Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dibeli dengan harga RM3 juta dan akan ditukar kepada Parti Kebangsaan Rakyat Sabah (PKRS).

PKS telah diluluskan pendaftarannya pada 2 Ogos 2013 dan telah dilancar pada 18 April 2015 di Keningau. Presidennya ialah Thomas Anggan.

Mengikut sumber Datuk Peter Anthony adalah proksinya yang akan membiayai dana parti baru ini RM200 juta. Sel;ain digunakan untuk membeli dan 'setup' parti baru duit ini dikatakan untuk membeli pimpinan PKR yang mana ada diantara mereka terikat dengan aku janji PKR yang tidak membenarkan ahli keluar parti.

Nampaknya PRU-14 sangat menarik.

Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger