Kerana Nak Jatuhkan Najib Mahathir Sanggup Diperbodohkan?



Dalam buku pengkisahan sepanjang memimpin negara bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", Tun Mahathir mengatakan bawa dia memecat Anwar bukan kerana bimbang akan dicabar tetapi kerana salahlaku liwat.

Mahathir mendakwa beliau pertama kali dimaklumkan mengenai salah laku moral Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, empat tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya. 

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata pada 1997, beliau mula mengesyaki salah laku Anwar apabila menerima surat yang menceritakan secara terperinci mengenai perkara itu daripada Ummi Hafilda Ali, iaitu adik kepada setiausaha politik Anwar, Azmin, dan sebulan selepas itu menghantar satu lagi surat menafikannya.

Dalam kes liwat, Mahathir bertegas bahawa Anwar bersalah dan dia tidak sekali ingin bertemu dengan Anwar walaupun beberapa usaha mempertemukan mereka selepas itu.

Dalam krisis dengan Najib yang ramai berpendapat berpunca daripada kedudukan Mukhriz dan dana peruntukkan kepada kroni Mahathir akhirnya Mahathir menyerang Najib.

Serangan-demi serangan dibuat kepada Najib bagi mendesak Najib untuk menyerahkan jawatan. Tapi malangnya Najib tidak akur dan mendiam diri pada awalnya menyebabkan Mahathir menjadi makin sukar untuk mendesak.

Najib banyak mempelajari cara dan gaya Mahathir sendiri kerana dia adalah anak didik Mahathir menyebabkan Mahathir sukar menundukkan Najib. Sehingga serangan Mahathir makin melampau dan membuatkan Najib mengambil tindak balas.

Tindakbalas Najib membuatkan Mahathir makin tersempit dan ramai orang-orang Mahathir melarikan diri daripada polimik ini demi menyelamatkan periuk nasi.

Akhirnya Mahathir menggunakan musuh sebagai senjata. Tak hairan selepas itu Mahathir hadir dalam Bersih 4 walaupun dulu mulutnya yang mengatakan demostrasi jalanan ada bukan budaya kita.


Melihat kepada sambutan pada Bersih 4, Mahathir makin mendekati musuh untuk menumbangkan Najib. Bila Muhyiddin dan Mukhriz dipecat Mahathir bertiindak lebih agresif lagi.



Mahathir bertemu dengan Anwar, suatu diluar jangkaan. Mengikut penganalisis pertemuan dibuat bagi satu perjanjian dimana Mahathir berjanji untuk memberikan peruntukkan sekitar 500 juta untuk mengerakan pembangkang dengan syarat Bersatu akan diberikan ruang dalam Pakatan Harapan.

Mahathir tahu bahawa PKR dan Pakatan Harapan kekurangan dana dalam melawan kerajaan BN. Semua orang tahu ada usaha mengambil duit daripada air Selangor tetapi perkara ini menjadi makin sulit.

Walaupun jumpa Anwar, Mahathir masih lagi menjaga maruah diri dalam isu liwat dan dia masih tidak mencampur adukkannya.

Tapi kini dia sanggup pakai lencana Bebaskan Anwar dibaju dan dia sanggup memperbodohkan diri demi nafsu menjatuhkan Najib dengan prinsip dia tidak pernah kalah dalam apa situasi.



Semua orang tahu bahawa dia yang memejarakan Anwar tetapi sekarang anak dia dan dia laungkan bebesakan Anwar.


Kadang kala kita lihat politik ini macam bodoh atau diperbodohkan. Yang pelik penyokong semuanya betepuk tangan seolah-olah tak ada akal nak berfikir apa yang berlaku.

Sebelum ini Mahathir pernah dipermainkan oleh aktivis Fahmi Reza dengan buku  ‘Mari Mewarna ABC politikus Malaysia’. Dia minta Tun Mahathir menanda tangani buku berkenaan.


Atasa dasar nak jatuhkan Najib, Tun Mahathir ingin benar dapat sokongan terus menanda tangani buku berkenaan. Selepas Mahathir tt Fahmi Reza membuka buku berkenaan dan menunjukkan kepada Mahathir.


Tak terkata Mahathir, hanya keluar Najib lebih teruk daripada saya.



TS Muhyiddin semasa pergi di majlis PAS pun terkena juga tapi taklah teruk macam Mahathir. Dulu semasa UMNO pernah kutuk PAS kutip derma pakai tin milo, sekarang dia kena derma walaupun jadi penceramah jemputan PAS.



Itul;ah politik memperbodohkan diri kerana mencapai matlamat nafsu.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 14, 2016 at 8:53 AM

betul tu haji sebab tu presiden selalu ponteng baik parlimen atau DUN ganu sebab senang je nak kelentong geng PIGS

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger