Umno kini berasa gelisah ekoran pertemuan bersejarah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ujar Azmin, pertemuan tersebut telah menyatukan parti-parti pembangkang dan rakyat Malaysia dengan pada masa yang sama mencetuskan suasana panik dalam kem Umno.
Ada dikalangan kumpulan reformasi mengucap tahniah kepada Mahathir dan Anwar kerana sanggup melupakan persengketaan silam. Katanya marilah kita bergabung di bawah panji-panji Pakatan Harapan menuju kejayaan dengan satu tekad meruntuhkan tembok dan benteng besi terakhir Umno/BN dalam PRU-14 dan Putrajaya semakin dekat di hati kita pahlawan rakyat berbilang kaum, satu bangsa dan satu negara.
Katanya gabungan Mahathir-Anwar akan meruntukkan krorupsi Najib dan kroninya. Negara Malaysia akan selamat daripada 'perompak wang rakyat'.
Saya menjadi bingung dengan sesetengah kumpulan reformasi yang dulu sanggup bermandikan gas pemidih mata, masuk longkang, balai dan lokap tapi kini macam hilang pedoman bila agenda reformasi telah bertukar menjadi agenda peribadi nak jatuhkan Najib semata-mata.
Agaknya antara Najib dan Matahir siapa RAJA PEROMPAK?
Saya tak perlu menjawab persoalan ini. Untuk jawapan terbaik ialah Anwar Ibrahim kerana dia pencetus reformasi rakyat. Mari kita dengar apa kata Anwar yang disediakan oleh kawan saya.
Kalau mengikut apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim, Mahathir lagi banyak sapu duit rakyat berbanding dengan Najib. Kenapa kita boleh bersama dengan RAJA PEROMPAK bersalam dan memaafkannya dan menyerang TIMBALAN RAJA PEROMPAK? Dimana rasionalnya?
Jangan jadikan politik ini untuk kepentingan dan tujuan peribadi dengan menepikan masalah sebenar rakyat.
+ comments + 3 comments
hj sapa bayar tn hj ini? 90 juta tn hj dpt berapa pulak... sb rajin fitnah, serang tun n amanah?
pelik la blog ni..tuan blog haji tapi......fikir2 sendiri lah
kalau minat politik ni banyak tambah dosa dari pahala...sy sendiri pun sama...selalu komen pasal article politik kat msn.com...sebenarnya x elok...
sama2 lah kita kurangkan politik dalam kehidupan seharian...nak buat cemana..layan jelah..Allah turunkan pemimpin zalim pun sebab kita semua zalim kat diri sendiri
Lingkop negara, lepas mulut harimau, masuk mulut buaya
Post a Comment