Ratusan Pekerja Petronas Hilang Kerja, Husam ada penyelesaian!



Ratusan pekerja Petronas mungkin terpaksa mencari kerja baru tidak lama lagi susulan langkah pengurangan pekerja syarikat gas dan minyak itu mengikut laporan The Wall Street Journal. Dalam laporan WSJ menyebut Petronas sedang meneliti untuk memotong lebih daripada 700 pekerja susulan harga minyak yang terus-terusan merundum.

Dalam laporan yang sama, WSJ menyatakan bahawa syarikat Petronas Selasa lalu telah menyemak semula strategi perniagaan dan tahap-tahap perjawatan untuk menyesuaikan dengan perubahanharga minyak semasa.

Jika diteliti pada Mac lalu Petronas mengumumkan bahawa lebih 1,000 kerja bertindih bawah amalan transformasi dan ada usaha sedang dilakukan untuk menempatkan semula pekerja-pekerja yang terjejas akibat perubahaan strategi ini.

Tapi jangan bimbang, Husam kan ada.
Husam Musa ada kuasa 10 jika dibandingakan dengan manusia lain mengikut lawak Wan Rahim pengerusi parti PAN.



Husam Musa sebelum ini, lengkap dengan lakaran telah "menyakin'kan pengikutnya bahawa terdapat minyak di daratan Kota Bahru dan dia akan mengusahakannya sendiri.


Pada 23 Januari 2013 Husam berkata terdapat satu jumlah besar minyak terdapat di daratan Kelantan dan dia dah bersetuju melantik syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan ini.



Akhbar Sinar Harian menjadikan kenyataan Husam ini sebagai tajuk utama kerana dia MANA SUKA BERBOHONG, diakan anak murid tersayang Tok Guru Nik Abdul Aziz.


28 Mei 2013 pihak R yang diketuai oleh Presiden R, Nazri Deraman dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Hj Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang.

Ini susulan daripada kenyataan Dato Husam Musa bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.


Jadi mana-mana yang kena buang daripada Petronas bolehlah daftar ahli PAN, bukan apa, Husam boleh bagi kerja.

Itulah Husam Musa.

Saya tak nak ulas panjang-panjang, jika anda seorang yang berfikiran panjang anda akan kenal Husam Musa yang suka manipulasi keadaan untuk "menjinakkan' (saya tak guna perkataan memperbodohkan sebab bahasanya kasar) pengikutnya.



Banyak lagi mengenai Husam Musa Kuasa 10 ini yang kalau kita teliti tidak ada pada pemimpin PAS lain. Nanti kalau ada masa saya cerita pula pasal keretapi laju.

Husam ni kaki manipulasi seolah-olah dia sahaja yang buat kerja, yang lain semuanya bodoh. Sekarang dia dalam PAN. Nanti apa-apa kerjayaan parti PAN dia akan manipulasi seolah-olah dialah yang memajukan PAN. Seorang demi seorang 'musuh politik dalam PAN' akan dicantas. Hanya tunggu dan lihat.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 28, 2016 at 10:59 PM

Biar Husam bagi minyak kat telaga minyak di kb. Ada ke? Eh...

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger