Orang Tulis Pasal Kurban, Puak PAN Tulis Pasal Fitnah dan Maki Hamum


Menyembelih hewan qurban merupakan upaya memahami pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. saat diperintahkan Allah agar menyembelih putranya Ismail. Dengan penuh ketegaran, melalui isyarat mimpi yang membenarkan perintah itu, Nabi Ibrahim-pun menaatinya. Dan atas kemurahan-Nya, Allah kemudian mengganti Ismail dengan binatang sembelihan yang besar.

Sebagian hikmah berkurban pada musim haji adalah supaya para haji dan masyarakat Islam mengurbankan hawa nafsu dan menyembelih "nafsu al-ammarah", meraih ketakwaan dan mengharapkan kedhaan kepada Allah SWT, selain menolong orang-orang miskin dan sebagainya,

Bermula 1 hb lagi kita disunatkan untuk tidak mengerat kuku dan rambut. Kita juga disunatkan berpuasa 9 hb.

Tapi malang untuk puak-puak parti PAN mereka bukan menghayati ajaran Islam untuk mengambil manafaat daripada sambutan AidiAdha ini. Mereka lebih suka menjadi proxy UMNO untuk menyerang PAS siang dan malang. Sejahat-jahat UMNO tahu juga masa, tapi yang ni tak kira masa.

Cybertropper PAN seperti Sohaimi Ali, Cikgu Murni, Ore Gedebe, Muhammad Radzi Ismaildan beberapa orang lagi mereka suka mencari mana-mana ruang untuk mengkritik PAS terutama Presiden PAS. Entah apa 'virus' dah masuk dalam kepala mereka sehingga mengambil kerja UMNO.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit pandangan (bukanlah nasihat), ingatlah pesanan Nabi tentang bahawa fitnah yang diibaratkan sebagai api yang memakan semua amalan baik kita. Jangan jadi manusia yang bengkrap diakhirat nanti. Semua amalan kita lakukan sekarang menjadi sia-sia kerana perbuatan bodoh kita membuat jahat dan meleparkan kata nista.

Kalau kita setuju dengan PAS, nak masuk parti PAN atau DAP (sebut DAP tak sebut yang lain pasal....) ke? Apa salahnya kita diam diri dan kalau kita setuju berhujah dengan hujah yang ilmiah.

Buat posting bodoh dengan gambar Tok Guru dengan laptop sedangkan Tok Guru mungkin menggunakannya untuk buat teks khutbah Jumaat, Buku dll. Yang kita bodoh buat fitnah apa kita dapat? Kalau betul pun apa kita dapat. Apatah lagi kalau fitnah? Kenapa kita yang solat tunggang tunggik, berpuasa dan bersedekah jadi bodoh dalam perkara ini?
Cuba renung apa yang saya tulis. Nak maki-makilah saya tapi renunglah tulisan saya. Saya lebih suka cybertropper PAN ini masuk syurga daripada di'jilat' api nereka. Itu sikap Islam.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 25, 2016 at 6:22 PM

Pan tak dak kira dosa pahala...itu utk parti lebai je.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger